omniture

Papan Pemuka Analitik dan Laporan Interaktif Baharu Cision Jadikannya Lebih Pantas dan Lebih Mudah Demonstrasikan Hasil Perniagaan Sebenar Media Reputasi Wajar

Inovasi Terkini dalam Communications Cloud Generasi Seterusnya Cision
Cision
2020-11-26 03:47 331

HONG KONG, 26 November 2020 /PRNewswire/ -- Satu dalam empat komunikator berkata cabaran terbesar mereka adalah mengukur impak perniagaan program PR1 mereka dengan berkesan. Kini tidak lagi. Dengan pelancaran Papan Pemuka Analitik dan Laporan Interaktif (Analytics Dashboards and Interactive Reports) baharu yang berkuasa, Cision menyediakan komunikator dengan cara yang intuitif, boleh disesuaikan dan jelas untuk memaparkan data mereka dan menghubungkan semula media reputasi wajar kepada hasil perniagaan.

Ketahui lebih lanjut di sini.

Fitur-fitur drag, drop dan re-size widget untuk menampilkan metrik dengan Cision
Fitur-fitur drag, drop dan re-size widget untuk menampilkan metrik dengan Cision

 

Cukup satu klik untuk menyusun laporan interaktif di dasbor Next Generation Communications Cloud dari Cision
Cukup satu klik untuk menyusun laporan interaktif di dasbor Next Generation Communications Cloud dari Cision

Penyelesaian Papan Pemuka Analitik dan Laporan Interaktif merupakan penambahan terkini ke dalam Communications Cloud Generasi Seterusnya Cision, yang membolehkan komunikator menyasarkan dan melibatkan media dengan cepat serta mengukur dan berkongsi impak. Lebih 7 juta sumber global Cision boleh ditransformasikan kepada perisikan perniagaan yang boleh diambil tindakan dan tersedia untuk eksekutif. Perkongsian suara, penglibatan sosial, impak pengoptimuman enjin gelintar, sentimen jenama dan rujukan daripada media reputasi wajar kepada laman sesawang syarikat merupakan antara metrik utama yang dapat dikesan.

Penyelesaian baharu ini turut menggabungkan data Impak Cision dengan jangkauan audiens dan metrik resonans yang disahkan pada satu papan pemuka. Pelanggan boleh memilih untuk membawa metrik ke tahap seterusnya, menawan bukan sahaja mereka yang melihat liputan berita mereka, tetapi juga apa yang dilakukan seterusnya oleh pembaca untuk menghubungkan tindakan dengan hasil.

"Dalam tahun berlakunya peristiwa yang belum pernah terjadi sebelum ini dan cabaran ekonomi, tekanan untuk membuktikan ROI daripada usaha media reputasi wajar semakin memuncak," kata Abel Clark, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. "Bekerjasama erat dengan pelanggan kami, Cision menyelesaikan salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh golongan profesional PR dengan cara yang lebih pantas dan lebih mudah untuk mengumpul data impak perniagaan dan menunjukkan nilai yang dibawa oleh mereka kepada organisasi mereka."

Papan Utama Analitik dan Laporan Interaktif melibatkan:

  • Analitik yang menarik dari segi visual: Widget yang boleh disesuaikan sepenuhnya menjadikannya mudah untuk menghasilkan visual yang menarik bagi nilai media reputasi wajar dan menyerlahkan pandangan baharu dengan data liputan yang kompetitif.
  • Melaporkan keutamaan di hujung jari anda: Komunikator boleh menghasilkan laporan yang lancar dan interaktif dengan pantas terus daripada papan pemuka dan berkongsi laporan tersebut dengan eksekutif dan pasukan perniagaan mereka. 
  • Susun atur mudah alih dan mesra tablet: Komunikator boleh mengakses perisikan media reputasi wajar pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Papan Utama Analitik dan Laporan Interaktif, daftar di sini untuk webinar Cision pada 1 Disember. Penyelesaian tersebut kini disediakan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.

Sumber: Cision and PRWeek's 2020 Comms Report

Latar Belakang Cision
 Cision ialah penyedia global terkemuka bagi perisian media reputasi wajar dan perkhidmatan pengedaran kawat kepada golongan profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Penyelesaian Cision membolehkan pengguna untuk mengenal pasti pempengaruh utama, mereka bentuk dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna.  Cision mempunyai pejabat di 24 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Cision yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, layari www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision.

 

Source: Cision
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services