omniture

Parallel Wireless Bekerjasama dengan Vodafone Ireland untuk Melaksanakan Visi RAN Terbuka Mereka

Parallel Wireless
2020-11-19 08:15 35

RAN Terbuka Dibuat untuk Membolehkan Liputan 4G yang Lebih Pantas dan Menjimatkan Kos di Ireland 

NASHUA, N.H., 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., syarikat peneraju RAN Terbuka yang berpangkalan di A.S dan satu-satunya syarikat yang memberi penyelesaian 2G 3G 4G 5G O-RAN ke seluruh dunia untuk mencipta kesalinghubungan bandar dan luar bandar, hari ini mengumumkan bahawa Vodafone Ireland, penyedia rangkaian terbaik dan terpantas di negara tersebut, merupakan yang pertama melancarkan halaman RAN Terbuka di seluruh rantau Barat Laut menggunakan perisian O-RAN Parallel Wireless untuk memberikan khidmat 4G baharu ke 30 lokasi dengan lebih pantas dan menjimatkan.

 

 

Memandangkan permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan jalur lebar mudah alih, operator mudah alih menghadapi cabaran penggunaan Perbelanjaan Modal (CAPEX) dan Perbelanjaan Operasi (OPEX) dengan membawa liputan baharu atau keupayaan kepada pengguna akhir mereka.

RAN Terbuka ialah pendekatan industri untuk mentakrif dan membangunkan penyelesaian RAN 2G, 3G, 4G dan 5G atas satu tujuan umum, perkakasan neutral pembekal dan teknologi takrifan perisian dengan antara muka terbuka antara komponen-komponen. RAN Terbuka membolehkan operator mudah alih untuk menyuai padan radio, perisian dan pembekal pelayan lalu memberi kepelbagaian pembekal, fleksibiliti dalam penggunaan dan pengurangan TCO. Perbelanjaan Modal (CAPEX) RAN Terbuka dijangka melebihi $40 bilion dan melibatkan lebih 50% daripada keseluruhan RAN yang dibelanjakan menjelang tahun 2026.

Vodafone menjadi penyokong utama RAN Terbuka yang memacu inovasi industri untuk mengurangkan penggunaan kos dan mengelakkan kebergantungan pembekal, yang baru-baru ini meminta pembekal mereka menyokong pilihan terpisah 7.2 O-RAN untuk memastikan saling kendali. Vodafone telah menjalankan percubaan TIP RAN Terbuka yang sedang berlangsung di DRC dan Turki dengan Parallel Wireless. Penyelesaian O-RAN asli-awan ALL G Parallel Wireless telah menunjukkan prestasi yang kukuh, perkhidmatan yang berkualiti dan manfaat kos kepada operator.

Di Ireland, tapaknya dibangunkan berasaskan seni bina O-RAN dengan Unit Radio Jarak Jauh (RRU) yang disediakan oleh Comba Telecom, perisian Unit Teragih (DU) dan Unit Tengah (CU) Parallel Wireless yang dijalankan ke atas vBBU (Unit Baseband maya) disediakan oleh Supermicro dan digunakan di tapak. Perisian DU/CU dihubungkan ke Pengawal Masa Nyata Pintar (RIC) Parallel Wireless, yang terletak di pusat data Dublin pada perkakasan HP menggunakan persekitaran maya v6.7 ESXi VMWare.

Pengumuman hari ini adalah susulan daripada komitmen Vodafone Group untuk menggunakan teknologi RAN Terbuka untuk sekurang-kurangnya 2,600 tapak di UK. Ini merupakan komitmen terbesar terhadap RAN Terbuka yang dibuat oleh syarikat pelaksana di Eropah. RAN Terbuka berjanji untuk membantu membangun dan mengembangkan rangkaian tanpa wayar di seluruh rantau tersebut yang dikendalikan oleh Vodafone dan menyediakan perkhidmatan digital generasi masa depan kepada pengguna akhir, komuniti dan perniagaan.

Kata-kata sokongan 

Didier Clavero, Ketua Pegawai Teknologi, Vodafone Ireland, berkata, "Menyampaikan RAN Terbuka di tapak adalah detik penting daripada peruntukan liputan mudah alih kepada komuniti luar bandar di Ireland, kerana pendekatan pelopor baharu ini menjimatkan kos, meningkatkan fleksibiliti dan membolehkan pembekal baharu menyokong pengembangan rangkaian mudah alih Vodafone ke kawasan yang sukar untuk dicapai. Dengan memberi tumpuan kepada rantau Barat Laut untuk memulakannya, kami akan terus mengenal pasti komuniti di seluruh Ireland yang boleh diperkenalkan dengan data suara dan berkelajuan tinggi yang lebih ekonomi menggunakan teknologi baharu ini."

Keith Johnson, Ketua Pegawai Operasi, Parallel Wireless, berkata, "Industri telekomunikasi ialah rangkaian mendesak yang terbuka dan fleksibel untuk mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Vodafone Ireland untuk membolehkan ekosistem terbuka penyelesaian RAN terpisah berdasarkan antara muka terbuka dan standard O-RAN, membantu mengembangkan liputan dengan segera dan menjimatkan dan membawa kesan yang positif kepada kehidupan pengguna akhir dengan RAN Terbuka."

Tentang Parallel Wireless 

Di Parallel Wireless, kami percaya bahawa perisian mempunyai kuasa untuk mengungkap peluang-peluang hebat di dunia. Kami mengubah cara rangkaian tanpa wayar dibangunkan dan berfungsi. Kami mencipta semula bagaimana perkakasan, perisian dan awan saling bekerjasama untuk mengubah dan mempersiapkan ekonomi para pengguna. Platform perisian O-RAN ALL G membentuk senibina RAN yang terbuka, selamat dan pintar untuk membolehkan kesalinghubungan tanpa wayar, supaya semua orang boleh berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan cara yang mereka pilih. Kami terlibat dengan lebih 50 syarikat MNO global dan telah diiktiraf oleh lebih 74 anugerah industri. Teras kekuatan kami ialah pasukan Pembangun yang menghargai inovasi, kerjasama, keterbukaan dan kejayaan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1004727/PW_FullColor_CMYK_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Joint ventures