omniture

Microland Diiktiraf sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant Gartner untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus

Microland
2020-11-30 11:55 33

BENGALURU, India, ATLANTA dan LONDON, 30 November 2020 /PRNewswire/ -- Microland, sebuah syarikat transformasi digital global hari ini mengumumkan bahawa ia telah diakui sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant Gartner untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus. Laporan terperinci boleh didapati di https://www.microland.com/analyst-insights/leader-gartner-magic-quadrant.

Gartner menilai vendor melalui pelbagai parameter. Penilaian dibuat berdasarkan dua kategori perkhidmatan iaitu LAN terurus & WAN /WLAN Terurus dan lima atribut pengurusan platform dalam penyampaian perkhidmatan, fungsi pengurusan perkhidmatan, automasi operasi, pengurusan pengalaman pelanggan & perkhidmatan profesional yang merupakan keupayaan Teras bagi Perkhidmatan Rangkaian Terurus.

Laporan tersebut mensasarkan bahawa "Menjelang tahun 2023, 40% pembeli perniagaan akan memerlukan definisi perkhidmatan piawai dari penyedia perkhidmatan rangkaian terurus (MNS), meningkat daripada 15% pada tahun 2018" dan bahawa "Menjelang tahun 2024, untuk meningkatkan ketangkasan dan sokongan bagi aplikasi awan, 60% perniagaan akan melaksanakan SD-WAN, berbanding dengan sekitar 30% pada tahun 2020."

Menurut laporan "Pasaran MNS terdiri daripada penyedia MNS yang berkemampuan di peringkat global yang menyediakan fungsi pengurusan perkhidmatan untuk operasi rangkaian perniagaan." "Para penyedia di pasaran ini adalah sama ada Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP) atau bukan NSP, kerana kedua-dua jenis penyedia ini adalah yang biasa di pasaran ini." Menurut laporan lain, "Keupayaan Kritikal untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus", "Para penyedia dalam penyelidikan ini adalah NSP atau bukan NSP, kerana kedua-dua jenis ini biasa di pasaran ini dan juga telah memenuhi syarat untuk memberikan perkhidmatan secara global, di luar negara asal mereka sendiri."

Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan memberi komen: "Kami percaya bahawa pengiktirafan Microland dalam Magic Quadrant Gartner untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus adalah pengesahan sebenar daripada penumpuan kami dalam menjadi Rakan Pilihan Infrastruktur IT kepada pelanggan kami selama 31 tahun dan Microland telah berada di hadapan dalam menyediakan Perkhidmatan Rangkaian Terurus sejak awal. Saya percaya bahawa pengiktirafan ini adalah bukti betapa mendalam dan luasnya perkhidmatan kami dan ini akan mendorong inovasi yang berterusan. Kami dedikasikan pengiktirafan ini kepada para pelanggan kami yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk meningkatkan tahap kejayaan."

Laporan tersebut menggariskan, "Bagi Perkhidmatan Rangkaian Terurus (MNS), automasi adalah kunci kepada kecekapan dan kualiti platform penyampaian perkhidmatan dalam skala besar. Apa yang penting, bidang automasi juga mempunyai kepentingan untuk mengekalkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pengalaman positif pelanggan daripada penawaran MNS penyedia."

Memberi reaksi kepada penyataan penting tersebut, Robert Wysocki, Naib Presiden Kanan & Pemimpin Penyelesaian Pelanggan Global - Jaringan & Keselamatan Siber menyatakan: "Kami percaya ini adalah pengiktirafan terhadap kemampuan kami untuk mendorong pengalaman pelanggan yang lebih hebat melalui pelaburan berterusan dalam penyelesaian inovatif. Salah satu bidang pelaburan utama kami adalah dalam platform penyampaian perkhidmatan automatik—Platform Jaminan Jaringan yang membantu dalam pengurusan proaktif kitaran hidup lengkap bagi pengurusan infrastruktur rangkaian."

Mahesh Nagaraj, Ketua Pegawai Pemasaran menambah, "Kami berasa dihargai kerana Gartner telah mengiktiraf kami sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus. Kami percaya bahawa teknologi berfungsi paling baik apabila anda kurang menyedarinya, ia merupakan cara kami mendekati penglibatan pelanggan kami dan setiap rancangan, intervensi dan inovasi difokuskan pada jaminan janji tersebut. Rangkaian penyelesaian proprietari Microland telah menjadi pemangkin dalam membolehkan pelanggan kami mempercepat perjalanan transformasi mereka dan 'merealisasikan digital." 

Microland mempunyai pelanggan dalam pelbagai sektor termasuk BFSI, Peruncitan, Teknologi Tinggi, Farmaseutikal & Sains Hayat dan telah menyediakan Perkhidmatan Rangkaian Terurus dan Perkhidmatan Transformasi Rangkaian di seluruh dunia di 170 buah negara. Microland memberikan Perkhidmatan Rangkaian Terurus kepada pelanggannya melalui beberapa NOC yang beroperasi 24 x 7 yang disokong oleh IP ciptaannya sendiri, Platform Jaminan Jaringan. Rangkaian penawaran Microland termasuk menguruskan infrastruktur rangkaian di seluruh spektrum LAN, WLAN, WAN dan pusat data dengan kepakaran yang signifikan dalam teknologi baharu muncul termasuk rangkaian yang ditentukan perisian (SDLAN, SDWAN), Wi-Fi 6.0 dan 5G. Microland telah menjalin kerjasama dengan beberapa penyedia teknologi antaranya Cisco, Fortinet, Velocloud oleh VMware dan Versa Networks. 

Sumber:

Gartner, Magic Quadrant for Managed Network Services, Ted Corbett dll., 9 Nov 2020

Gartner, Critical Capabilities for Managed Network Services, Danellie Young dll., 10 November 2020

*Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau sebutan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, sehubungan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Microland 

Penyampaian digital dan "Making Digital Happen" oleh Microland membolehkan teknologi melakukan lebih banyak dan kurang gangguan. Kami memudahkan pihak perusahaan untuk menggunakan infrastruktur NextGen Digital. Kami mengaktifkannya dengan menggunakan kepakaran kami di Pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian—memastikan tahap kecemerlangan dapat diramalkan, boleh dipercayai dan stabil.

Dalam dunia yang terkesan dengan COVID, Microland akan memastikan digital diguna pakai oleh perniagaan dengan fokus utama pada perkhidmatan yang lebih relevan dengan pelanggan dan prospek kami berbanding sebelumnya. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih daripada 4,500 pakar digital di seluruh pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Ketahui lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Outsourcing Businesses Telecommunications Survey, Polls & Research Trade show news