omniture

E-waranti HUBLOT: Pendigitan kad jaminan atau bagaimana setiap jam tangan menjadi sijilnya sendiri

Hublot SA
2020-11-21 20:02 290

Keaslian jam tangan Hublot dijamin oleh pengecaman visual struktur mikro bahan mereka. 

Dengan e-waranti HUBLOT, Hublot melancarkan jaminan digital sepenuhnya yang tersimpan dalam rantaian blok AURA. 

Untuk mengikuti perkembangan terkini, sila ikuti: @Hublot #Hublot 

NYON, Switzerland, 21 November 2020 /PRNewswire/ -- "Setelah menjadi salah sebuah syarikat pertama di dunia yang melengkapkan jam tangannya dengan jaminan elektronik pada tahun 2009, Hublot sekali lagi berinovasi dengan e-waranti Hublot. Hublot akan menggunakan sistem pasport dan waranti elektronik, seperti pengecaman wajah, berdasarkan keunikan bahan yang membentuk jam tangannya. Teknologi canggih ini memerlukan penyelidikan dan pembangunan selama lebih daripada tiga tahun melalui kerjasama dengan syarikat KerQuest. Terima kasih kepada e-jaminan Hublot, hari ini gambar ringkas yang diambil menggunakan telefon bimbit akan mengaktifkan jaminan dan akses terhadapnya, pada masa yang sama ia juga mengesahkan ketulenan produk. Walaupun teknologi yang dibangunkan bergantung pada algoritma yang kompleks, ia adalah mudah dan mesra pengguna. Gabungan yang sempurna antara kerumitan teknologi dan kemudahan penggunaan." Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hublot.

Hublot e-warranty system
Hublot e-warranty system

Dengan e-waranti Hublot, Hublot & KerQuest telah menyatukan bahan dan algoritma yang inovatif untuk merevolusikan pengalaman pengguna. Jam tangan tersebut disahkan dengan pengiktirafan dalam kekhususan penggunaan bahannya. Usaha pertama dalam memerangi pemalsuan. 

Era kad jaminan dan sijil ketulenan fizikal sudah berlalu; dengan sistem perlindungan dan jaminan e-waranti Hublot baharu, Pembuat jam tangan mempermudah pengesanan dan penjejakan jam tangannya, dari pembuatan hingga ke pelanggan, melalui pusat-pusat jualan. Setia dengan motonya "Menjadi yang pertama, unik dan berbeza", pembuat jam tangan, dengan e-waranti Hublot, telah mencipta teknologi pertama di mana jam tangan itu sendiri menjadi kunci untuk membuka dunia perkhidmatan baharu. Selain memudahkan penggunaan di pusat-pusat jualan, pelanggan dan urusan kastam, Hublot juga meningkatkan pencegahan pemalsuan dan kecurian. Ringkas, mudah dan berkesan!

Pembuat jam tangan ini telah menjalankan pembangunan algoritma dengan kerjasama syarikat KerQuest sejak tahun 2017. Matlamatnya adalah untuk membangunkan teknologi yang bergantung pada pengiktirafan kekhususan jam tangan, iaitu struktur mikro bahan buatannya. Cara kerja ini nampak jelas bagi pakar Seni Gabungan ini, yang telah menggunakan bahan dan gabungan mereka untuk menampilkan perbezaan berbanding pesaingnya selama 40 tahun. Sebagai cabaran tambahan, walaupun mengakui bahawa penggunaan bahan dalam pengertian yang luas telah dikaji selama beberapa tahun, pengiktirafan sebenar secara menyeluruh merupakan sesuatu yang menjadi masalah hingga sekarang. Dengan evolusi telefon pintar dan khususnya peningkatan dalam definisi kamera, serta pembangunan dalam kecerdasan buatan, Hublot dan KerQuest mampu menyempurnakan pengiktirafan pandang pertama sesebuah jam tangan.

Setiap utas jam tangan Hublot adalah unik: malah dua jam tangan dari model yang sama yang dihentikan pembuatannya dapat dibezakan hasil keunikan struktur mikronya. Cabaran yang dihadapi adalah bagaimana memahaminya dan memprosesnya dengan cara yang boleh dipercayai dan praktikal. E-waranti Hublot adalah berdasarkan pada pengiktirafan menyeluruh terhadap kekhususan semua jam tangan dan model Hublot.

Teknologi utama terdapat dalam cara pembuatan, di mana, dengan cara tertentu, pasport sesebuah jam tangan dapat ditetapkan. Pembaca optik yang direka khas mengimbas secara visual dan membina semula realiti setiap bahagian dengan terperinci, dalam definisi yang sangat tinggi. Setiap jam tangan memang "dijejak" sebaik sahaja dikeluarkan dari produksi. Apabila jam tangan dijual di butik, transaksi di pusat jualan akan mengaktifkan jaminan menggunakan aplikasi e-jaminan Hublot (yang mengambil foto muka jam tangan berserta dengan foto pendua yang dipaparkan pada skrin). Foto tersebut dihantar ke infrastruktur pengkomputeran yang akan memprosesnya dan mengaktifkan waranti secara automatik sekiranya jam tangan tersebut telah dikenal pasti secara tepat. Setelah jam tangan tersebut dikenali dan disahkan, pelanggan akan menerima e-waranti Hublot mereka melalui saluran pilihan mereka (SMS, E-mel, WhatsApp, WeChat, Instagram, Messenger, dll.) dan kemudian dengan mudah dapat menyertai komuniti Hublotista.

