omniture

GEP Memenangi Penghormatan Tertinggi di Anugerah Kejayaan Perolehan Berprestij Asia Pasifik

GEP
2020-11-25 19:00 1

- Memenangi Anugerah Projek Perundingan Perolehan kerana berjaya meraih penjimatan kos dari tahun ke tahun sebanyak puluhan juta sebagai pengeluar global yang terkemuka

- Mendapat pujian bagi gabungan integrasi strategi, perkhidmatan terurus dan penyelesaian teknologi bersepadu yang unik bagi transformasi perolehan

- Juga memenangi Anugerah Perisian Perolehan Terbaik serta disenarai pendek bagi Anugerah Projek Perundingan Perolehan di Anugerah Perolehan Dunia tahunan baru-baru ini

CLARK, N.J., 25 Nov., 2020 /PRNewswire/ -- GEP, sebuah syarikat penyedia perisian dan perkhidmatan rantaian bekalan utama bagi syarikat Fortune 500 dan Global 2000 di seluruh dunia, mengumumkan kejayaan memenangi Anugerah Projek Perundingan Perolehan yang berprestij di Asia di Anugerah Kejayaan Perolehan Asia Pasifik 2020 yang diadakan di Shanghai baru-baru ini.

GEP telah menerima penghormatan perunding tertinggi bagi transformasi operasi pemerolehan sebuah syarikat pengeluar Fortune 500 yang menghasilkan penjimatan sebanyak puluhan juta sebagai keuntungan bersih daripada perbelanjaan sebanyak €700 juta. Kini, pada tahun keduanya, GEP telah menyumbang lebih 10% dalam penjimatan kos yang dirancang dan juga telah membuat peningkatan yang signifikan terhadap operasi perolehan pelanggan melalui perundingan, perkhidmatan terurus dan penyelesaian teknologi bersepadu. Melalui pendigitalan keseluruhan operasi perolehan pelanggan dengan GEP SMART, iaitu sebuah platform natif-awan dari peringkat pencarian hingga pembayaran yang terkemuka dalam industri, GEP telah mewujudkan papan pemuka masa nyata dan dipacu data (menara kawalan) untuk menghasilkan dan menjejak penjimatan.

"Anugerah ini merupakan pengiktrafan penting terhadap kemampuan GEP untuk mengintegrasikan perundingan, perkhidmatan terurus dan teknologi untuk meningkatkan prestasi kewangan syarikat global secara signifikan dan berterusan di seluruh Asia," kata Michael Seitz, naib presiden, GEP Consulting, China. "Kami lebih teruja dengan tahun ketiga program ini kerana kami memanfaatkan pengurusan permintaan, jumlah kos pengurusan pemilikan dan perkongsian pembekal strategik untuk memacu pengurangan kos tambahan, kepuasan pengguna dan pematuhan untuk pelanggan kami."

GEP ialah satu-satunya syarikat global yang menyediakan strategi perolehan dan rantaian bekalan, perkhidmatan terurus dan penyelesaian teknologi yang lengkap di bawah satu bumbung. Ia menjadikan kami sebagai satu penyelesaian menyeluruh bagi kebanyakan keperluan pelanggan-pelanggan kami. GEP menguruskan kira-kira $200 bilion dalam perbelanjaan untuk 300+ pelanggan kami di seluruh dunia bagi kategori langsung dan tidak langsung. 

Anugerah Kejayaan Perolehan ini mengiktiraf pasukan dan projek perolehan korporat yang paling cemerlang di Asia. Pada tahun 2020, ia telah menarik ratusan penyertaan dari 13 negara di seluruh rantau ini. Anugerah ini diberikan sejurus GEP dinamakan sebagai finalis dalam Perundingan Perolehan Terbaik di Anugerah Perolehan Dunia ke-14 yang dihoskan oleh Pemimpin Perolehan di London baru-baru ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemenangan GEP, sila layari https://www.gep.com/strategy/procurement-consulting.

Tentang GEP 

GEP menghasilkan penyelesaian rantaian bekalan transformatif yang membantu perusahaan global menjadi lebih tangkas dan berdaya tahan, beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan, memperoleh kelebihan daya saing, meningkatkan keuntungan dan meningkatkan nilai pemegang saham. 

Pemikiran segar, produk inovatif, kepakaran domain yang tiada tandingan, pasukan yang pintar dan bersemangat — merupakan cara GEP SOFTWARE™, GEP STRATEGY™ dan GEP MANAGED SERVICES™ bersama-sama menghasilkan penyelesaian rantaian bekalan yang berskala, berkuasa dan berkesan buat julung kali. Pelanggan kami merupakan syarikat terbaik di dunia, termasuk ratusan pemimpin industri Fortune 500 dan Global 2000 yang bergantung pada GEP untuk mencapai matlamat strategik, kewangan dan operasi.

Sebagai peneraju dalam pelbagai Gartner Magic Quadrants, perisian natif awan dan platform perniagaan digital GEP telah memenangi anugerah dan pengiktirafan secara konsisten daripada penganalisis industri, firma penyelidikan dan agensi media, termasuk Gartner, Forrester, IDC, Pemimpin Perolehan dan Spend Matters. GEP juga kerap mendapat tempat teratas sebagai firma perundingan dan strategi rantaian bekalan dan penyedia perkhidmatan terurus yang terkemuka, antaranya daripada ALM, Everest Group, NelsonHall, IDC, ISG dan HFS Research.

Beribu pejabat di Clark, New Jersey, GEP juga memiliki pejabat dan pusat operasi di seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Amerika. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.gep.com.

Hubungan Media
Derek Creevey
Pengarah, Media & Perhubungan Awam
GEP
Telefon: +1 732-382-6565
E-mel: derek.creevey@gep.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/518346/GEP_Logo.jpg?p=medium600

Source: GEP
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards Trade show news