omniture

FARO® Melancarkan Ciri 'Enterprise' Perisian WebShare Baharu

FARO
2020-11-20 04:44 3

--Membolehkan data disimpan pada pelayan peribadi syarikat atau infrastruktur awan--

LAKE MARY, Fla., 20 November 2020 /PRNewswire/ -- FARO® Technologies, Inc. (NASDAQ: FARO), peneraju global untuk Metrologi 3D, AEC (Senibina, Kejuruteraan & Pembinaan) dan Analisis Keselamatan Awam, hari ini mengumumkan pelancaran penawaran WebShare Software Enterprise baharunya. Lanjutan daripada platform FARO WebShare yang digunakan dengan meluas, ciri Enterprise membolehkan data disimpan pada pelayan peribadi syarikat atau infrastruktur awan, memastikan kawalan penuh terhadap keselamatan data realiti 3Dnya dan satu cara yang cepat dan mudah untuk memberi akses dan berkongsi aliran kerja dalam pengurusan projek. Ciri Enterprise juga menawarkan sokongan kemasukan tunggal untuk mempermudah proses log masuk dan mengelakkan pengurusan berbilang kata laluan.

FARO WebShare Enterprise
FARO WebShare Enterprise

FARO WebShare ialah platform penghosan berasaskan awan atau pelayan yang menawarkan akses masa nyata ke data realiti 3D terkini yang sedia terbina untuk pengurusan projek di seluruh dunia dan aliran kerja Imbas ke BIM. WebShare menyokong data dengan saiz yang tidak terhad dan merupakan sumber agnostik. Data juga boleh dilihat, dinilai dan dikongsi oleh individu yang diberi kuasa sahaja, dengan menggunakan pelayar web. Semua format standard industri yang biasa untuk memuat turun data adalah disokong, membolehkan aliran kerja yang lancar dan bersepadu. WebShare menyokong pelbagai sumber data realiti dan memberikan pengguna cara penukaran yang bebas untuk mengeksport awan data, termasuk ke format standard industri popular lain seperti Autodesk ReCap dan Bentley Pointools.

Untuk industri AEC, FARO WebShare juga membolehkan penyepaduan data realiti 3D sebagai bahagian Digital Twin untuk operasi dan penyelenggaraan bangunan dan kemudahan, serta pemantauan berterusan terhadap proses pembinaan. Sesuai untuk organisasi besar yang terlibat dalam pembuatan, proses, atau tugasan kerajaan, WebShare sangat sesuai untuk mereka yang lebih suka menghoskan data sendiri sambil kekal komited dengan standard keselamatan tertinggi yang ditawarkan oleh FARO.

"WebShare Enterprise menandakan satu lagi langkah penting dalam memacu aplikasi industri yang boleh memanfaatkan teknologi Digital Twin," kata Vito Marone, Pengarah Kanan Pemasaran Produk Perisian FARO. "Dengan pengambilalihan ATS baru-baru ini, kami akan terus memperkenalkan penyelesaian yang membolehkan pelanggan menjimatkan masa dan wang serta meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan projek."

Pada bulan Ogos, FARO mengambil alih Advanced Technical Solutions di Scandinavia AB ("ATS"), untuk mempercepat penggunaan teknologi penyelesaian berkembar digital. Integrasi perisian ATS dan sistem 3D Traceable proprietari yang dirancang akan membolehkan imbasan 3D yang sangat tepat dan boleh diulang-ulang ke dalam platform FARO WebShare, mempercepat masa pelanggan untuk membuat keputusan dengan pengimejan 10 kali lebih pantas dengan ketepatan sehingga 1mm. Keupayaan berkembar digital adalah langkah penting seterusnya kerana ia memberikan gambaran maya bagi aset fizikal. Dengan penciptaan pendua ini, kembaran digital akan berfungsi sebagai lakaran maya untuk operasi, perancangan masa depan dan kegiatan pelaksanaan yang berterusan.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang FARO, sila layari: www.faro.com.     

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1338261/faro_webshare_launch_2020_hires.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95369/faro_technologies__inc__logo.jpg?p=medium600

Source: FARO
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronics Performance Measurement New products/services