omniture

Sektor Elektrik Arab Saudi mengalami Transformasi Terbesar dan Komprehensif Dalam Skala Global

Ministry of Energy
2020-11-19 19:14 54

Perubahan menyeluruh akan memastikan kesinambungan jangka panjang sektor elektrik

Hasil yang diharapkan merangkumi penjanaan tenaga yang lebih cekap, peningkatan kebolehpercayaan perkhidmatan, pengurangan dalam penggunaan bahan api cecair untuk penjanaan elektrik dan mewujudkan sektor yang lebih berdaya maju dan lestari

RIYADH, Arab Saudi, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Satu sidang media telah diadakan pada hari Isnin 16 November 2020, yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Arab Saudi untuk mengumumkan pembaharuan menyeluruh sektor elektrik yang akan memastikan kesihatan dan kelestarian jangka panjang sektor elektrik dan pencapaian matlamat Kerajaan di bawah Wawasan 2030.

 

Table 1 -  SEC ranks 8th in terms of total assets among largest utility companies in G20 countries
Table 1 - SEC ranks 8th in terms of total assets among largest utility companies in G20 countries

 

Pembaharuan ini dianggap sebagai batu loncatan penting dalam mencapai matlamat Kementerian Tenaga untuk sektor elektrik yang selaras dengan matlamat Wawasan 2030 dan meliputi perkara-perkara berikut:

  • Peralihan kepada campuran tenaga yang optimum untuk pengeluaran elektrik di seluruh Kerajaan, dengan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui dan sumber gas asli yang cekap; dan
  • Meningkatkan kecekapan sistem dan pengurangan penggunaan bahan api cecair untuk pengeluaran tenaga; dan
  • Meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian Penghantaran dan Pengedaran sektor ini untuk membolehkan penyatuan tenaga boleh diperbaharui dan kesalinghubungan yang berkesan dengan negara-negara jiran; dan
  • Pematuhan terhadap peraturan persekitaran yang lebih ketat untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon dalam sektor ini

Pakej pembaharuan komprehensif merangkumi pembentukan mekanisme keperluan pendapatan untuk penyedia perkhidmatan dalam sektor dan akaun imbangan tarif untuk mengimbangi perbezaan antara kos perkhidmatan yang efisien dan pendapatan daripada tarif.

Yang Mulia Putera Abdulaziz bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Menteri Tenaga, Arab Saudi, berkata: 

"Pengumuman ini merupakan pencapaian besar untuk Wawasan 2030 Arab Saudi dan untuk mencapai cita-cita Kementerian Tenaga untuk mewujudkan sektor kuasa yang lestari, boleh dipercayai dan pelbagai. Pembaharuan ini dianggap sebagai yang terbesar dan paling meluas pada skala global. Pembaharuan ini meletakkan asas-asas kritikal dengan membantu mewujudkan sektor yang lebih kukuh dan berdaya maju dari segi kewangan untuk menarik pelaburan yang diperlukan. Kesan yang diharapkan dari program pembaharuan yang menyeluruh ini merangkumi penjanaan tenaga yang lebih cekap, pengurangan penggunaan bahan api cecair untuk penjanaan elektrik dan peningkatan perlindungan alam sekitar.

"Tambahan pula, pembaharuan ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan mutu perkhidmatan rangkaian transmisi elektrik Kerajaan dan untuk memudahkan pengeluaran elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui, menjadikannya selaras dengan campuran tenaga optimum Kerajaan bagi pengeluaran elektrik." 

Tuan Yang Terutama Dr. Khaled bin Saleh Al Sultan, Pengerusi Saudi Electricity Co., berkata:

"Dengan program pembaharuan komprehensif yang bersejarah ini, kunci kira-kira SEC akan menjadi lebih mantap dalam meningkatkan kemampuan SEC untuk membiayai projek dan membolehkannya untuk melaksanakan strateginya bagi menyumbang kepada perkembangan sektor elektrik yang lebih kukuh, lebih lestari dan pelbagai." 

Bagi Saudi Electricity Co., secara khususnya pembaharuan ini menandakan penglibatan Syarikat ke dalam kerangka peraturan dengan hak dan kewajiban yang jelas. Sebagai balasannya Syarikat akan mempunyai hak untuk menerima kadar pulangan yang saksama sebanyak 6% (WACC) pada asas asetnya yang dikawal selia dan mendapatkan kembali kos perkhidmatannya yang cekap seperti yang ditentukan oleh pengawal selia, Electricity and Cogeneration Regulatory Authority (ECRA). Apa yang penting, Syarikat akan beroperasi di bawah kerangka peraturan yang boleh diramalkan, telus dan stabil dengan hubungan komersial yang jelas antara pemain dan peserta sektor. Pembaharuan tersebut juga meliputi pembatalan yuran kerajaan yang telah dibayar oleh Syarikat dan penyesuaian antara liabiliti Kerajaan warisan bersih Syarikat dan penyusunan semula kunci kira-kiranya.

