omniture

Vuse mengumumkan perkongsian global bersama-sama kumpulan muzik yang memenangi pelbagai anugerah, Rudimental

Vuse
2020-11-30 03:08 61

Vuse menyatukan dua rakan globalnya dalam dunia muzik dan sukan bermotor, Rudimental dan McLaren Racing, sebagai sebahagian daripada siri 'Routes of Inspiration' untuk meningkatkan kesedaran jenama global

LONDON, 29 November 2020 /PRNewswire/ -- Vuse bekerjasama dengan kumpulan muzik yang memenangi pelbagai anugerah Rudimental, dalam satu siri inisiatif yang menjanjikan kreativiti dan memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia. Kerjasama ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti yang merangkumi pertandingan dan persembahan eksklusif serta beberapa siri kandungan yang sangat menarik.

Vuse announces global partnership with award-winning band Rudimental
Vuse announces global partnership with award-winning band Rudimental

Siri aktiviti Rudimental yang pertama menyaksikan kumpulan tersebut mencari inspirasi dengan McLaren Racing, dengan Vuse sebagai rakan kongsi global. Dengan menyatukan dua rakan kerjasama yang memberi inspirasi daripada dunia muzik dan sukan bermotor, Vuse berhasrat untuk menghubung dan mengilhami orang lain dengan meraikan minat terhadap jenamanya. Aktiviti Rudimental dan McLaren Racing akan dibawa secara langsung melalui siri kandungan empat bahagian yang bakal menyaksikan Rudimental mengunjungi kediaman McLaren di UK dan bertemu ahli pasukan utama kumpulan tersebut untuk meneroka inspirasi bagi mengadakan sebuah persembahan eksklusif yang menandakan tamatnya musim Formula 1 tahun ini.

Siri Rudimental bersama-sama McLaren Racing membawa kita kepada perjalanan kerja secara berpasukan dan usaha sama. Dalam Episod satu Rudimental bertemu Pengarah Teknikal McLaren, James Key yang memberikan fokus terhadap semangat perlumbaan pasukan; kereta dan prestasinya. Episod dua pula mendalami kehebatan semangat berpasukan dengan Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown dan Pengarah Eksekutif People and Culture, Daniel Gallo dan Episod tiga pula menampilkan Pengarah Produksi, Piers Thynne, yang mempercayai bahawa persekitaran yang baik memainkan peranan terhadap kreativiti dan inspirasi. Dan mengakhiri siri tersebut ialah persembahan DJ eksklusif Rudimental selama 45 minit yang disiarkan secara penstriman langsung dalam Formula 1 musim akhir 2020 pada hujung minggu bertarikh 11 Disember di saluran YouTube jenama tersebut. Rudimental akan memanfaatkan inspirasi yang diperoleh daripada pengalaman bersama-sama McLaren dalam menyampaikan persembahan yang mengagumkan.

Locksmith daripada Rudimental berkata, "Kami memberikan inspirasi dan menyatukan orang ramai daripada pelbagai latar belakang melalui muzik yang kami cipta. Kami gembira dan belajar dengan banyak di McLaren dan ia sesuatu yang hebat apabila memikirkan sinergi yang ada dalam dunia muzik dan sukan yang memberi inspirasi!"

Kandungan eksklusif ini ialah sebahagian daripada 'Routes of Inspiration', satu siri maya yang meneroka tentang inspirasi yang mengilhami para profesional dalam dunia yang kreatif. Susulan daripada pembatalan acara hiburan langsung di seluruh dunia, siri tersebut dicipta untuk memberi laluan baharu kepada para artis dan peminat untuk berhubung. Pada tahun 2021, perkongsian Vuse dengan Rudimental akan terus dibangunkan melalui pelbagai aktiviti dan persembahan yang mendorong inspirasi berterusan dan kesedaran jenama global.

"Aktiviti khas bersama Rudimental dan McLaren adalah satu langkah yang penting bagi Vuse kerana kami ingin Kekal Aktif dan berhubung dengan pengguna dewasa pada skala yang lebih besar, menyatukan rakan kongsi kami dalam dunia muzik dan sukan. Dengan sekatan pergerakan yang masih dikuatkuasakan di seluruh dunia dan sektor kreatif yang terkesan dengan akibatnya, kami gembira kerana dapat menyediakan peminat dengan outlet yang kreatif yang mampu mengilhami mereka di rumah, sambil menikmati persembahan eksklusif daripada Rudimental!" kata Elly Criticou, Pengarah Kategori Vapor, BAT.

Mark Waller, Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualan, McLaren Racing berkata "Ia satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan Rudimental sebagai sebahagian daripada kempen 'Routes of Inspiration' Vuse. Pasukan pelumba terkenal memerlukan kepantasan, minat yang mendalam dan inovasi, serta kualiti yang mencipta jenama global yang berjaya. Kempen ini dan perkongsian kami dengan Vuse terus membantu mendayakan komitmen kami terhadap inovasi, reka bentuk dan teknologi canggih; semuanya dapat menghasilkan detik-detik inspirasi yang mengagumkan."

Rudimental ialah kumpulan muzik British yang telah memenangi pelbagai anugerah, ditubuhkan pada tahun 2010. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Piers Aggett, Amir Amor, Kesi Dryden dan Locksmith. Sejak lebih 10 tahun yang lalu, Rudimental telah bekerjasama dengan artis seperti Rita Ora, Ed Sheeran dan Anne-Marie serta single mereka, 'Waiting All Night' yang menampilkan Ella Eyre, telah memenangi persembahan muzik BRIT Award untuk Single Terbaik British pada tahun 2014. Single #1 di UK mereka 'These Days' yang menampilkan Macklemore, Jess Glynne & Dan Caplen, juga merupakan lagu paling banyak dijual di UK pada tahun 2018 dan kini mempunyai jumlah penstriman melebihi 1 bilion di seluruh dunia.

Penstriman siri ini akan disiarkan melalui saluran YouTube Vype di seluruh dunia mulai 27 November, dengan episod akhirnya menampilkan persembahan Rudi secara langsung pada 11 Disember. Anda boleh menyaksikannya di sini: Vype YouTube 

Jenama Vuse, yang juga dikenali sebagai Vype di sesetengah negara, ialah alat vape yang terkenal dan merupakan sebahagian daripada portfolio kategori produk baharu, yang menggabungkan kepakaran generasi akan datang dengan teknologi inovatif untuk memberikan alternatif produk nikotin kepada pelanggan dengan menggantikan produk tembakau tradisional.

https://www.vuse.com/ 

https://www.govype.com/ 

@Vype_worldwide 

Vype YouTube 

Tentang Vuse: Jenama Vuse merupakan peranti vape yang terkenal, menggabungkan kepakaran generasi akan datang dengan teknologi inovatif untuk memberikan alternatif produk nikotin kepada pelanggan dengan menggantikan produk tembakau tradisional. Vuse berdedikasi dalam mengilhami detik-detik yang mengagumkan kepada para pelanggannya melalui pengaktifan dan perkongsian jenama.

Tentang BAT: BAT ialah sebuah perniagaan barangan pengguna pelbagai kategori terkemuka yang bermatlamat untuk membina Masa Depan Yang Lebih Baik dengan mengurangkan masalah kesihatan dalam perniagaannya melalui tawaran produk yang lebih digemari dan kurang berisiko kepada para pengguna. BAT menggalakkan mereka yang merokok untuk beralih sepenuhnya kepada alternatif yang terbukti secara saintifik mampu mengurangkan risiko. Hasrat BAT ialah untuk memiliki 50 juta pengguna yang menggunakan produk tidak mudah terbakar menjelang tahun 2030. BAT mempunyai kakitangan seramai lebih 53,000 orang dan beroperasi di lebih 180 buah negara dengan kilang di 43 buah negara.

Tentang McLaren Racing:  McLaren Racing diasaskan oleh pemandu kereta lumba New Zealand Bruce McLaren pada tahun 1963. Pasukan tersebut menyertai perlumbaan Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1966, sejak itu McLaren telah memenangi 20 kejohanan Formula 1 dunia, lebih daripada 180 Grand prix Formula 1, Le Mans 24 Hours dalam percubaan pertamanya dan  Indianapolis 500 sebanyak tiga kali. McLaren Racing bersaing dalam Kejohanan Dunia Formula 1 FIA 2020 dengan Lando Norris dan Carlos Sainz dan IndyCar Series di AS dengan Oliver Askew dan Pato O'Ward.  

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1343852/vuse_global_partnerships.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Vuse
Keywords: Entertainment Music Sports Tobacco Joint ventures MAT (Mature Audience)