omniture

FARO® Melancarkan Vantage Laser Tracker 6DoF Probe

FARO
2020-11-24 22:05 3

--Peralatan pemeriksaan mudah alih berketepatan tinggi yang lebih pantas dan lebih mudah digunakan-- 

LAKE MARY, Florida, 24 November 2020 /PRNewswire/ -- FARO® Technologies, Inc. (Nasdaq: FARO), syarikat peneraju global dalam Metrologi 3D, AEC (Seni Bina, Kejuruteraan & Pembinaan), dan Analisis Keselamatan Awam, hari ini mengumumkan keluaran terkininya, Vantage Laser Tracker 6 Degrees of Freedom (6DoF) Probe. 6Probe terbaharu ini menawarkan keupayaan mudah alih yang luar biasa dan amat serasi dengan FARO VantageS6 dan VantageE6 Laser Trackers, membolehkan pengguna membangun, memeriksa dan mengukur produk dengan lebih pantas berserta ketepatan yang lebih tinggi.


6Probe ialah sebuah penyelesaian 6DoF yang menjimatkan dan memenuhi keperluan dinamik ukuran, kepantasan dan ketepatan yang paling mencabar dalam penggunaan di peringkat industri. Dengan gaya swapengecaman kinematik, pengguna kini boleh menukar langkah pemeriksaan dengan pantas dan mengukur tanpa tentukuran semula serta mengukur ruang-ruang tersembunyi di luar garis yang boleh dilihat oleh pengesan dengan sudut penerimaan yang lebih luas. Hasilnya ialah sebuah alat yang canggih yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Malahan, pengguna biasa 6Probe yang baharu kini boleh menjimatkan masa sekurang-kurangnya selama 30 minit pada mana-mana hari bekerja.

"Generasi terkini Vantage Laser Tracker 6DoF Probe menambah konsistensi yang maksimum pada fungsi pengukuran dan kebolehpercayaan dalam pelbagai persekitaran pekerjaan, menyampaikan prestasi terbaik dalam kelasnya melalui pemeriksaan yang lebih pantas dan lebih mudah daripada model terdahulu," kata Leo Martinez, Pengurus Pemasaran Produk FARO. "Dengan pemeriksaan Super 6DoF dan 6DoF yang konvensional, FARO menawarkan penyelesaian 6DoF yang paling komprehensif tersedia dalam industri."

6DoF dan pemeriksaan standard ditingkatkan dengan FARO ActiveSeek™, suatu ciri yang mengenal pasti kedudukan dan mengikuti sasaran aktif secara automatik. Alat pengesan FARO menyokong penyelesaian berpaten Super 6DoF TrackArm, yang membolehkan Vantage dan satu atau lebih FARO ScanArms bekerjasama membentuk hubungan bersepadu dan sistem ukuran 3D tanpa hubungan untuk ukuran yang berskala besar. Dengan julat jarak hingga 60 meter (dengan capaian 4 meter), Super 6DoF menghapuskan rintangan garis penglihatan dan memperluas julat ukuran sambil mengekalkan ketepatan yang tinggi.

Platform Vantage menawarkan ukuran 3D yang komprehensif dan berskala besar hingga 80 meter, melancarkan proses dengan begitu ketara dan mengurangkan tempoh kitaran pemeriksaan sambil memastikan hasil yang meyakinkan. Pengesan Laser memaksimumkan keupayaan pengukuran 6DoF melalui pilihan 6Probe, membolehkan ukuran yang tepat pada ruang-ruang tersembunyi dan objek yang kecil.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang FARO, sila layari: www.faro.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1340964/faro_6dof_vantage_probe_v2_airplanewing__1.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95369/faro_technologies__inc__logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FARO
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronics Performance Measurement New products/services