omniture

Laporan Komunikasi 2020 Cision dan PRWeek mendedahkan Trend Teratas Yang Perlu Diperhatikan dan Diambil Tindakan oleh Setiap Komunikator

Cision Ltd
2020-11-19 09:30 305

HONG KONG, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Cision dan PRWeek telah menyiarkan laporan tahunan keempat mereka yang memperincikan cabaran utama, peluang dan trend mengejutkan bagi profesional perhubungan awam (PR) dan komunikasi dalam masa yang tidak menentu ini. Dengan menggunakan data perbandingan tahun ke tahun dan temu bual dengan eksekutif daripada jenama dan agensi terkemuka, laporan tersebut menekankan perkembangan peranan komunikator, saluran media yang diperoleh dan pemengaruh yang paling berkesan, rintangan dalam mengukur ROI perniagaan, penggunaan teknologi baharu dan banyak lagi.

Laporan Komunikasi 2020 Cision & PRWeek
Laporan Komunikasi 2020 Cision & PRWeek

Untuk mengetahui maklumat terkini, sejumlah 314 profesional komunikasi dan pemasaran peringkat kanan di Amerika Syarikat telah melengkapkan satu tinjauan antara 12 Ogos 2020 dan 14 September 2020.

Baca keseluruhan Laporan Komunikasi 2020: Menuju Ke Masa Kini. 

"Peristiwa 2020 telah menaikkan peranan komunikator dalam organisasi kerana pemimpin kanan lebih banyak bergantung kepada mereka untuk memberi nasihat strategik dan sokongan matlamat perniagaan," kata Maggie Lower, Ketua Pegawai Pemasaran di Cision. "Laporan terbaru kami dengan PRWeek menekankan bagaimana industri ini dengan lebih yakin menghadapi rintangan dengan memperkukuhkan pengaruh C-suite, jangkauan berbilang saluran, keupayaan data masa nyata dan kehebatan media sosial."

Menuju Ke Masa Kini memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang cara pasukan komunikasi dalaman dan agensi PR memanfaatkan teknologi, data, pengukuran, kandungan dan pemengaruh dalam setahun ini yang penuh dengan ketidakpastian.

Laporan Komunikasi 2020 Cision & PRWeek: Penemuan Utama
Laporan Komunikasi 2020 Cision & PRWeek: Penemuan Utama

Kesimpulan laporan utama termasuk:

  • 25% responden mengatakan cabaran terbesar mereka adalah ketidakmampuan untuk mengukur impak secara berkesan; 39% melaporkan kesukaran menjajarkan metrik PR dengan pendapatan dan petunjuk prestasi utama (KPI) perniagaan penting yang lain.
  • 80% responden telah meningkatkan jangkauan media yang berasaskan tujuan pada tahun ini.
  • 56% responden mengatakan pekerja adalah salah satu pengaruh yang paling berkesan bagi tingkah laku pengguna, meningkat daripada 34% tahun lalu.
  • Responden memilih penciptaan kandungan sebagai tugas PR terpenting (41%) dan jangkauan media sebagai kedua terpenting (27%).
  • LinkedIn menjadi semakin kritikal untuk strategi kandungan yang lebih luas - 79% responden mengatakan bahawa ia merupakan salah satu saluran terpenting yang digunakan oleh mereka, meningkat daripada 45% tahun lalu.
  • Hampir 90% responden mengatakan bahawa masih ada ruang untuk menambahbaikan komunikasi dengan kegunaan alat teknologi dan analitis terkini.

"Tahun ini, sudah tentu, tinjauan telah dilakukan walaupun kita masih menghadapi pandemik global," kata Gideon Fidelzeid, Editor Pengurusan di PRWeek. "Banyak pemerhatian dalam laporan ini menekankan kesan yang dibawa - dan bakal dibawa oleh COVID-19 - terhadap industri dan amalan komunikasi. Sesuatu yang berterusan, bagaimanapun, adalah peranan berguna kajian ini dalam memberikan kejelasan kepada bidang-bidang di mana PR membuat kemajuan yang nyata, dan juga di mana ia perlu membuat lebih banyak lagi. "

Untuk maklumat lanjut tentang Laporan Komunikasi tahun ini, sertai Cision dan PRWeek untuk webinar akan datang, Realiti Baharu, Peluang Baharu pada 19 November. Daftar di sini untuk perbincangan yang menampilkan pakar industri dari General Mills dan Hill+Knowlton Strategies tentang cara komunikator bertindak balas terhadap peluang dan cabaran terkini.

Mengenai Cision

Cision merupakan pembekal global terkemuka untuk perisian media diperoleh dan perkhidmatan pengedaran wayar kepada profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran.Perisian Cision membenarkan pengguna mengenal pasti pengaruh utama, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik, dan mengukur kesan yang bermakna.Cision mempunyai lebih daripada 4,800 pekerja dengan pejabat di 24 buah negara di seluruh Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Cision yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, layari www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision. 

Tentang PRWeek

PRWeek merupakan contoh jenama penerbitan perniagaan moden, merangkumi dalam talian, cetak, acara dan media sosial, menggabungkan strategi kandungan berbayar dan laman web terkawal. Dilancarkan pada November 1998, ia adalah sumber penting untuk profesional PR.

PRWeek melambangkan satu industri yang memainkan peranan yang lebih penting daripada sebelumnya, bukan hanya dalam strategi pemasaran syarikat, jenama dan organisasi, tetapi juga dalam bilik lembaga dan di C-suite. Dalam dunia telus yang dilambangkan oleh media sosial, reputasi korporat sangat penting. Para eksekutif memerlukan kandungan tepat pada masa, berwibawa, dan berwawasan untuk menavigasi landskap ini - di situlah PRWeek memainkan peranan

Berita terkini, analisis dan pendapat menjana kandungan PRWeek. Jenama ini juga berkembang kepada Anugerah PRWeek ikonik, persidangan tahunan, perbincangan meja bulat, siaran web dan forum maya. Untuk maklumat lanjut, layari www.prweek.com

Webinar Laporan Komunikasi 2020 Cision & PRWeek
Webinar Laporan Komunikasi 2020 Cision & PRWeek

 

 

Source: Cision Ltd
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Survey, Polls & Research