omniture

Tawaran Black Friday & Cyber Monday: TIDAL Selama Empat Bulan Untuk Hanya $0.99 (Premium) Dan $1.99 (HiFi)

TIDAL
2020-11-20 02:48 1800

Pelanggan Baharu Boleh Mengambil Manfaat dari Tempoh Tawaran Terhad ini mulai 24 November hingga 2 Disember 

NEW YORK, 20 November 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, platform saluran muzik dan hiburan global, TIDAL, mengumumkan tawaran Black Friday dan Cyber Monday dalam tempoh masa yang terhad. Mulai 24 November hingga 2 Disember 2020, pelanggan baharu bakal menerima TIDAL selama empat bulan pada harga $0.99 untuk Premium atau $1.99 untuk keahlian HiFi (dengan nilai sebenar $39.96 (Premium) dan $79.96 (HiFi) untuk selama empat bulan.) Untuk memanfaatkan tawaran ini pada musim percutian kali ini, ahli baharu boleh terus melawat ke TIDAL.com/blackfriday.

TIDAL Premium dan HiFi menawarkan para peminat muzik dengan akses tanpa had kepada katalognya yang besar yang mengandungi lebih 70 juta trek di seluruh genre, beribu-ribu senarai lagu yang dikendalikan oleh pasukan editorial TIDAL yang berpengalaman dan artis stesen radio secara berterusan. Ahli HiFi mempunyai manfaat tambahan dengan mendengar lagu daripada kualiti bunyi terbaik termasuk TIDAL Masters dan pengalaman bunyi yang mengasyikkan daripada Dolby Atmos Music dan Sony 360 Reality Audio. Pengumuman penambahbaikan baru-baru ini termasuklah peluasan katalog TIDAL Masters dan TIDAL Connect, yang membolehkan ahli HiFi menikmati platform audio berkualiti tinggi melalui cara yang lebih banyak dan tiada tandingan.

TIDAL mendekatkan para ahlinya dengan artis pujaan mereka melalui pengalaman album secara maya. Kedua-dua ahli Premium dan HiFi boleh bersantai, berehat dan menikmati pendengaran secara berterusan berserta ulasan album daripada para artis seperti Alicia Keys dan U2, karya seni animasi dan persembahan dengan lebih interaksi serta dimensi. Sama ada sedang sibuk atau berehat-rehat di sofa, ahli boleh mendengar kesemua ciri-ciri TIDAL di seluruh platform dan peranti seperti: Plex, Roku, Amazon Alexa, Apple TV/Android TV, Apple CarPlay, Samsung Wearables dan kawalan langsung dengan Sonos (Senarai penuh di sini).

Selepas keahlian yang terhad selama empat bulan ini, ahli boleh menyambung langganan mereka dengan harga $9.99/sebulan untuk Premium dan $19.99/sebulan untuk HiFi – diskaun ditawarkan kepada pelajar (-50%), tentera (-40%), petugas kecemasan (-40%) dan keluarga (6 akaun untuk harga $14.99 (Premium) atau $29.99 (HiFi)). 

Selain itu, pelanggan Best Buy boleh membeli TIDAL HiFi Standard selama 12 bulan atau Family pada harga 6 bulan di sepanjang akhir bulan Disember 2020 sama ada secara dalam talian atau di kedai.

Tentang TIDAL 

TIDAL ialah platform muzik global dan hiburan yang dimiliki oleh artis, menyatukan artis dan peminat bersama-sama melalui kandungan asli yang unik dan acara-acara eksklusif. Tersedia di 56 buah negara, perkhidmatan saluran ini mempunyai lebih 70 juta lagu dan 250,000 video berkualiti tinggi dalam katalognya berserta siri video original, siaran pod, beribu-ribu senarai lagu yang dikendalikan dengan mahir dan pengenalan artis baharu melalui TIDAL Rising. Dengan komitmen pemiliknya bagi mencipta model yang lebih lestari untuk industri muzik, TIDAL tersedia dalam bentuk Premium dan HiFi—rakaman yang merangkumi Master Quality Authenticated (MQA), rakaman Sony 360 Reality Audio dan Dolby Atmos Music.

 

 

Source: TIDAL
Related Links:
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Telecommunications