omniture

Indeks Keganasan Global 2020: Kematian akibat keganasan mencecah kadar yang rendah selama lima tahun, namun risiko baharu mula muncul

Institute for Economics & Peace
2020-11-25 13:00 44

LONDON, 25 November 2020 /PRNewswire/ -- 

  • Kematian global akibat keganasan jatuh ke angka 13,826 untuk tahun ke lima berturut-turut pada tahun 2019, penurunan sebanyak 15 peratus dari tahun sebelumnya 
  • Di Amerika Utara, Eropah Barat dan Oceania, serangan golongan berhaluan kanan meningkat 250 peratus sejak tahun 2014 - ia lebih tinggi sekarang berbanding 50 tahun yang lalu 
  • 63 buah negara merekodkan sekurang-kurangnya satu kematian akibat keganasan, angka terkecil sejak tahun 2013 
  • Impak ekonomi global akibat keganasan pula adalah USD16.4 bilion pada tahun 2019, penurunan sebanyak 25 peratus dari tahun sebelumnya 
  • Pusat graviti ISIL beralih ke negara sub-Sahara Afrika dengan jumlah kematian oleh ISIL di rantau tersebut meningkat hingga 67% 
  • ISIL dan sekutu mereka juga bertanggungjawab ke atas serangan di 27 buah negara pada tahun 2019 

Indeks Keganasan Global 2020 (GTI) mendapati bahawa kematian akibat keganasan menurun untuk tahun ke lima berturut-turut sejak mencapai kemuncak pada tahun 2014. Angka kematian kini telah menurun sebanyak 59 peratus sejak tahun 2014 kepada 13,826. Konflik masih kekal sebagai pendorong utama keganasan, dengan lebih 96 peratus kematian dalam tahun 2019 terjadi di negara yang telah sedia bergolak.

Indeks Keganasan Global tahunan, yang kini berada pada tahun kelapan, dibangunkan oleh pasukan pemikir utama Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) dan menyediakan sumber paling komprehensif dalam trend keganasan global.

Pengurangan kematian terbanyak berlaku di Afghanistan dan Nigeria, bagaimanapun masih terdapat dua buah negara yang mengalami kematian lebih daripada 1,000 orang akibat keganasan. Penurunan kadar kematian juga dapat dilihat daripada skor sesebuah negara, dengan 103 peningkatan berbanding 35 lain yang mengalami kemerosotan. Ini adalah bilangan negara tertinggi yang mencatatkan rekod peningkatan tahunan terbaik sejak indeks itu pertama kali dilancarkan.

Walaupun mengalami penurunan secara keseluruhan dalam impak keganasan global, ia kekal sebagai ancaman utama dan serius di kebanyakan negara. Terdapat 63 negara pada tahun 2019 yang merekodkan sekurang-kurangnya satu kematian daripada serangan keganasan dan peningkatan terbesar berlaku di Burkina Faso - dengan peningkatan kematian sebanyak 590 peratus. Negara lain yang menurun dengan ketara ialah Sri Lanka, Mozambique, Mali dan Niger.

Beberapa penemuan utama lain adalah:

  • Sepuluh buah negara yang mempunyai impak keganasan tertinggi: Afghanistan, Iraq, Nigeria, Syria, Somalia, Yaman, Pakistan, India, Republik Demokratik Congo dan Filipina
  • Untuk tahun kedua berturut-turut, Asia Selatan ialah wilayah paling terkesan dengan keganasan, manakala Amerika Tengah dan Carribean mencatatkan rekod impak yang paling rendah
  • MENA direkodkan sebagai rantau paling besar mengalami peningkatan untuk tahun kedua berturut-turut, dengan rekod bilangan kematian paling sedikit sejak tahun 2003

Steve Killelea, Pengerusi Eksekutif IEP : "Apabila kita memasuki dekad baharu, kita mula menyaksikan kemunculan ancaman baharu daripada keganasan. Kebangkitan golongan berhaluan kanan di Barat dan kemerosotannya di Sahel merupakan contoh utama. Selain itu, seperti serangan baru-baru ini yang dilihat di Perancis dan Austria, banyak kumpulan-kumpulan kecil yang bersimpati dengan falsafah ISIL yang masih bergerak aktif. Bagi mematahkan pengaruh ini, tiga inisiatif utama diperlukan - mematahkan liputan media dan rangkaian sosial dalam talian, mengganggu pembiayaan mereka dan mengurangkan bilangan mereka yang bersimpati."

GTI menggunakan beberapa faktor untuk mengira skor, termasuk bilangan kejadian, kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Taliban masih lagi menjadi kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia pada tahun 2019; bagaimanapun, kematian para pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut menurun sebanyak 18 peratus. Kekuatan dan pengaruh ISIL juga terus berkurangan buat pertama kalinya selepas kumpulan tersebut mula bergerak aktif dan bertanggungjawab terhadap kurang daripada seribu kematian dalam mana-mana tahun yang berkenaan. 

Walaupun terdapat pengurangan aktiviti ISIL di Timur Tengah dan Afrika Utara, kumpulan bersekutu ISIL masih kekal aktif di seluruh dunia, dengan 27 negara merekodkan serangan ISIL atau sekutunya. Negara Sub-Sahara Afrika mengalami serangan paling teruk, dengan tujuh daripada sepuluh negara mengalami peningkatan kematian akibat keganasan yang paling banyak di rantau tersebut. Sekutu ISIL bertanggungjawab terhadap peningkatan tersebut dengan 41 peratus kematian yang berkaitan dengan ISIL, berlaku di negara Sub-Sahara Afrika.

Untuk Amerika Utara, Eropah Barat dan Oceania, ancaman politik pengganas berhaluan kanan didapati meningkat sejak lima tahun yang lalu. Di rantau ini, insiden berhaluan kanan meningkat sebanyak 250 peratus antara tahun 2014 dan 2019. Terdapat 89 kematian yang dikaitkan dengan pengganas berhaluan kanan pada tahun 2019. Lebih sedekad yang lalu, ukuran ketahanan dalam masyarakat menurun pada kebanyakan negara-negara dengan ekonomi yang maju. Trend ini mungkin akan berterusan memandangkan kemerosotan ekonomi yang berlaku diakibatkan oleh COVID-19, yang cenderung untuk meningkatkan ketidakstabilan politik dan keganasan. 

Sejak COVID-19 diumumkan sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada bulan Mac 2020, data awal menunjukkan penurunan dalam kadar insiden dan kematian akibat daripada keganasan di kebanyakan kawasan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 cenderung untuk menghasilkan cabaran anti-keganasan yang baharu dan berbeza. Adalah penting untuk tidak mengurangkan inisiatif anti-keganasan berikutan pengurangan perbelanjaan oleh kerajaan akibat kemelesetan ekonomi. Pengurangan dalam bantuan antarabangsa untuk operasi anti-keganasan di MENA dan Sub-Sahara Afrika mungkin akan terbukti tidak produktif.

Thomas Morgan, Felo Penyelidik Kanan di IEP, menerangkan penemuan tersebut: "Antara tahun 2011 dan 2019, rusuhan dan demonstrasi keganasan di Barat meningkat sebanyak 277 peratus. Terdapat kebimbangan yang serius bahawa keadaan ekonomi yang merosot akan mendorong manusia menjadi lebih ganas dan rentan terhadap propaganda golongan ekstrim."

Kejatuhan gerakan pengganas juga diiringi dengan penurunan impak terhadap ekonomi global akibat keganasan, dengan penurunan sebanyak 25 peratus kepada USD16.4 bilion pada tahun 2019. Berbanding dengan bentuk keganasan lain seperti pembunuhan, konflik bersenjata dan perbelanjaan ketenteraan, keganasan hanyalah satu peratusan kecil daripada keseluruhan kos keganasan global yang berjumlah USD14.5 trilion pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, impak ekonomi sebenar akibat keganasan adalah lebih tinggi kerana angka ini tidak mengambil kira kesan tidak langsung terhadap perniagaan, pelaburan dan kos yang berkaitan dengan agensi keselamatan dalam membendung kegiatan pengganas.

Nota kepada Editor 

Laporan penuh GTI 2020 dan peta interaktif boleh didapati di: visionofhumanity.org atau economicsandpeace.org  

Ikuti: @GlobPeaceIndex

Suka: facebook.com/globalpeaceindex

Indeks Keganasan Global (GTI) 

GTI oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian memberikan ringkasan yang komprehensif tentang trend global utama dan corak keganasan yang berlaku di sepanjang tempoh 18 tahun yang lalu. Laporan tersebut meletakkan kedudukan 163 buah negara (99.7 peratus populasi dunia) mengikut kadar kesan yang diakibatkan oleh keganasan. Indikator merangkumi bilangan insiden keganasan, kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Pangkalan Data Keganasan Global 

GTI menggunakan data daripada Pangkalan Data Keganasan Global (GTD) sebagai set data keganasan yang dikeluarkan oleh Konsortium Nasional untuk Kajian Keganasan dan Respons terhadap Keganasan (START), sebuah Pusat Kecemerlangan Jabatan Keselamatan Tanahair yang dipimpin oleh University of Maryland. Ia memberikan sumber paling komprehensif tentang trend keganasan global.

Institut Ekonomi dan Kedamaian 

Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) ialah pasukan pemikir terkemuka di dunia yang dikhususkan untuk membangunkan metrik bagi menganalisis kedamaian dan menganggarkan nilai ekonomi. Ia melakukan ini dengan membangunkan indeks global serta kebangsaan, termasuk Indeks Kedamaian Global tahunan, mengira kos ekonomi akibat keganasan dan memahami Keamanan Positif yang membentuk tingkah laku, institusi dan struktur yang mencipta serta melestarikan masyarakat yang aman.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/792052/IEP_Logo.jpg?p=medium600

Source: Institute for Economics & Peace
Keywords: Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Public Safety Survey, Polls & Research