omniture

Pelanggan Huawei Menang Tiga Anugerah Bandar Pintar Dunia dan Tiga Pencalonan di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2020

--Shanghai, Shenzhen, dan Daerah Nanhai Foshan memenangi anugerah
Huawei
2020-11-23 22:34 2138

SHANGHAI, 23 November 2020 /PRNewswire/ -- Pada 18 November, di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar kali ke-10, pelanggan Huawei memenangi tiga Anugerah Bandar Pintar Dunia dan tiga pencalonan untuk idea inovatif mereka serta pencapaian cemerlang dalam memacu inisiatif bandar pintar. Shenzhen telah memenangi Anugerah Teknologi Pemboleh bagi tadbir urus bandar terkemas didayakan teknologi. Shanghai telah diiktiraf dengan Anugerah Bandar, anugerah yang mengiktiraf bandar-bandar pintar bertaraf dunia. Daerah Nanhai Foshan di Guangdong memenangi Anugerah Ekonomi. Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Tianjin (TEDA), Daerah Baharu Henan Zhengdong, Huangshan Anhui masing-masing dicalonkan untuk Anugerah Bandar Inklusif & Berkongsi, Anugerah Idea Inovatif, Anugerah Tadbir Urus & Perkhidmatan dan Anugerah Ekonomi. Pengiktirafan ini bukan sahaja menunjukkan pengiktirafan kepada pemenang oleh pihak jawatankuasa, tetapi juga penghargaan industri terhadap Huawei dalam pembinaan bandar pintar. Semasa berlangsungnya ekspo berkenaan, Huawei turut menganjurkan Sidang Kemuncak Bandar Pintar bertema "Memperkasa Kewujudan Bandar Dengan Kecerdasan dan Kevitalan" ("Empowering the City Being with Intelligence and Vitality") bagi membincangkan mengenai pembinaan bandar masa depan.

Yue Kun, Presiden Unit Perniagaan Kerajaan Global Huawei berkata, "Tatkala kami mengemudi lebih jauh ke arah pembinaan dan pembangunan bandar pintar, kami perlu memulakan peringkat baharu pembangunan bandar pintar dengan mantap dan praktikal melalui pengalaman dan wawasan kami. Memandangkan bandar pintar merupakan bentuk baharu pembangunan bandar masa depan, kami perlu memberi tumpuan terhadap masalah utama bandar ini, mematuhi konsep berorientasi manusia, menyasarkan aspek pemerolehan dan pengalaman perkhidmatan bandar serta melaksanakan sambungan mendatar serta rekayasa semula proses. Proses ini melibatkan perancangan keseluruhan terhadap sistem perniagaan, sinergi merentas lima domain teknologi utama, sambungan cekap sistem data dan pembangunan mampan sistem operasi. Hanya dengan pembinaan kediaman bahagia kita yang sistematik, kita dapat membina Kembar Pintar Bandar serta mewujudkan kehidupan bandar yang lebih baik bersama-sama."

Bandar Pintar dan Bahagia Berdasarkan Teknologi: Shanghai Menang Anugerah Bandar

Pembangunan sesebuah bandar bergantung pada konsep, asas dan corak pembinaan bandar. Shanghai, sebuah bandar pintar bertaraf dunia yang dikuasakan oleh inovasi Huawei dalam era digital, telah diiktiraf menerusi Anugerah Bandar global terbilang.

Di Daerah Xuhui Shanghai, Huawei dan Pusat Operasi dan Pengurusan Bandar bersama-sama membangunkan sistem penderiaan pintar "12345" dengan menggunakan teknologi AI untuk menganalisis secara dinamik saling hubungan antara topik-topik hangat daripada tiga dimensi: masa, ruang dan orang. Berdasarkan pengendalian topik-topik hangat terdahulu, model asas diekstrak bagi membina proses lingkaran tertutup penemuan kesedaran pintar, analisis data dan pengendalian kolaboratif manusia-mesin. Dengan cara ini, topik hangat dan risiko popular boleh diramalkan terlebih dahulu, lantas dapat memberi sokongan dalam membuat keputusan demi pengendalian perkhidmatan yang cekap.