Aplikasi e-waranti khusus juga tersedia untuk para pelanggan. Ini membolehkan mereka mengakses perkhidmatan baharu dengan mudah, seperti mengesahkan keaslian jam tangan tersebut, mendapatkan status waranti jam tangan atau mengakses komuniti Hublotista. Sekiranya berlaku kehilangan data waranti atau penjualan jam tangan tanpa memindahkan waranti kepada pemilik baharu, pengiktirafan menyeluruh melalui aplikasi e-waranti Hublot, yang tersedia di Google Play Store dan Apple App, sekali lagi membolehkan akses ke semua maklumat tentang jam tangan tersebut dan warantinya. Semasa transaksi yang melibatkan jam tangan terpakai, aplikasi e-waranti Hublot akan membolehkan penjual atau pembeli memeriksa status jam tangan tersebut dan akan melindungi penjual daripada penjualan semula jam tangan yang dicuri.

Teknologi e-waranti Hublot sudah serasi dengan semua jam tangan yang dihasilkan oleh Pembuat sejak awal tahun 2020. Teknologi yang berfungsi sepenuhnya ini sedang dilancarkan di semua pusat jualan Hublot. Butik pelopor di Paris, Vendôme yang telah dilengkapi selama lebih dari setahun, butik dan peruncit di Switzerland juga telah beroperasi. Pasaran lain akan menyusul dalam beberapa bulan akan datang. Untuk jam tangan edisi sebelumnya, kad waranti secara elektronik masih dikekalkan. Apabila jam tangan ini dihantar untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan, ia akan direkodkan oleh Pembuat supaya ia boleh memanfaatkan sistem e-waranti Hublot yang baharu.

Sekali lagi, Hublot meletakkan pengalaman pelanggan sebagai intipati pembangunannya dan berhasrat memanfaatkan teknologi ini untuk ditawarkan kepada pelanggan setianya dengan ciri-ciri interaktif baharu.

Menjadi syarikat pertama yang menggunakan kad waranti elektronik pada tahun 2009 

Pada tahun 2009, Hublot menjadi salah sebuah syarikat pertama di dunia yang melengkapkan jam tangannya dengan teknologi WISeKey—kad waranti yang diaktifkan semasa pembelian, berfungsi dengan sistem pengesahan dua faktor (kekunci kriptografi dan nombor siri jam tangan). Teknologi ini digabungkan dengan pembaca waranti USB dan telah membolehkan pelanggan untuk menyertai komuniti Hublotista. Pada tahun 2015, ia telah berkembang, menggantikan tampalan cip elektronik dengan teknologi NFC (komunikasi medan hampir).

E-waranti Hublot akan menjadi sebahagian daripada rantaian blok AURA yang diperkenalkan oleh LVMH 

Sistem waranti baharu yang dibangunkan oleh Hublot adalah sebahagian daripada trend global untuk memerangi pemalsuan dan untuk menjejak dan mengesan kitaran hayat produk, yang diperkenalkan oleh LVMH. E-waranti Hublot akan disimpan dalam rantaian blok AURA, yang bertujuan untuk digunakan oleh jenama-jenama mewah lain. Dibangunkan oleh Microsoft dan syarikat rantaian blok ConsenSys, AURA ialah rantaian blok antarabangsa pertama yang direka untuk membantu pengguna mengesan item dan menilai ketulenannya. Selain direka oleh dan untuk jenama mewah, ia juga membolehkan pengesanan sumber bahan mentah dan perlindungan harta intelek dan kreatif.

HUBLOT

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1980, HUBLOT ditakrifkan oleh inovasinya, yang bermula dengan kombinasi emas dan getah yang sangat tulen. "Seni Pelakuran" ini berasal dari imaginasi Pengerusi berwawasannya, Jean-Claude Biver dan telah dipacu oleh CEO Ricardo Guadalupe sejak tahun 2012.

Pelancaran Big Bang yang ikonik dan memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2005 membuka jalan untuk koleksi terunggul baharu (Classic Fusion, Spirit of Big Bang), dengan komplikasi yang bermula dari sederhana sehingga yang sangat canggih, mewujudkan tempat pembuatan jam tangan DNA Switzerland yang luar biasa dan memastikan pertumbuhannya yang memberangsangkan.

Bagi mengekalkan kepakaran tradisional dan kecanggihannya, dengan berpandukan falsafah untuk "Menjadi Pertama, Berbeza dan Unik," pembuat jam tangan Switzerland ini secara konsisten mendahului kelok, melalui inovasi dalam bahan (Magic Gold tahan calar, seramik dalam warna-warna cerah, batu nilam) dan rekaan pergerakan Pembuatan (Unico, Meca-10, Tourbillon).

HUBLOT komited sepenuhnya untuk mencipta jenama Haute Horlogerie dengan masa depan yang berwawasan: masa depan yang disatukan dengan peristiwa penting pada zaman kita (FIFA World Cup™, UEFA Champions League™, UEFA EURO™ dan Ferrari) dan duta terbaik dalam era yang ada pada zaman kita (Kylian Mbappé, Usain Bolt, Pelé).

Temui alam semesta HUBLOT di rangkaian butik kami yang terletak di bandar-bandar utama di seluruh dunia: Geneva, Paris, London, New York, Hong Kong, Dubai, Tokyo, Singapura dan di HUBLOT.com.

KerQuest 

KerQuest telah membangunkan enjin pengenalan menyeluruh yang kukuh yang dihoskan pada platform yang dipanggil Solid Media Messaging. Ia membolehkan pengguna untuk berinteraksi secara intuitif dengan sebarang objek melalui telefon pintar mereka dan melakukan pelbagai transaksi perkhidmatan. Walaupun dapat memenuhi banyak fungsi perniagaan untuk jenama dan pengedar, ia juga merupakan alat yang sangat baik untuk membina kesetiaan pelanggan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1339074/hublot_e_warranty_system.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1176881/Hublot_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

 

Source: Hublot SA
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services