omniture

ZTE dan GSMA Intelligence Mengeluarkan Kertas Putih tentang 5G Hijau - Kecekapan Tenaga 5G, Hijau ialah Hitam Baharu

ZTE Corporation
2020-11-27 12:03 1922

SHENZHEN, China, 27 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama untuk penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna bagi Internet Mudah Alih, telah mengeluarkan satu kertas putih tentang Sidang Kemuncak 5G & Kongres Pengguna mereka mengenai 5G Hijau, "5G Energy Efficiencies, Green is the New Black" (Kecekapan Tenaga 5G, Hijau ialah Hitam Baharu), yang ditulis oleh GSMA Intelligence, peneraju dalam penyelidikan telekomunikasi, media dan teknologi global (TMT) dan sebahagian daripada GSMA yang lebih luas.

Kertas putih tersebut menganalisis latar belakang dan prinsip dalam membangun dan meningkatkan kecekapan tenaga rangkaian komunikasi dalam era 5G dari aspek pengurangan kos, pengoptimuman prestasi rangkaian, jaminan tenaga dan sumbangan kepada pengurangan pelepasan karbon global. Ia juga meringkaskan kebolehlaksanaan penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan melalui inovasi dari aspek rangkaian akses radio dan perancangan rangkaian yang lebih luas.

Menurut kertas putih tersebut, untuk mengurangkan penggunaan tenaga stesen pangkalan akses radio secara asasnya, setiap bahagian daripada rangkaian 5G mesti diperlakukan secara berasingan. Alatan yang berkesan termasuk menggunakan penyelesaian bateri yang lebih cekap, mengurangkan penggunaan tenaga peralatan, melaksanakan keadaan tidur didorong oleh AI yang lebih pintar, dan perancangan pelaksanaan rangkaian yang lebih disasarkan. Langkah-langkah ini dapat mencapai penjimatan tenaga hujung ke hujung dan pengurangan penggunaan stesen pangkalan akses radio, dan membangunkan rangkaian komunikasi hijau untuk manfaat orang ramai.

Untuk membantu dalam matlamat menentang perubahan iklim global dan mengurangkan kos operasi rangkaian mudah alih, penjimatan tenaga telah menjadi keutamaan dan misi utama industri telekomunikasi. Walaupun rangkaian mudah alih memberikan akses, kemudahan dan hiburan hampir di mana-mana sahaja kepada orang ramai, memandangkan lebih ramai orang menggunakan telefon pintar mereka untuk video dan perkhidmatan lain yang banyak menggunakan lebar jalur melalui LTE dan 5G, penggunaan kuasa dan tenaga akan meningkat sekiranya tiada campur tangan. Rangkaian akses tanpa wayar menggunakan paling banyak tenaga di antara rangkaian mudah alih, dan dianggap sebagai faktor utama penggunaan tenaga. Menurut kertas putih tersebut, trafik data dijangkakan berkembang tiga kali ganda bagi setiap pengguna antara sekarang dan tahun 2025. Pelaksanaan dan peluasan rangkaian LTE dan 5G pasti akan memberikan lebih banyak tekanan kepada penggunaan tenaga rangkaian.

"Tenaga merangkumi bahagian yang sangat besar daripada asas kos pengendali, antara 20% hingga 40% daripada perbelanjaan operasi (Opex)," ujar Tim Hatt, Ketua Penyelidik di GSMA Intelligence. "Perkembangan pesat sedang berlaku dengan teknologi rangkaian cekap tenaga dan pengimbangan semula sumber bahan api ke arah sumber boleh diperbaharui apabila semakin banyak syarikat telekomunikasi menetapkan laluan berperingkat ke arah sasaran neutral karbon, dan akhirnya pelepasan sifar bersih. Usaha berkaitan tenaga dan iklim kini merupakan objektif paling hadapan dan utama sebagai sebahagian daripada menjalankan perniagaan dan bukan sekadar CSR." 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ZTE telah mengemukakan lebih 500 permohonan paten inovasi 5G hijau. Melalui cipset berprestasi tinggi yang dibangunkan oleh ZTE, reka bentuk struktur yang terkemuka dan alat operasi rangkaian pintar, ZTE secara berterusan telah mengurangkan penggunaan kuasa peralatan stesen pangkalan tanpa wayar.

Berdasarkan fungsi penjimatan tenaga dan ramalan beban trafik berasaskan AI, penyelesaian penjimatan tenaga rangkaian 4G dan 5G ZTE, PowerPilot, adalah yang pertama dalam industri memperkenalkan penjimatan tenaga peka perkhidmatan yang dikuasakan oleh AI. Dengan mengenal pasti jenis perkhidmatan dan perbezaan kecekapan tenaganya, PowerPilot boleh menilai keperluan perkhidmatan dalam masa nyata dan menyokong perkhidmatan tersebut dengan rangkaian yang mempunyai kecekapan tenaga lebih tinggi untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dalam keseluruhan rangkaian.

Menurut pengiraan konfigurasi rangkaian biasa, tenaga yang dijimatkan oleh penyelesaian PowerPilot adalah dua kali ganda lebih banyak daripada penyelesaian penjimatan tenaga konvensional berasaskan AI, dan ia dapat menjimatkan sehingga 20% tenaga dalam rangkaian berbilang mod, dengan itu mengurangkan perbelanjaan operasi secara lebih efektif. Sehingga kini, penyelesaian penjimatan tenaga PowerPilot telah dilaksanakan di lebih daripada 600,000 lokasi dengan lebih 20 rangkaian di seluruh dunia, menjimatkan pengendali lebih daripada $1 bilion dalam perbelanjaan elektrik.

"ZTE sentiasa menganggap penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan sebagai tanggungjawabnya, dan ia komited untuk membangunkan teknologi inovatif," ujar Jason Tu, jurucakap teknikal ZTE dan saintis utama produk NFV/SDN di ZTE. "Dengan meningkatkan kecekapan dan penggunaan tenaga, ZTE telah bekerjasama dengan pengendali untuk membangunkan rangkaian 5G hijau, untuk bersama-sama memenuhi janjinya kepada 'Tindakan Iklim' untuk Matlamat Pembangunan Lestari PBB (Sustainable Development Goals - SDG)."

Berikut ialah pautan untuk mengakses kertas putih "5G Energy Efficiencies, Green is the New Black":
https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/202011241046.pdf
https://data.gsmaintelligence.com/api-web/v2/research-file-download?id=54165956&file=241120-5G-energy.pdf

Untuk pengenalan ringkas kertas putih "5G Energy Efficiencies, Green is the New Black", sila klik pautan berikut:
https://www.facebook.com/watch/?v=4692508470821594

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
E-mel: ma.gaili@zte.com.cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research