Sewaktu pembinaan kawasan bandar pintar dijalankan, Daerah Huangpu Shanghai mencadangkan secara inovatif matlamat keseluruhan dan tugas pembinaan "IoT, Sambungan Data dan Sambungan Pintar." Berpandukan oleh reka bentuk bertaraf dunia yang inovatif, ia akan menubuhkan Pusat Pengurusan Operasi Bandar di Daerah Huangpu melalui model operasi dan pengurusan yang inovatif, komprehensif, seluruh-ruang-masa, proses-penuh dan lingkaran tertutup. Pada masa kini, daerah berkenaan telah melaksanakan 15 aplikasi khas dalam empat sektor: keselamatan awam, pengurusan awam, perkhidmatan awam dan operasi ekonomi. Dalam proses melaksanakan pengurusan bandar mega yang diperkemas, konsep "pengurusan rangkaian seragam" menggalakkan tadbir urus bandar pintar untuk Daerah Huangpu yang lebih pintar.

Teknologi Jadikan Kehidupan Lebih Baik: Shenzhen Menang Anugerah Teknologi Pemboleh

Berdasarkan matlamat untuk membina "Dwi-Bandar Pintar Baharu Kelas Pertama", Shenzhen membina "Kembar Pintar Pengcheng" berdasarkan pengupayaan teknologi untuk terus meningkatkan daya saing komprehensif bandar berkenaan. Dengan mewujudkan enam sistem — perkhidmatan awam, keselamatan awam, tadbir urus bandar, industri pintar, perkhidmatan data raya dan rangkaian persepsi —Shenzhen pada mulanya membina corak pembinaan bersepadu bandar pintar baharu. Corak ini membawakan platform, aplikasi dan otak pintar bandar, yang menambah baik pembangunan bidang-bidang secara komprehensif seperti tadbir urus bandar, perkhidmatan awam dan pembangunan industri. 

Shenzhen telah melakar gambaran yang jelas bagi landskap pintar masa depan dengan cara "semua-dalam-SATU": SATU peta untuk bandar, SATU angka untuk semua perkhidmatan bandar, SATU klik untuk keterlihatan menyeluruh, SATU struktur untuk operasi dan hubungan bersepadu, inovasi dan keusahawanan SEHENTI dan SATU skrin untuk kehidupan pintar. Dengan sistem perkhidmatan kerajaan yang terhubung secara digital, semua perkhidmatan e-kerajaan sentiasa dinaik taraf dan ditingkatkan. Pada tahun 2020, Shenzhen merancang untuk membina 46,000 stesen utama 5G, seraya menjadikannya bandar pertama di China mencapai liputan penuh infrastruktur 5G dan perangkaian bebas. Shenzhen berada di landasan yang pantas untuk menjadi kawasan tanah tinggi yang inovatif untuk kecerdasan industri serta kepimpinan teknologi.

Di samping itu, dengan mewujudkan perkhidmatan e-Kerajaan dengan pelaporan dan pemprosesan dalam beberapa saat, Shenzhen telah menjayakan 350 perkhidmatan teras dalam 53 pejabat kerajaan untuk beralih ke awan, merealisasikan pengurusan platform awan dalam bandar dan daerah, serta meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Melalui platform awan bandar, data akan dihantar secara terus, meminimumkan keperluan prosedur secara peribadi, seraya memperkasa gelombang baharu perkhidmatan tanpa sentuh melibatkan pelbagai perkhidmatan di bandar berkenaan. Selain itu, Shenzhen memanfaatkan berbilang cara untuk mengoptimumkan waktu operasi perniagaan, memendekkan masa yang diperlukan untuk pendaftaran dan kelulusan perusahaan baharu kepada kurang daripada seminit. Hanya enam saat diperlukan untuk pemfailan projek perusahaan, bermula daripada proses permohonan hinggalah kelulusan.

Daerah Nanhai Foshan di Guangdong memenangi Anugerah Ekonomi.