HSBC, penasihat kewangan Saudi Electricity Co., berpendapat: 

"Pembentukan instrumen kewangan ini dan pengenalan kerangka peraturan standard antarabangsa seharusnya membolehkan Saudi Electricity Co. mengekalkan struktur modal yang lebih mampan. Melalui Akaun Imbangan, Kerajaan diharapkan dapat terus mendukung sektor ini dan Saudi Electricity Co. secara lebih berstruktur dan telus.

"Pembaharuan ini akan membantu meningkatkan kecekapan sektor sambil memberikan kadar pulangan modal yang dilaburkan secara adil. Tambahan pula, penyusunan semula ini juga menyokong objektif dasar utama sektor tenaga yang selamat, terjamin dan boleh dipercayai yang lestari dari segi kewangan dan berkeupayaan untuk melabur dalam projek yang dapat meningkatkan perkhidmatan pengguna dan meningkatkan kebolehpercayaan. Secara keseluruhan, pengumuman ini diharapkan dapat mencipta persekitaran yang menarik untuk pelaburan dalam sektor elektrik dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Arab Saudi, selaras dengan program Wawasan 2030." 

Magnitud pembaharuan ini merupakan mercu tanda penting dalam pelbagai bidang, di antaranya:

  • Transaksi kewangan Islam terbesar yang akan dilaksanakan di seluruh dunia dengan pengeluaran instrumen Mudharabah bernilai $45 bilion (dengan faedah sebanyak 4.5%) oleh Saudi Electricity Co. dan penukaran tunggal terbesar kepada instrumen berbentuk ekuiti tanpa kecairan daripada hutang.
  • SEC akan mempunyai asas aset terkawal terbesar daripada mana-mana utiliti di rantau MENA dan akan mempunyai asas aset terkawal yang setanding dengan syarikat utiliti terbesar di negara-negara G20.
  • Pengurangan segera hutang sebanyak USD128 bilion dalam kunci kira-kira Saudi Electricity Co. daripada nisbah hutang ekuiti sebanyak 2.2 kepada 0.6, sejajar dengan tahap hutang yang umumnya dianggap sihat bagi syarikat utiliti yang mempunyai skala yang sama.

Strategy&, sebuah syarikat perundingan strategi global dan bahagian daripada rangkaian PwC dan penasihat Kementerian Tenaga untuk penyusunan semula sektor elektrik, menambah:

"Ini menunjukkan bagaimana pembaharuan telah menetapkan semula kaedah tanpa peraturan yang telah diamalkan selama beberapa dekad untuk menangani cabaran kewangan sektor elektrik dan mewujudkan rangka kerja peraturan yang kukuh, telus dan stabil yang akan memastikan kelestarian kewangan dan kelangsungan operasi Saudi Electricity Co. serta kemampuan mereka untuk memenuhi semua tanggungjawab komersial mereka termasuk pembayaran bahan api, pembayaran balik hutang dan dividen. Ia juga membolehkan Saudi Electricity Co., sebuah syarikat utiliti ke-8 terbesar di dunia berdasarkan saiz aset, kekuatan kewangan untuk mengumpulkan dana yang diperlukan untuk melabur dalam memperkukuhkan jaringan elektrik, meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian. 

"Sistem kuasa dalam Kerajaan tidak dapat memenuhi hasratnya tanpa definisi semula perkara asas dan model operasi dalam sektor ini. Walau bagaimanapun, pada kedudukan yang penting ini, jangkaan dari sektor kuasa Arab Saudi jauh adalah lebih tinggi daripada sebelumnya. Pembaharuan telah menciptakan instrumen penting untuk mencapai objektif pembuat dasar bagi memodenkan dan mengubah sektor utiliti sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030 Kerajaan." 

Nota kepada editor:

Pernyataan pandangan hadapan adalah berdasarkan kepada andaian yang munasabah, tidak ada jaminan bahawa pernyataan pandangan hadapan akan terbukti tepat, kerana hasil sebenar dan peristiwa masa hadapan boleh berbeza secara material berbanding apa yang dijangkakan dalam pernyataan tersebut. HSBC tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan pandangan hadapan jika keadaan atau anggaran atau pendapat pengurusan akan berubah kecuali dikehendaki oleh peraturan sekuriti yang berkaitan. HSBC bertindak sebagai penasihat kewangan untuk SEC.

Dikeluarkan bagi pihak Kementerian Tenaga, Arab Saudi. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1336998/table_1.jpg?p=medium600

 

 

Source: Ministry of Energy
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities