omniture

Empire State Realty Trust Meraih Pencapaian 5 Bintang GRESB Pada Tahun Pertama Penglibatannya

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-11-26 03:19 1460

NEW YORK, 26 November 2020 /PRNewswire/ -- Pada tahun pertama penglibatannya dalam GRESB, Empire State Realty Trust (NYSE: ESRT) memperoleh Pencapaian 5 Bintang GRESB, iaitu yang tertinggi serta pengiktirafan Green Star dan mendapat skor 88 dalam Penilaian Hartanah GRESB 2020, suatu pencapaian yang meletakkan ESRT pada kedudukan 20% teratas mengatasi semua responden.

"ESRT setakat ini belum pernah menghantar hasil kerjanya dalam Kecekapan Tenaga, Kelestarian dan Kualiti Persekitaran Dalaman.  Bagi mencapai keputusan sebegini dalam tahun pertama kami, ia sebenarnya merupakan testimoni usaha kami selama lebih satu dekad dan kepimpinan Dana Robbins Schneider, Naib Presiden Kanan kami, Tenaga dan Kelestarian serta Pengarah ESG," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.

GRESB diiktiraf secara global sebagai suatu standard yang ketat dan diperakui secara meluas sebagai salah satu ukuran terbaik untuk pencapaian kelestarian dalam kalangan syarikat dan pembiayaan hartanah. Pengiktirafan dan penyenaraian sebagai salah satu daripada lima syarikat seangkatan yang terbaik dan paling kompetitif oleh GRESB di Amerika Syarikat ini menunjukkan kepimpinan ESRT dalam industri dan pendekatan yang inovatif terhadap persekitaran, sosial dan amalan kawal selia (ESG) dalam industri hartanah. 

ESRT amat berbangga apabila dinilai dengan 10 mata melebihi purata rakan seangkatannya dan hampir 20 mata lebih tinggi daripada Purata GRESB global dalam tahun pertama penglibatannya. ESRT meraih pencapaian bertaraf A, yang merupakan skor tertinggi boleh dicapai dalam Pendedahan Awam GRESB. Pendedahan Awam GRESB menilai prestasi lebih 450 buah syarikat hartanah yang tersenarai dan juga REIT dan menilai penunjuk yang diselaraskan dengan Penilaian Hartanah GRESB.

Portfolio Empire State Realty Trust terdiri daripada lebih 10.1 juta kaki persegi, yang merangkumi mercu tanda global yang ikonik, Bangunan Empire State. Pencapaian ini mengesahkan komitmen ESRT terhadap kelestarian dan prestasi yang terbukti dalam pengurusan tenaga, air, sisa dan pelepasan gas rumah hijau. ESRT juga merupakan portfolio pertama di AS yang mendapat Penilaian Kesihatan dan Keselamatan WELL, satu penentusahan berasaskan sains dan bukti yang menunjukkan bahawa ESRT telah melaksanakan standard yang tinggi dalam langkah-langkah kesihatan dan keselamatan. Penilaian ini selaras dengan komitmen ESRT terhadap Kualiti Persekitaran Dalaman dan tindak balas yang proaktif dan intensif terhadap pandemik global. ESRT mengumumkan secara terbuka tentang matlamat kelestariannya dan merupakan REIT paling cekap tenaga di Kota New York.

Setiap tahun GRESB menilai dan menanda aras prestasi ESG bagi syarikat hartanah di seluruh dunia. Penilaian GRESB adalah berpandukan pandangan para pelabur dan pakar industri tentang isu penting dalam prestasi kelestarian pelaburan hartanah dan diselaraskan dengan laporan antarabangsa dalam kerangka, matlamat dan peraturan baharu.

"Memperoleh pencapaian 5 Bintang GRESB dalam tahun pertama penglibatan, yang jarang-jarang berlaku, merupakan kedudukan yang saya harapkan untuk Empire Realty Trust," ulas Dan Winters Ketua GRESB Amerika. "Kepimpinan mereka, pendekatan yang pintar terhadap kecekapan tenaga dan hasil yang mesra persekitaran meletakkan firma ini pada kedudukan penanda aras global 2020 yang tertinggi." 

"Kelestarian diterapkan dalam siapa diri kami dan apa yang kami lakukan setiap hari. Kami memanfaatkan penerapan kepakaran kelestarian dan penglibatan dalam industri untuk mentakrifkan kelestarian dalam bidang hartanah. Sebagai peneraju dalam ESG, amalan kami memacu strategi syarikat dan menyampaikan nilai jangka panjang kepada para pelabur, pemegang taruh, penyewa dan kakitangan kami serta komuniti tempat kami tinggal dan bekerja.  ESRT ialah sebahagian daripada inti pati Bandar Raya New York dan komited untuk menyepadukan amalan ESG yang memberi impak besar dalam setiap aspek perniagaan kami," kata Dana Robbins Schneider, Naib Presiden Kanan Tenaga dan Kelestarian serta Pengarah ESG.

Tentang Empire State Realty Trust  
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) memiliki, mengurus, mengendalikan, memperoleh dan menempatkan semula hartanah pejabat dan runcit di Manhattan dan kawasan metropolitan New York Raya, termasuk Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." ESRT ialah peneraju kecekapan tenaga dalam persekitaran binaan dan kelestarian dan merupakan portfolio hartanah komersial yang pertama di AS yang memperoleh Pencapaian Keselamatan Kesihatan WELL suatu penilaian berdasarkan bukti yang dibuat oleh pihak ketiga untuk semua jenis kemudahan, yang fokus pada dasar operasi, protokol penyelenggaraan, rancangan kecemasan dan pendidikan pemegang taruh bagi menangani persekitaran COVID-19 pada masa ini dan isu-isu berkaitan kesihatan dan keselamatan yang lebih meluas pada masa hadapan. Portfolio pejabat dan runcit syarikat merangkumi 10.1 juta kaki persegi ruang sewaan,  setakat 30 September , 2020, yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang sewaan di dalam 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 700,000 kaki persegi ruang sewaan dalam portfolio runcit. 

Tentang GRESB
GRESB ialah sebuah organisasi berasaskan pelaburan yang didorong oleh misi untuk menyediakan data Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang terpiawai dan disahkan kepada pasaran modal. Ditubuhkan pada tahun 2009, GRESB menjadi penanda aras ESG yang utama untuk pelaburan hartanah dan infrastruktur di seluruh dunia. Pada tahun 2020 sahaja, lebih 1,200 portfolio hartanah melapor kepada GRESB dan ini mencakupi lebih 96,000 aset. Liputan kami untuk infrastruktur merangkumi lebih 540 portfolio infrastruktur dan aset. Sekiranya digabungkan, aset yang dilaporkan mewakili USD5.3 trilion AUM. Data ini digunakan oleh lebih 100 institusi dan pelabur kewangan untuk memantau pelaburan di seluruh portfolio dan mencari pilihan yang strategik bagi membolehkan industri beralih ke arah masa depan yang lebih lestari.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Environmental Products & Services Real Estate Survey, Polls & Research