omniture

TRACE Melancarkan Matriks Risiko Rasuah 2020

TRACE
2020-11-19 21:00 1834

ANNAPOLIS, Md., 19 November 2020 /PRNewswire/ -- TRACE, sebuah pertubuhan perniagaan yang diiktiraf secara global yang didedikasikan untuk anti-rasuah, tadbir urus dan pematuhan yang baik, telah melancarkan  Matriks Risiko Rasuah TRACE tahun 2020, yang mengukur risiko rasuah perniagaan dalam 194 bidang kuasa. Menurut data yang dikeluarkan tahun ini, Korea Utara, Turkmenistan, Sudan Selatan, Venezuela dan Eritrea menunjukkan risiko rasuah komersial tertinggi, sementara Denmark, Norway, Finland, Sweden dan New Zealand menunjukkan risiko yang terendah.

Penemuan penting lain:

  • Amerika Syarikat turun lapan anak tangga dalam kedudukan sejak tahun 2019 dan telah keluar dari 20 kelompok teratas, dari tempat ke-15 ke tempat ke-23.
  • Amerika Selatan, secara purata telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 2019, sementara rantau Amerika Latin yang lebih luas kekal di tempat yang sama.
  • China berpotensi membantu mengurangkan peluang pengambilan rasuah oleh pegawai perkhidmatan awam dengan terus memperkemas birokrasi.
  • Somalia melangkah keluar dari peringkat bawah, yang dipegangnya sejak tahun 2017 hingga tahun 2019 dan kini berada di kedudukan ke-187 dari kedudukan ke-194.

Pada mulanya ia diterbitkan pada tahun 2014 untuk memenuhi keperluan dalam komuniti perniagaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai tentang risiko rasuah di seluruh dunia, Matriks TRACE menangani kemungkinan menghadapi permintaan rasuah ketika menjalankan perniagaan dalam bidang kuasa tertentu. Edisi tahun ini merangkumi pilihan titik data yang telah dikemas kini untuk memastikan Matriks TRACE tersebut berdasarkan maklumat terkini yang tersedia.

"Matriks TRACE telah dirancang dengan mengambil kira sudut perniagaan, menggabungkan beberapa sumber data yang relevan yang bukan hanya untuk menunjukkan persepsi umum tentang rasuah tetapi juga mencerminkan komitmen negara-negara untuk mencegah berlakunya rasuah melalui transformasi peraturan, peningkatan ketelusan, pemodenan masyarakat dan pemerkasaan masyarakat sivil," kata Gonzalo Guzman, Penasihat Umum Global, Anti-Rasuah di Unilever. "Kami memuji dan menyedari usaha yang dilakukan oleh TRACE untuk menjadikan alat ini tersedia secara terbuka tanpa sebarang kos dan kami berharap dapat terus menggunakannya sebagai sumber risiko luaran bagi negara untuk melakukan penilaian risiko global kami."

"Program pematuhan yang berkesan harus disesuaikan untuk menangani risiko tertentu yang dihadapi syarikat di lapangan," kata Presiden TRACE Alexandra Wrage. "Matriks TRACE membantu pasukan pematuhan membuat keputusan yang tepat tentang cara mengurangkan risiko rasuah berdasarkan perbezaan geografi, yang merupakan satu komponen penting dalam sebarang bentuk penilaian risiko."

Matriks TRACE membantu syarikat meneliti keadaan yang menyebabkan rasuah komersial berkembang: (1) sifat dan tahap interaksi kerajaan dengan sektor swasta; (2) sikap masyarakat terhadap rasuah dan kemampuan pihak kerajaan untuk menegakkan undang-undang anti-rasuah; (3) ketelusan tadbir urus kerajaan; dan (4) kemampuan masyarakat sivil untuk memantau dan mendedahkan rasuah.

Matriks TRACE boleh didapati secara terbuka di TRACEinternational.org/trace-matrix. Akses Pelayar Data Matriks di matrixbrowser.TRACEinternational.org.

Saksikan video berdurasi 90 saat tentang Matriks TRACE.

Tentang TRACE

TRACE merupakan sebuah pertubuhan perniagaan yang diiktiraf secara global yang dikhususkan untuk anti-rasuah, kepatuhan dan tadbir urus yang baik dan ia merupakan penyedia utama penyelesaian pengurusan risiko pihak ketiga dengan perkongsian kos. Ahli dan pelanggannya merangkumi lebih daripada 500 syarikat multinasional yang terletak di seluruh dunia. TRACE beribu pejabat di Amerika Syarikat dan berdaftar di Kanada, dengan penampilan di lima benua. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.TRACEinternational.org.

Source: TRACE
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Survey, Polls & Research