omniture

Lavylites ialah antara kosmetik terbaik dunia pada tahun 2020

Lavylites
2020-11-19 00:16 72

Lavylites telah memenangi tiga hadiah utama dalam pertandingan industri kecantikan bebas paling berprestij di dunia, Anugerah Kecantikan & Kesejahteraan Global 

BUDAPEST dan  HAMBURG, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 300 penyertaan diterima untuk pertandingan industri kecantikan dan kesejahteraan yang berprestij di dunia bagi produk kosmetik inovatif dan lestari, produk penjagaan peribadi dan hotel kesejahteraan yang luar biasa. Diketuai oleh Nadja Swarovsky, seorang juri profesional berprestij yang membuat penilaian ke atas 89 finalis dari empat benua, dengan penganugerahan sebanyak 39 hadiah sahaja. Lavylites bukan sahaja salah satu daripada pengeluar kosmetik yang berkembang pesat, malah ia juga memiliki jenama keluarga dengan pertumbuhan terpantas dan produk penjagaan kulit anti-pandemik yang inovatif di tengah-tengah persaingan antara jenama terkemuka di dunia yang lain.

Lavylites ialah antara kosmetik terbaik dunia pada tahun 2020
Lavylites ialah antara kosmetik terbaik dunia pada tahun 2020

Anugerah Kecantikan & Kesejahteraan Global telah menjadi pertandingan paling berprestij di dunia, terima kasih di atas penglibatan para juri profesional dalam kalangan pemimpin industri terkemuka dan pakar bebas daripada semua kumpulan media, pembiaya dan organisasi profesional yang membuat keputusan dalam anugerah tersebut, di bawah kepimpinan Nadja Swarovski, Ahli Lembaga Eksekutif di Swarovski Group. Lavylites mencapai kejayaan dalam acara ini pada tahun ini. Dalam hanya beberapa tahun, syarikat ini yang berasal dari Lake Balaton, Hungary telah bercambah daripada sebuah organisasi dengan hanya satu produk di satu negara menjadi syarikat antarabangsa dengan 30 produk merentasi 33 buah negara, terutama di pasaran Jerman, Switzerland dan Austria serta Eropah Tengah. Ia memenangi tiga hadiah utama dan merupakan finalis dalam dua kategori yang mendahului jenama terkemuka seperti L'Oréal, Estée Lauder dan Fenty Beauty by Rihanna. Pada tahun 2020, jenama keluarga yang paling pesat berkembang adalah yang merangkumi Lavyl Auricum dan Auricum Sensitive, manakala Auricum juga merupakan produk penjagaan kulit anti-pandemik yang paling inovatif.

"Kami tidak menjangka akan diberi perhatian sebegini, sebaliknya kami hanya bekerja secara senyap dan baru-baru ini kami mula menyedari bahawa institusi penilai terkemuka di dunia seperti TUV, Wessling atau Institut Hamilton menerbitkan ulasan yang sangat memberangsangkan tentang produk kami dan para pengguna juga menunjukkan penghargaan mereka melalui kadar pembelian semula yang mengagumkan dalam tempoh yang panjang. Keputusan yang hebat ini adalah sesuatu yang logik, meskipun ia merupakan pencapaian yang tidak dijangka dalam sejarah kewujudan kami," kata Tibor Jakabovics, jurutera kimia, penyelidik dan pengasas Lavylites.

EXYOL Gemma Prevent daripada Lavylites memenangi Anugerah Istimewa sebagai krim antipenuaan paling inovatif untuk kulit sensitif dan kulit yang mula mengalami penuaan. LAVYL 32 memasuki peringkat akhir dalam kategori produk oral paling inovatif, manakala LAVYL NOse menerima Hadiah Istimewa untuk "Produk Kebersihan dengan Ramuan Terbaik".

Jenama Lavylites memulakan perjalanannya pada tahun 2013 dan mula berkembang dengan pantas tanpa melakukan sebarang aktiviti pemasaran. Adunan induknya dikekalkan sebagai rahsia syarikat sejak penubuhannya, dan pengasasnya masih membuat sendiri formulasi untuk setiap campuran bahan-bahan. Lavylites menekankan bahawa mereka memastikan bahan-bahan aktif produknya adalah berkualiti tinggi daripada sumber semula jadi dan tidak mengandungi unsur-unsur kimia yang berbahaya. Produk Lavylites juga amat di syorkan untuk mereka yang sensitif terhadap laktosa dan gluten, juga para penghidap diabetik, pengamal herba dan vegetarian serta ia juga bebas daripada kekejaman terhadap haiwan.

"Saya selalu berfikir bahawa gabungan antara tenaga utama semula jadi, teknologi canggih dan perhatian yang teliti semasa penyediaan bahan akan menghasilkan keputusan yang unik. Kami berterima kasih kepada pakar dan individu yang telah mencalonkan produk kami, anugerah ini memberi keyakinan bahawasanya kami berada di lorong yang betul," ulas Tibor Jakabovics, pengasas syarikat yang memenangi anugerah ini, yang kini sedang bersiap sedia untuk menguasai pasaran Amerika.

Tentang Lavylites 

Lavylites ialah sebuah syarikat kosmetik antarabangsa yang berpangkalan di Budapest. Lebih daripada 30 produknya terjual di bawah lima jenama di 33 buah negara. Syarikat ini mengendalikan empat pusat logistik di tiga benua dan telah menjual 5 juta produk setakat ini. Untuk maklumat dalam beberapa bahasa: www.lavylites.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1336953/lavylites_auricum_eng.jpg?p=medium600

Source: Lavylites
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards