omniture

MIM Software Inc. Mengumumkan Kerjasama dengan Pusat Kanser Peter MacCallum untuk Menambah Baik Pengurusan Pesakit

MIM Software Inc.
2020-11-20 21:00 3

CLEVELAND, 20 November 2020 /PRNewswire/ -- MIM Software Inc., syarikat penyedia global yang terkenal dalam perisian pengimejan perubatan , hari ini mengumumkan kerjasama dengan Pusat Kanser Peter MacCallum (Peter Mac) berikutan sokongannya terhadap Theranostik Kanser Prostat dan program Pusat Kecemerlangan Pengimejan (ProsTIC).

Peter Mac dan MIM Software akan bekerjasama untuk mempertingkatkan pengurusan pesakit kanser prostat melalui program tersebut. ProsTIC akan membangunkan alat yang membantu para petugas klinikal dalam proses pemeringkatan kanser onkologi, rancangan perawatan, pentaksiran tindak balas terapi dan pengesanan sakit yang berulang.

Peter Mac memperkenalkan program ProsTIC untuk mengembangkan penyelidikan ujian klinikal, menubuhkan sebuah hab pendidikan dengan memanfaatkan teknologi baharu dan menjalankan penyelidikan lanjutan ke atas generasi sasaran seterusnya.

"Theranostik Kanser Prostat dan Pusat Kecemerlangan Pengimejan di Pusat Kanser Peter MacCallum di Melbourne amat berbangga dapat bekerjasama dengan MIM Software untuk mengukuhkan program kami," kata Profesor Michael Hofman, pakar Perubatan Nuklear dan pakar perubatan saintis Peter Mac. "Para penyelidik klinikal akan bekerjasama dengan MIM Software untuk menjalankan analisis yang canggih tentang pengimejan PET dan membangunkan kaedah baharu untuk menganalisis tumor seluruh badan. Kami berharap dapat mengenal pasti prognostik baharu atau biopenanda pengimejan ramalan dan juga menyumbang terhadap pembangunan algoritma kecerdasan buatan yang akan menambah baik hasil keputusan pesakit melalui perubatan yang lebih baik dan diperibadikan."

Pengimejan PET/CT ialah satu alat yang penting untuk mengenal pasti penyakit. Walau bagaimanapun, proses membezakan sesuatu tumor melalui pelaksanaan pengimbas onkologi PET/CT yang biasa, memakan masa yang lama. Terdapat juga jumlah data kuantitatif yang amat besar dalam pemeriksaan ini yang tidak dapat diambil pada masa ini dan mempunyai potensi yang penting untuk menentukan prognosis seorang pesakit. Pengumpulan data ini akan menyebabkan penjagaan pesakit secara lebih peribadi, termasuk pentaksiran tindak balas rawatan.

"Terdapat permintaan untuk meningkatkan data kuantitatif yang akan meningkatkan keyakinan petugas klinikal dan MIM Software boleh memainkan peranan dalam membantu meramalkan keputusan pesakit kerana ia merupakan keputusan yang dijana oleh data," kata Aaron Nelson, Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Perubatan MIM Software Inc. "Kerjasama bersama Pusat Kanser Peter MacCallum ini akan membantu membangunkan kaedah yang cekap dan boleh dikeluarkan semula untuk kuantifikasi lesi FDG dan PET PSMA Ga-68."

Tentang MIM Software Inc.
MIM Software komited untuk memperkukuhkan penjagaan pesakit dengan memberikan pengimejan, aliran kerja dan penyelesaian data yang inovatif serta bermatlamatkan pelanggan. MIM Software menawarkan pakej perisian berpusat yang membolehkan peralatan onkologi industri terkemuka digunakan bersama untuk memastikan kualiti perancangan dan memaksimumkan penggunaan dan kecekapan data yang berkesan.

Beribu pejabat di Cleveland, OH, MIM Software ialah sebuah syarikat milik persendirian dengan pejabat di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MIM Software, sila layari www.mimsoftware.com.

Tentang Pusat Kanser Peter MacCallum
Pusat Kanser Peter MacCallum ialah sebuah pusat penyelidikan, pendidikan dan rawatan kanser yang terkemuka di dunia serta satu-satunya pusat perkhidmatan kesihatan awam Australia yang dikhususkan untuk menjaga para penghidap kanser.

Hospital ini mempunyai seramai 3,200 kakitangan, termasuk lebih 700 makmal dan penyelidik klinikal, semuanya bermatlamat untuk memberi rawatan dan penjagaan yang lebih baik dan berpotensi untuk menyembuhkan kanser.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Peter Mac dan program ProsTIC, sila layari www.petermac.org/ProsTIC.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/709760/MIM_Software_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: MIM Software Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital