omniture

Texas Cardiac Arrhythmia Institute di Pusat Perubatan St. David akan menganjurkan simposium antarabangsa secara maya tentang aritmia jantung yang kompleks

Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
2020-11-25 13:08

EPLive 2020 ialah sebuah persidangan pendidikan selama dua hari, yang menggunakan kes secara langsung sebagai kaedah pengajaran utama

AUSTIN, Texas, 25 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Pada 3 dan 4 Disember, 2020, Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) di Pusat Perubatan St. David akan menganjurkan persidangan antarabangsa kelima tentang aritmia yang kompleks, iaitu EPLive 2020. Persidangan pada tahun ini akan diadakan secara maya berikutan pandemik yang sedang berlaku sekarang.

EPLive ialah persidangan pendidikan intensif selama dua hari untuk pakar electrophysiology jantung klinikal, felo pakar electrophysiology dan pakar kardiologi am yang mempunyai minat untuk merawat aritmia jantung yang kompleks, iaitu satu keadaan di mana jantung dengan irama degupan yang tidak teratur atau abnormal. Kes secara langsung disiarkan dari Pusat Elektrofisiologi canggih yang baharu di Pusat Perubatan St. David, berserta ulasan pakar yang akan dijadikan sebagai kaedah pengajaran utama.

"EPLive menarik minat para pemimpin dalam bidang electrophysiology dari Eropah, Asia dan Amerika Latin, serta pakar dari seluruh Amerika Syarikat," kata Andrea Natale, M.D., F.H.R.S., F.A.C.C., F.E.S.C., pakar electrophysiology jantung dan pengarah perubatan eksekutif untuk TCAI selaku pengarah kursus EPLive. "Lebih penting lagi, ia membolehkan kita berkongsi kemajuan terkini dalam prosedur electrophysiology jantung intervensi dan memperluaskan skop pilihan rawatan yang tersedia untuk semua pesakit, yang kemudiannya akan meningkatkan rawatan kepada pesakit di seluruh dunia."

Aritmia jantung berlaku akibat masalah dalam sistem elektrik jantung. Banyak aritmia jantung dirawat dengan menggunakan prosedur ablasi moden, yang melibatkan pembakaran, pembekuan atau peneutralan bahagian otot jantung apabila denyutan elektrik yang abnormal menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. EPLive adalah direka untuk membantu para peserta mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai teknik yang digunakan untuk merawat aritmia atrial dan ventrikular, peralatan implan yang kompleks dan menyingkirkan alat yang tidak berfungsi.

EPLive terdiri daripada empat bahagian: ablasi Atrial Fibrillation (A Fib), ablasi Ventricular Tachycardia (VT), Peralatan dan Teknologi Baharu. Persidangan ini terdiri daripada gabungan kes secara langsung dan rakaman dari TCAI dan beberapa pusat berprestij di dunia: Kolej Perubatan Albert Einstein, Pusat Aritmia di Yayasan CardioInfantil, Pusat Perubatan Beth Israel Deaconess, Klinik Cleveland, Institut Jantung Geisinger, Hospital Methodist Houston, Institut Irama Jantung Kansas City, Hospital Besar Massachusetts, Klinik Mayo, Institut Jantung & Vaskular MedStar, Hospital Besar Mercy & Institut Kesihatan Jantung Digniti & Vaskular, Pusat Kardiologi Monzino, Hospital Mt. Sinai, Pusat Kesihatan Northwell, Perubatan Penn, Institut Kardiologi Sri Jayadeva,  Pusat Rawatan Kesihatan St. Bernards, Universiti Kesihatan UC di Sistem Perubatan Arkansas, Universiti California - Los Angeles, Universiti Perubatan Chicago, Sekolah Perubatan Universiti Colorado, Universiti Pennsylvania, Pusat Perubatan Universiti Texas Southwestern, Hospital Besar Vancouver dan Universiti Vanderbilt.

Kes-kes yang terlibat merangkumi prosedur seperti ablasi A Fib dan ablasi pasca aritmia atrial A Fib, ablasi VT (endokardial dan epikardial), kes belon (cryo, Apama dan laser), implan CRT, SQ ICD, pengekstrakan kabel jantung dan venoplasti. Selain itu, EPLive akan menampilkan teknologi baharu yang dipelopori oleh pakar perubatan di TCAI.

Persidangan ini juga akan memberi tumpuan kepada pelbagai objektif, iaitu:

  • Memahami dan menggunakan teknik untuk pemetaan dan ablasi aritmia atrial
  • Mengenal pasti proses untuk mengurangkan komplikasi dan menggalakkan langkah-langkah keselamatan kepada pesakit semasa ablasi A Fib
  • Memahami dan menggunakan teknik untuk pemetaan dan ablasi aritmia ventrikel
  • Mengenal pasti proses untuk mengurangkan komplikasi dan menggalakkan langkah-langkah keselamatan kepada pesakit semasa ablasi aritmia ventrikel
  • Memahami bukti dan garis panduan terkini dalam pengurusan dan rawatan aritmia dengan teknologi baharu
  • Menggunakan pendekatan yang memanfaatkan penggunaan teknologi baharu dengan baik dan terbukti untuk mengoptimumkan hasil klinikal
  • Mengenal pasti proses yang dapat memanfaatkan integrasi teknologi baharu dan menggalakkan prosedur yang lebih selamat kepada pesakit
  • Memahami teknik yang digunakan untuk melakukan pengekstrakan kabel jantung
  • Membincangkan pendekatan dan teknik untuk melakukan pengekstrakan kabel jantung yang berjaya
  • Mengenal pasti proses untuk mengurangkan komplikasi dan menggalakkan langkah-langkah keselamatan kepada pesakit semasa pengekstrakan kabel jantung

Sebagai tambahan kepada demonstrasi oleh Dr. Natale, EPLive 2020 akan menampilkan pembentangan daripada beberapa pakar perubatan TCAI, termasuk pengarah bersama kursus, Amin Al-Ahmad, M.D., serta Shane Bailey, M.D.; Mohamed Bassiouny, M.D.; David Burkhardt, M.D.; David Burkland, M.D.; Robert Canby, M.D.; Joseph Gallinghouse, M.D.; Brian Greet, M.D.; Eric Hoenicke, M.D.; Rodney Horton, M.D.; Patrick Hranitzky, M.D.; Faraz Kerendi, M.D.; William Nesbitt, M.D.; Javier Sanchez, M.D.; Kamala Tamirisa, M.D.; Senthil Thambidorai, M.D.; David Tschopp, M.D.; dan Jason Zagrodsky, M.D.

Pakar perubatan akan menerima maksimum 14 jam Physician's Recognition Award (PRA) Category 1 Credit American Medical Association (AMA) di persidangan ini.

Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) di Pusat Perubatan St. David merupakan salah satu pusat terkemuka di dunia yang didedikasikan untuk kemajuan rawatan terkini bagi pemulihan aritmia. Pusat ini diketuai oleh Dr. Natale, individu yang mendepani kemajuan rawatan untuk A Fib, mengetuai pelbagai ujian klinikal dan turut serta dalam perkembangan teknologi dan prosedur baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari EP-Live.com.

Hubungan Media:
Erin Ochoa atau Stacy Slayden
Elizabeth Christian untuk Perhubungan Awam
254.592.2767

Source: Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Future Events