omniture

Pengangkutan Gas Kabel Berkembar yang Pertama Membantu Operator di Asia Tenggara Mencapai Wawasan Digitalisasi

Silverwell Technology Limited
2020-11-21 00:38 3

LONDON, 20 November 2020 /PRNewswire/ -- Silverwell telah berjaya menyiapkan pemasangan sebuah pengangkat gas dengan kabel berkembar pintar yang lengkap untuk seorang pelanggan Asia Tenggara, di luar pesisir buat kali pertama di dunia. Dua sistem pengoptimuman pengeluaran pengangkut gas yang dikawal dan dipantau dari permukaan secara bebas, dipasang secara bersebelahan dalam telaga yang sama. Sistem DIAL (Digital Intelligent Artificial Lift) Silverwell membolehkan pengeluaran yang benar-benar bebas dan dioptimumkan secara jarak jauh daripada dua zon takungan pengeluaran dalam telaga luar pesisir yang terpencil. Jika dibandingkan dengan teknologi pengangkut gas konvensional yang berasaskan campur tangan manusia, pelanggan mengharapkan peningkatan dalam kadar pengeluaran yang ketara serta pengurangan risiko HSE dan kos operasi.

Dalam konteks yang lebih luas dan strategik, pemasangan DIAL, sebuah teknologi berkeupayaan digital, akan terus mendorong perubahan paradigma ke arah pengoptimuman pengangkutan gas pintar untuk para pelanggan Silverwell. Faedah perlengkapan kabel berkembar dalam mengurangkan Perbelanjaan Modal (CAPEX) cari gali oleh dua takungan pengeluaran bebas dalam satu telaga kini boleh dilaksanakan dalam lapangan pengangkutan gas. Telaga tersebut juga merupakan platform pertama tanpa manusia yang dilengkapi dengan DIAL. Keupayaan tanpa campur tangan manusia dan pengendalian secara jarak jauh membolehkan penyesuaian yang berterusan dan memungkinkan pengoptimuman pengangkutan gas yang dikeluarkan tanpa kehadiran kakitangan operasi pengeluaran di platform.

Silverwell mengenal pasti bahawa pemasangan ini adalah satu pencapaian penting untuk pelanggannya, yang merupakan penyokong kerja-kerja syarikatnya sejak sekian lama. Silverwell juga mengiktiraf sumbangan yang tidak ternilai oleh rakan kongsi pemasang tempatan yang bekerjasama dengan syarikat. Ini lebih-lebih lagi bagi menangani masalah logistik yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem pengoptimuman pengeluaran pengangkutan buatan pintar digital Silverwell, sila layari silverwellenergy.com

Tentang Silverwell

Silverwell ialah pembangun dan pembuat sistem pengoptimuman pengeluaran pengangkut gas pintar digital dan merupakan peneraju yang diiktiraf dalam sektor pengoptimuman pengangkut gas. Teknologi Silverwell mengatasi reka bentuk telaga dan had operasi teknologi pengangkut gas konvensional, meletakkan syarikat tersebut di barisan hadapan inovasi dan digitalisasi dalam industri gas dan minyak. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.silverwellenergy.com.

Hubungan Media:

Fifth Ring yang mewakili Silverwell:

Laura Glueck

laura.glueck@fifthring.com 

+ (1) 281-404-4313

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1339238/SilverWell_strapline_RGB.jpg?p=medium600

Source: Silverwell Technology Limited
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Utilities