omniture

Penyelesaian Penyimpanan HyperDrive® dengan Asas Sumber Terbuka SoftIron Disahkan Veeam Ready

SoftIron
2020-11-26 03:27 1

SoftIron Menyertai Program Perkongsian Bersekutu Veeam Technology 

LONDON, 26 November 2020 /PRNewswire/ -- SoftIron Ltd., peneraju penyelesaian pusat data tugas khas, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Veeam Ready - Objek dan Objek dengan kelayakan tidak boleh ubah untuk penyelesaian penyimpanan HyperDrive® berasaskan Ceph. Selaras dengan statusnya yang telah disahkan, SoftIron juga berbesar hati mengumumkan penglibatan rasminya dengan Veeam®, peneraju penyelesaian sandaran yang memberikan khidmat Cloud Data Management™, sebagai Rakan Teknologi Bersekutu.

SoftIron’s Open Source-Based HyperDrive® Storage Solution is Verified Veeam Ready for Object and Object with Immutability
SoftIron’s Open Source-Based HyperDrive® Storage Solution is Verified Veeam Ready for Object and Object with Immutability

Kejayaan ini menjadikan HyperDrive sebagai satu-satunya seni bina penyimpanan takrif perisian (SDS) yang diiktiraf dan bersumber terbuka, yang juga berupaya menyediakan penyimpanan menyeluruh (blok, fail dan objek) dengan kelayakan ciri-ciri tidak boleh ubah. Dipadankan dengan pendekatan 'tugas khas' unik SoftIron - suatu perkakasan yang dibina khas untuk mengoptimumkan Ceph - akan memberikan kebebasan, fleksibiliti dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan kepada perusahaan untuk menjalankan fungsi penyimpanan dan pengurusan data serta penyelesaian sandaran yang berfungsi dengan baik dan tangkas.

Objek Tidak Boleh Ubah ialah ciri yang melindungi data daripada diubah atau dihapuskan, apabila data ditulis dan ditetapkan sebagai fail objek yang terlindung. HyperDrive juga telah memperoleh status Veeam Ready Object, menunjukkan keserasiannya dengan kedua-dua peringkat awan S3 dan Veeam Backup & Replication ™ serta keupayaan penyimpanan objek. Banyak kelebihan yang didapati daripada gabungan ini; membolehkan integrasi yang lancar ke dalam strategi awan pelbagai dan awan hibrid, pada masa yang sama menyokong sejumlah tahap prestasi dan bebanan penyimpanan yang berbeza dalam seni bina yang sama.

"Teras yang mudah, fleksibiliti dan kebolehpercayaan Veeam amat berpadanan dengan matlamat yang kami cipta sendiri dalam membina infrastruktur pusat data tugas khas," kata Craig Chadwell, Naib Presiden Produk SoftIron. "Keputusan kami untuk bekerjasama dengan Veeam adalah sesuatu yang strategik dan kami dapat melihat minat pelanggan yang ketara terhadap keupayaan penyelesaian yang digabungkan. Dengan pengesahan ini, kami dapat menawarkan alternatif terbaik untuk pelanggan yang mencari penyelesaian sumber terbuka yang bersepadu bagi menggunakan sandaran dan keupayaan replikasi Veeam, sama ada pada premis atau dalam seni bina awan hibrid yang serasi dengan S3. Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Veeam dan menantikan kejayaan yang bakal dicipta bersama. "

Faktor yang timbul dan mempengaruhi para peneraju IT untuk mempertimbangkan penggantian platform sandaran sedia ada dan platform pemulihan menjadi penyebab kepada peningkatan permintaan untuk perlindungan menyeluruh terhadap perisian tebusan. Menurut laporan Gartner baru-baru ini, Keupayaan Kritikal untuk Sandaran Pusat Data dan Penyelesaian Pemulihan, "menjelang tahun 2022, 40% organisasi akan mengganti atau menambah aplikasi sandaran mereka sepenuhnya, berbanding dengan yang telah mereka gunakan pada tahun 2018," yang mendapati bahawa "fungsi sandaran asas yang ditawarkan oleh vendor awan sedang digantikan oleh penyelesaian sandaran perusahaan untuk meningkatkan perlindungan data dan menjadikan perlindungan data awan sesuai dengan keupayaannya pada premis." Laporan Gartner tersedia dalam tempoh yang terhad di laman web SoftIron di bit.ly/Complimentary_Gartner_Report 

Pengguna akhir atau penjual semula yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Veeam Ready HyperDrive, atau untuk meminta demo, boleh melayari www.softiron.com/partners/veeam-ready atau e-mel info@softiron.com 

*Gartner, Keupayaan Kritikal untuk Sandaran Pusat Data dan Penyelesaian Pemulihan, 20 Julai 2020, Nik Simpson, Santhosh Rao, Jerry Rozeman, Michael Hoeck

*Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau sebutan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, sehubungan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang SoftIron®

SoftIron® ialah peneraju dunia dalam aplikasi tugas khas untuk penjualan penyelesaian pusat data. Perkakasan mereka yang unggul dan direka khas, dibangunkan dan dipasang di California dan mereka adalah satu-satunya pengeluar yang menawarkan peralatan asal yang boleh diperiksa. Perisian takrifan SoftIron HyperDrive® , portfolio penyimpanan perusahaan berjalan mengikut kepantasan kabel dan direka secara tersuai untuk mengoptimumkan Ceph. HyperSwitch™ ialah rangkaian generasi akan datang, suis terunggul yang dibina untuk memaksimumkan prestasi dan fleksibiliti SONiC. HyperCast™adalah penyelesaian seiring transkod 4K berkepadatan tinggi untuk penghantaran pelbagai skrin, pelbagai format. SoftIron mengungkap nilai perniagaan yang lebih besar untuk perusahaan dengan menyampaikan produk terbaik dalam kelasnya, bebas daripada kebergantungan terhadap satu-satu perisian dan perkakasan tunggal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.SoftIron.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1342254/softiron_hyperdrive_is_veeam_ready.jpg?p=medium600  

Source: SoftIron
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics