omniture

Chengdu Barat Daya China menjadi tuan rumah acara inovasi rantaian bekalan antarabangsa

National Business Daily
2020-11-27 08:24 189

CHENGDU, China, 27 November 2020 /PRNewswire/ -- Chengdu Barat Daya China akan mengadakan acara inovasi rantaian bekalan antarabangsa pada 30 November, menjemput pakar dan eksekutif untuk membincangkan trend baharu dalam sektor ini, dan melaksanakan peluang yang berkaitan ketika bandar ini membina ekosistem industri logistik moden.Acara ini dijalankan oleh National Business Daily.

File photo/Zhang Jian (NBD)
File photo/Zhang Jian (NBD)

Sebagai sebahagian daripada Projek Ribu Berganda Ekonomi Baharu Chengdu 2020 yang berlangsung hingga Disember, acara ini akan menyingkap latar dan produk baharu di sektor rantaian bekalan. Tiga latar utama baharu termasuk perkhidmatan rantaian bekalan antarabangsa di Daerah Qingbaijiang, yang merupakan terminal kereta api ekspres China-Eropah, dan di Jianyang, di mana terletaknya lapangan terbang antarabangsa kedua Chengdu, serta perkhidmatan rantaian bekalan untuk pertanian moden di Pengzhou.

Selain itu, empat produk baharu akan dilancarkan pada acara ini menerusi siri jelajah interaktif. Ia merangkumi perkhidmatan rantaian bekalan penerbangan antarabangsa, platform perkhidmatan komprehensif untuk rantaian bekalan antarabangsa, perkhidmatan bon dan pelepasan kastam untuk alat perubatan antarabangsa, dan platform perkhidmatan logistik.

Cendekiawan dan pakar terkemuka dari dalam dan luar negara akan memberikan pandangan mereka dalam perbincangan. Cai Jin, naib pengerusi Persatuan Logistik China, Ma Jian, setiausaha agung Institut Ekonomi Lapangan Terbang, dan Jian Ming, timbalan dekan Fakulti Pengangkutan dan Logistik, Universiti Jiaotong Barat Daya, akan menghadiri acara ini untuk membincangkan trend dan peluang baharu dalam rantaian bekalan antarabangsa.

Dr. Thorsten Jelinek, Pengarah Institut Taihe, Pusat Eropah dan bekas Pengarah Bersekutu Forum Ekonomi Dunia, serta Wang Yurong, timbalan pengarah Institut Pengajian China Kontemporari, Universiti Tsinghua, akan berkongsi idea mereka melalui video.

Selain itu, syarikat rantaian bekalan utama di Chengdu termasuk Cosco Shipping, Fresh Hema Alibaba dan syarikat perkhidmatan rantaian bekalan Tianfu International Biot-Town akan berkongsi kisah perniagaan mereka melalui video kreatif, ucapan dan penstriman langsung.

Hasil daripada globalisasi ekonomi, rantaian bekalan antarabangsa telah menjadi sektor utama bagi bandar-bandar dan wilayah-wilayah untuk membina semula kelebihan daya saing. Chengdu merupakan antara kumpulan pertama dalam bandar perintis di China untuk inovasi dan aplikasi rantaian bekalan, dan pengalamannya telah menjadi salah satu contoh nasional.

Acara ini dianjurkan oleh Pejabat Pelabuhan dan Logistik Perbandaran Chengdu, Suruhanjaya Pembangunan Ekonomi Baharu Chengdu, pemerintah Daerah Qingbaijiang.

Source: National Business Daily
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Transportation Trade show news