omniture

Pendekatan Siber-Fizikal dalam Industri Automotif: Melangkah ke Masa Depan Pembangunan Berasaskan Model

Toshiba Corporation
2020-11-25 10:00 163

SINGAPURA, 25 November 2020 /PRNewswire/ -- Pembangunan berasaskan model (MBD), satu kaedah menguji interaksi yang rumit antara perisian sebagai sistem simulasi menggunakan penciptaan semula maya mekanik, menjadi semakin popular dalam sektor pembuatan, khususnya industri automotif. Ketahui bagaimana Toshiba mengaplikasikan pendekatan siber-fizikal kepada MBD untuk membantu organisasi-organisasi membina penyelesaian yang transformatif dan mampan demi kecekapan kos dan produktiviti.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202011.shtml

Schematic of the Distributed Co-Simulation Platform
Schematic of the Distributed Co-Simulation Platform

Era siber-fizikal pembangunan berasaskan model

Ketika MBD menguji kecekapan komponen-komponen individu dengan berkesan, ia bergelut untuk terus bersaing dengan ciri ketersambungan kereta hari ini susulan kemunculan pelbagai jenis komponen dan sistem elektronik dalam bidang CASE (iaitu pembangunan kenderaan Terhubung, Berautonomi, Berkongsi dan Elektrik) - kesemuanya perlu dapat berfungsi bersama-sama.

Platform Simulasi Bersama Teragih Toshiba, menerusi pendekatan siber-fizikalnya, berpotensi untuk merevolusikan apa yang dapat dicapai, dan akhirnya mempermudah cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat automotif pada hari ini. Sistem siber-fizikal (CPS) ditakrifkan sebagai sistem yang mengumpul data dunia sebenar dan menganalisis data tersebut dalam persekitaran siber atau digital – menggunakan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) – sebelum mengaplikasikan semula apa yang dipelajari dalam dunia fizikal bagi mencipta nilai tambahan.

Dengan menggunakan pendekatan CPS untuk MBD, pada dasarnya platform Toshiba mengembangkan teknik ini ke tahap simulasi berskala besar baharu yang menghubungkan berbilang model – yang dimiliki oleh pembuat auto dan pembekal alat ganti berbeza – dalam persekitaran ujian digital tunggal.

Penyelesaian berkenaan membolehkan pembuat auto untuk membina prototaip kereta maya sepenuhnya, membolehkan mereka untuk melaksanakan proses pengesahan yang diperlukan terhadap sistem kawalan automotif yang rumit pada hari ini lebih awal dalam proses – dan seterusnya meningkatkan kualiti serta produktiviti dengan ketara. Hubungan antara pembekal-pembekal berbeza dapat diautomasikan bagi mengurangkan jam-manusia, manakala simulasi dapat dilaksanakan melalui infrastruktur awan bagi mengurangkan kependaman dan mempercepatkan proses pengesahan yang lebih luas dengan ketara.

Satu pendekatan bersama terhadap teknik-teknik seperti pembangunan berasaskan model mungkin merupakan langkah pertama, namun ketika dunia fizikal dan digital terus bertembung, sudah pasti kita akan dapat melihat kemunculan lebih banyak sistem siber-fizikal mentransformasikan cara  kita bekerja dan menjalani kehidupan merentas pelbagai domain.

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services