omniture

Relevance Quotient Report 2020 Crayon Data Menerangkan Trend dan Corak Perbankan Peribadi

Crayon Data
2020-11-25 12:42 41

- Merangkumi lebih 100 bank di seluruh 17 kedudukan geografi 

SINGAPURA dan CHENNAI, India, 25 November 2020 /PRNewswire/ -- Crayon Data, sebuah syarikat Data Raya dan Kecerdasan Buatan yang berkembang pesat, mengumumkan pelancaran Relevant Quotient Report untuk membantu bank dalam urusniaga personalisasi mereka. Oleh kerana COVID-19, corak baharu dalam trend pembelian pengguna meletakkan sektor perbankan dan para pedagang dalam kedudukan yang amat mencabar. Mereka perlu kekal relevan kepada pengguna untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang hebat dan menjana perkongsian pendapatan. Bank perlu bertindak pantas, atau mereka berisiko untuk dipinggirkan oleh pesaing daripada industri digital.

Crayon Data launches The Relevance Quotient Report 2020
Crayon Data launches The Relevance Quotient Report 2020

Untuk menilai perkaitan terkini antara bank dengan pelanggan mereka, Crayon Data telah membangunkan satu kerangka proprietari dengan tujuh takrifan parameter pada perjalanan seorang pelanggan. Kerangka ini, yang dinamakan The Relevance Quotient, menganalisis tahap pemperibadian dan  kaitan urusniaga dagangan serta tawaran yang dicadangkan oleh bank kepada pelanggan, tentang harta digital mereka. Tujuannya ialah untuk melihat kesan pandemik terhadap pilihan dan kegemaran pelanggan. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana sektor perbankan dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap perubahan dalam trend kepenggunaan.

Crayon Data menyelidiki lebih daripada seratus buah bank di 17 pasaran, di seluruh India, Timur Tengah dan Afrika serta rantau APAC. Disusun ke dalam The Relevance Quotient Report 2020, penyelidikan ini mengkaji tujuh parameter utama yang perlu diberi fokus oleh bank, untuk menjana personalisasi terhadap pelanggan mereka. Parameter meliputi pemprofilan citarasa pelanggan hingga penyediaan pencapaian yang berterusan tanpa halangan. Bank kemudian digredkan kepada empat peringkat bergantung kepada prestasi mereka dalam tujuh parameter yang dinilai.

Pemeringkatan ini dinilai berdasarkan keupayaan untuk mencipta profil citarasa pelanggan, mencadangkan tawaran yang berkaitan, menyampaikan produk yang diperibadikan serta tawaran baharu, penglibatan, integrasi rentas saluran dan pencapaian.

Muat turun laporan sekarang.

Tentang Crayon Data 

Crayon Data ialah sebuah syarikat baharu Singapura yang berasaskan data raya dan kecerdasan buatan. Ia dikenal pasti oleh Gartner sebagai penyedia digital peribadi pada kedudukan 40 syarikat teratas. Crayon membolehkan pelanggan berprestasi tinggi di seluruh industri seperti perbankan, e-dagang dan pelancongan untuk menjalankan perbualan peribadi bersama pelanggan mereka melalui pelbagai saluran komunikasi.

Tentang maya.ai

maya.ai Crayon ialah sebuah platform berasaskan kecerdasan buatan pertama di dunia yang mendayakan era perkaitan. Ia melengkapkan perusahaan tradisional dengan keupayaan mencipta pengalaman peribadi yang tinggi. Pada skala besar. Dengan pantas. Platform ini merangkumi rangkaian data yang sangat besar dan dikendalikan dengan sangat baik, dengan sokongan kecerdasan buatan yang canggih, disampaikan melalui satu siri API yang mudah digunakan.Klik di sini untuk menempah demonstrasi.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Arun Kiran
media@crayondata.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1340656/Crayon_Logo.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1340658/the_rq_report_2020.jpg?p=medium600

 

Source: Crayon Data
Keywords: Computer/Electronics New products/services