omniture

Airbiquity Menyertai Konsortium Industri Automotif AUTOSAR sebagai Rakan Kongsi Pembangunan

Airbiquity
2020-11-19 16:00 3

Airbiquity akan memastikan pematuhan produk OTAmatic dengan spesifikasi AUTOSAR dan menyumbang kepada keperluan perisian dan pembangunan platform AUTOSAR

SEATTLE, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam AUTOSAR, sebuah badan perkongsian pembangunan di seluruh dunia bagi pengeluar kereta, pembekal dan syarikat lain, sebagai rakan kongsi pembangunan. Dengan lebih daripada 280 rakan kongsi di seluruh dunia, AUTOSAR mensasarkan untuk menyeragamkan seni bina perisian unit kawalan elektronik kenderaan (ECU) untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan pembangunan dan integrasi perisian sistem automotif.

Airbiquity akan meningkatkan kesesuaian perisian OTAmatic® melalui udara (OTA) dan pengurusan data yang ditawarkan dengan peranti dan sistem berasaskan AUTOSAR. Sebagai rakan kongsi pembangunan AUTOSAR, Airbiquity juga akan menjadi ahli pasukan untuk kerja-kerja Pengurusan Konfigurasi dan Kemas Kini serta akan menyumbang kepada pengeluaran standard di masa hadapan, termasuk pembangunan perisian untuk Adaptive Platform Demonstrator.

"AUTOSAR adalah inisiatif penting dalam industri automotif yang memberi manfaat kepada pembuat dan pembekal kenderaan," kata John Tuttle, Naib Presiden Kejuruteraan di Airbiquity. "Oleh itu, memastikan OTAmatic berfungsi dengan lancar dengan AUTOSAR merupakan keutamaan syarikat kami. Kami juga berharap dapat menyumbangkan kepakaran dan daya usaha kami kepada kumpulan dan bekerjasama dengan syarikat keanggotaan yang lain bagi mempercepat dan menyempurnakan penyelarasan seni bina perisian ECU untuk pengeluaran kenderaan pada masa akan datang."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Airbiquity, sila layari www.airbiquity.com.

Tentang Airbiquity
Airbiquity® ialah pelopor dalam teknologi perisian telematik automotif dan penyampaian perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan. Sentiasa berada di barisan hadapan inovasi automotif, Airbiquity membangunkan konsep, menyelenggara dan menggunakan penyelesaian kenderaan terhubung yang paling maju dalam industri. Bekerja dengan Airbiquity, pembuat kenderaan dan pembekal automotif telah mewujudkan program kenderaan terhubung yang sangat berskala, terkawal dan selamat yang memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia. Penawaran terbaru Airbiquity ialah OTAmatic® untuk perisian dan pengurusan data berbilang ECU secara atas talian (OTA) yang menampilkan komponen perisian berasaskan kenderaan dan awan serta kerangka keselamatan Uptane untuk perlindungan keselamatan siber yang komprehensif. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic di www.airbiquity.com atau sertai perbincangan di @Airbiquity.

Tentang AUTOSAR
AUTOSAR (AUTomotive Open System ARchitecture) adalah sebuah perkongsian pembangunan di seluruh dunia bagi pengeluar kereta, pembekal dan syarikat lain dari industri elektronik, semikonduktor dan perisian. Sejak tahun 2003, perkongsian ini telah berusaha membangunkan dan memperkenalkan seni bina perisian terbuka dan standard untuk industri automotif. Dengan mempermudah pilihan penggantian dan kemas kini untuk perisian dan perkakasan, pendekatan AUTOSAR membentuk asas untuk mengawal kerumitan sistem elektrik dan elektronik yang semakin meningkat pada kenderaan bermotor. Di samping itu, AUTOSAR juga akan meningkatkan kecekapan kos tanpa menjejaskan kualiti. "Rakan kongsi utama" AUTOSAR ialah BMW Group, Bosch, Continental, Daimler AG, Ford, General Motors, PSA Group, Toyota dan Volkswagen Group. Sebagai tambahan kepada syarikat-syarikat ini, lebih daripada 200 rakan kongsi lain turut memainkan peranan penting dalam menjayakan perkongsian tersebut. Syarikat-syarikat yang menyertai Perkongsian Pembangunan AUTOSAR, boleh menggunakan spesifikasi tersebut secara percuma.

Hubungan Media
Zach Pickett
airbiquity@barokas.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/177305/airbiquity_logo.jpg?p=medium600

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics