omniture

QS mengumumkan senarai tahunan universiti terbaik di Asia

QS Quacquarelli Symonds
2020-11-25 23:00 92

LONDON, 25 November 2020 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds, pasukan pemikir pengajian tinggi global dan penyusun portfolio kedudukan universiti dunia yang sering dijadikan rujukan, hari ini mengeluarkan senarai tahunan mereka dalam edisi terkini institusi pengajian tinggi terbaik di Asia. National University of Singapore dinamakan sebagai universiti terbaik di rantau Asia untuk tiga tahun berturut-turut.

 

 

Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2021: Asia membuat perbandingan antara 650 buah universiti dan merupakan perbandingan paling terperinci serta bebas yang dijalankan oleh QS terhadap sistem pengajian tinggi di rantau tersebut. Jadual ini mengambil kira sebelas petunjuk utama tentang prestasi universiti, yang menekankan kedudukan akademik, kebolehkerjaan graduan, kualiti penyelidikan, penampilan di laman web, pengantarabangsaan dalam kampus dan kepelbagaian dalam kerjasama antarabangsa institusi masing-masing.

Ringkasan Eksekutif

  • 650 buah universiti yang tersenarai boleh didapati di 18 lokasi seluruh Asia. Lokasi yang paling banyak diwakili oleh universiti ialah Tanah Besar China (124 buah universiti yang tersenarai). Sistem pengajian yang menjadi pesaing paling hampir ialah India (107), Jepun (105), Korea Selatan (88), Taiwan (43), Pakistan (40), Malaysia (35) dan Indonesia (30).
  • Tsinghua University China muncul di tempat ke-2 – meraih kedudukan paling tinggi dalam sejarah, manakala Universiti Shanghai Jiao Tong termasuk dalam kedudukan sepuluh universiti teratas untuk kali pertama.
  • University of Hong Kong (HKU) yang merupakan universiti terbaik di Hong Kong, jatuh satu anak tangga.
  • Universiti Malaya memecahkan rekod apabila tersenarai dalam sepuluh universiti terbaik buat julung-julung kalinya dan 24 daripada 35 buah universiti di Malaysia memperbaiki kedudukan mereka masing-masing.
  • Jepun mempunyai lebih banyak universiti dalam senarai kedudukan 50 teratas (11 buah) melebihi negara, lokasi atau jajahan lain.
  • Universiti terbaik di Korea Selatan ialah Korea University (ke-12).
  • Enam daripada sepuluh universiti terbaik Asia dalam aspek produktiviti penyelidikan berasal dari India. Bagaimanapun, kualiti penyelidikan India tidak berpadanan dengan kuantitinya dan pencapaian skor keupayaan pengajaran dan kebolehkerjaan India didapati merosot.

Kedudukan Universiti Dunia QS: Asia 2021 – Sepuluh Teratas Mengikut Wilayah 

2021

2020

Nama Institusi

1

1

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE (NUS)

2

4

TSINGHUA UNIVERSITY

3

2

NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY (NTU)

4

3

UNIVERSITY OF HONG KONG (HKU)

5

6

ZHEJIANG UNIVERSITY

6

7

FUDAN UNIVERSITY

7

5

PEKING UNIVERSITY

8

8

THE HONG KONG UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY (HKUST)

9

  13=

UNIVERSITI MALAYA (UM)

10

  17=

SHANGHAI JIAO TONG UNIVERSITY

© QS Quacquarelli Symonds 2004-2020  https://www.TopUniversities.com/ . Hak Cipta Terpelihara.

 

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan di QS, berkata: "Keputusan tahun ini sekali lagi menunjukkan persekitaran pengajian tinggi Asia yang berdaya saing dan sangat dinamik. Universiti terbaik di China meneruskan kemajuannya, pengajian tinggi Jepun berada pada tahap yang sama – dan Malaysia terus menunjukkan peningkatan."

Senarai kedudukan penuh boleh didapati di www.TopUniversities.com. Perincian metodologi boleh didapati di: https://www.topuniversities.com/asia-rankings/methodology.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1099097/QS_Quacquarelli_Symonds_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research