omniture

Population Council dan Duchesnay Mengumumkan Perjanjian Lesen Antarabangsa Baharu untuk ANNOVERA®

Duchesnay inc.
2020-11-30 23:00

NEW YORK dan BLAINVILLE, QC, 30 November 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Population Council dan Duchesnay mengumumkan perjanjian lesen eksklusif untuk membuat ANNOVERA® (sistem vagina segesterone asetat dan etinil estradiol), satu-satunya alat kontraseptif kawalan penuh wanita untuk menghindarkan kehamilan yang tidak diingini dalam tempoh maksimum satu tahun, tersedia di Kanada, Eropah, Amerika Latin, Asia dan wilayah lain. Perjanjian ini ialah satu lagi langkah untuk memberi pilihan, kemudahan dan kawalan kontraseptif kepada wanita di seluruh dunia.

ANNOVERA merupakan yang pertama dalam kelas kontraseptif baharu. Ia adalah cincin silikon fleksibel lembut yang boleh digunakan semula, menggabungkan novel progestin Nestorone® (segesterone asetat) dengan estrogen (etinil estradiol) yang digunakan secara meluas, boleh dimasuk dan dikeluarkan sendiri oleh wanita. ANNOVERA telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. (FDA) pada bulan Ogos 2018 dan kini tersedia untuk wanita di Amerika Syarikat. 

"Kekurangan kontraseptif untuk wanita yang tahan lama dan boleh dikawal menunjukkan terlalu ramai golongan ini yang ingin mengelakkan kehamilan, sama ada tidak, atau berhenti menggunakan kontraseptif yang membawa kepada kehamilan yang tidak diingini dan keadaan kesihatan yang lebih buruk," kata Jim Sailer, naib presiden dan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Bioperubatan di Population Council. "Perjanjian ini kini membuka peluang kepada ANNOVERA untuk disampaikan kepada wanita di empat benua—ini adalah satu lagi langkah ke hadapan dalam memastikan bahawa wanita di seluruh dunia berhak memilih kontraseptif yang ingin mereka gunakan."

ANNOVERA dibangunkan oleh Population Council dan disokong oleh penderma awam dan swasta yang penting dari seluruh dunia, termasuk Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Rangkaian Ujian Klinikal Kontraseptif Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia Eunice Kennedy Shriver (NICHD), Yayasan Bill & Melinda Gates, Yayasan Perubatan Avis dan Clifford Barrus dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Duchesnay akan meneroka peluang untuk mendaftarkan ANNOVERA dengan agensi pengawalseliaan tempatan di rantau ini dan akan melabur dalam aktiviti penyelidikan Population Council untuk membangunkan produk kontraseptif baharu yang inovatif.

"Kami sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada usaha Population Council dengan membawakan pilihan kontraseptif baharu yang penting kepada wanita di seluruh dunia. Sebagai syarikat yang komited untuk meningkatkan kesihatan wanita, kami percaya bahawa wanita berhak mendapat akses kepada pelbagai pilihan alat kontraseptif inovatif seperti ANNOVERA yang membolehkan mereka mengawal sepenuhnya kehidupan mereka," kata Eric Gervais, naib presiden eksekutif di Duchesnay.

Tentang Population Council
Population Council menangani masalah kesihatan dan pembangunan yang kritikal—daripada menghentikan penyebaran HIV hingga meningkatkan kesihatan sistem reproduktif serta memastikan bahawa golongan muda menikmati kehidupan sepenuhnya dan produktif. Melalui penyelidikan bioperubatan, sains sosial dan kesihatan awam di 50 buah negara, kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk memberikan penyelesaian yang mendorong dasar, program dan teknologi yang lebih berkesan dan mampu memperbaiki kehidupan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1952 dan beribu pejabat di New York, Council ialah sebuah organisasi bukan kerajaan, bukan berasaskan keuntungan yang ditadbir oleh lembaga pemegang amanah antarabangsa.

Ketahui lebih lanjut di http://www.popcouncil.org.

Tentang Duchesnay
Duchesnay merupakan syarikat farmaseutikal khusus dengan komitmen yang berterusan terhadap kesihatan wanita. Sejak kebelakangan ini, syarikat memberi tumpuan terhadap kekosongan dari segi penyelidikan dan pendidikan saintifik dan mengembangkan penyelesaian farmakologi yang selamat dan berkesan untuk digunakan semasa kehamilan dan penyusuan.

Hari ini, Duchesnay memperluas portfolio produknya untuk menawarkan pilihan terapeutik yang selamat dan berkesan yang memenuhi keperluan kesihatan dan kualiti hidup wanita dan ahli keluarga mereka pada peringkat kehidupan yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut tentang Duchesnay, sila layari https://www.duchesnay.com.

Dominique Touchette, Duchesnay, communications@duchesnay.com, 1 877 833-7734

Source: Duchesnay inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements Women-related news