Daerah Nanhai Foshan dianugerahkan Anugerah Ekonomi kerana melangkah daripada sejarah kepada kemodenan. Daerah Nanhai menggunakan ICT baharu untuk membina "Nanhai Digital" yang mengintegrasikan pusat integrasi data, pemantauan operasi, analisis membuat keputusan, pameran komprehensif serta arahan dan kolaborasi. Justeru itu, bandar berkenaan boleh dilihat pada satu peta, melalui operasi pintar pada skrin tunggal dan aplikasi disatukan pada awan tunggal.

Pelanggan Huawei Diiktiraf sebagai Finalis untuk Pelbagai Anugerah

Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Tianjin merupakan antara finalis bagi Anugerah Bandar Inklusif & Berkongsi atas pencapaiannya dalam memupuk persekitaran yang baik untuk pembinaan bandar pintar. Pada tahun 2018, Huawei bekerjasama dengan Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Tianjin serta mengumumkan "Bandar AI + Pintar" pertama China — Bandar Baharu TEDA.  Setelah tiga tahun menjalani kerja-kerja pembinaan, Bandar Baharu TEDA pintar mempunyai beberapa sistem infrastruktur dan aplikasi bertaraf dunia bagi memberi sokongan padu untuk inovasi sosial dan juga perkhidmatan sosial. Ia telah menjadi sebuah bandar moden yang makmur, boleh didiami dan bahagia serta menetapkan penanda aras baharu bagi penubuhan bandar pintar.

Pulau Pintar Zhengzhou pula diiktiraf sebagai calon untuk Anugerah Idea Inovatif bagi makmal inovatifnya. Menumpu pada "masa depan" dan "inovasi", Pulau Pintar Zhengzhou telah membina makmal panorama bandar masa depan untuk membina senario kehidupan bandar berorientasi masa depan. Pada masa kini, dron, 5G dan AI digunakan untuk memantau kawasan persekitaran dengan cara menyeluruh, yang merupakan penggantian yang automatik dan cekap bagi operasi manual. Berdasarkan data raya, Pulau Pintar melaksanakan profil perusahaan terperinci 360-darjah, membina sistem promosi pelaburan yang jitu serta membangunkan pangkalan data dinamik yang melibatkan 54 juta perusahaan di seluruh China. Pulau Pintar melaksanakan pemodelan digital untuk setiap objek fizikal bagi membentuk kembar digital 1:1, membina pameran baharu bandar pintar dan enjin baharu untuk transformasi ekonomi digital.

Bandar Huangshan diiktiraf sebagai calon untuk Anugerah Tadbir Urus & Perkhidmatan kerana menjadikan transformasi digital sebagai bandar pelancongan terkenal. Berdasarkan konsep dan teknologi canggih, seperti pengkomputeran awan dan data raya, Bandar Huangshan mengikuti prinsip "perkongsian platform, pembinaan bersama kandungan serta perkongsian pencapaian" bagi mempercepatkan pembinaan standard sumber data dan menambah baik pembinaan infrastruktur bandar. Berdasarkan otak bandar bagi Bandar Huangshan, pusat operasi dan arahan "kerajaan digital" dapat diwujudkan. Selain itu, dengan menumpu untuk menginovasi aplikasi analisis data raya pintar dalam budaya, pelancongan dan perlindungan terhadap alam sekitar, Bandar Huangshan memudahkan transformasi digital industri budaya dan juga pelancongan.

Dalam domain bandar pintar pula, Huawei menggunakan Kembar Pintar Bandar untuk menyelaraskan perancangan dan pembinaan kolaboratif beberapa platform teknikal seperti 5G, awan, AI dan terminal pintar, bagi mendayakan kolaborasi perkhidmatan.  Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menginovasi penyelesaian berbilang senario, seperti perkhidmatan kerajaan, tadbir urus sosial, perkhidmatan awam, tamadun ekologi dan perkhidmatan ekonomi, bagi memenuhi keperluan pembangunan bandar yang pelbagai serta membantu pelanggan membina kembar pintar bandar berkenaan demi meningkatkan daya saing keseluruhan. Pada masa kini, Huawei telah menyediakan penyelesaian bandar pintar untuk lebih daripada 200 bandar di lebih 40 negara.

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news