Kelestarian, kualiti, kesihatan dan strategi untuk meningkatkan permintaan global adalah tema persidangan ini.
Sorotan Persidangan INC Dalam Talian: https://youtu.be/Jkydr_SBWX8
REUS, Sepanyol, 1 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Majlis Kekacang dan Buah-buahan Kering Antarabangsa (INC) menganjurkan satu persidangan dalam talian bagi menyatukan industri tersebut semasa pandemik global yang sukar ini. Persidangan ini membincangkan topik tentang anggaran tanaman, nutrisi, saintifik dan pemasaran serta menampilkan tiga orang penceramah yang terkenal di peringkat antarabangsa yang akan menyampaikan ucaptama.
Javier Solana, mantan Setiausaha Kehormat NATO menyorot kepentingan organisasi multilateral, Alan Oster, Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan National Australian Bank membincangkan tentang ekonomi semasa dan pasca COVID-19 dan Haim Israel, Pakar Strategi Global dan Pengarah Urusan Penyelidikan Bank of America akan menekankan tentang perubahan dunia yang pantas serta jangkaan masa hadapan.
Kumpulan Kerja serantau bagi Amerika; Eropah, Timur Tengah dan Afrika; Asia dan Oceania membincangkan tentang permintaan dan bekalan kekacang dan buah-buahan kering semasa serta corak penggunaan yang berubah dalam konteks COVID-19.
Dengan sokongan dalam peningkatan tanaman, pengeluaran pokok kekacang terus menunjukkan trend yang positif dan tanaman pada tahun 2020/2021 adalah tidak terkecuali: pengeluaran dunia dianggarkan sebanyak 5.3 juta tan metrik (badam, kacang Brazil, gajus, kacang hazel, kacang macadamia, kacang pecan, kacang pain dan kacang walnut dalam bentuk kernel; pistachio berkulit), meningkat sebanyak 15% dari tahun 2019/20. Sehubungan itu, terdapat keperluan untuk terus menginovasi dan membuka pasaran baharu. Dengan anggaran 47.3 juta tan metrik (berkulit), pengeluaran kacang tanah global juga dijangka meningkat sebanyak 13%. Walaupun jumlah pengeluaran buah-buahan kering dianggarkan menurun sedikit dari musim yang lalu, iaitu sebanyak 3 juta tan metrik, dengan baki pada tahun 2019/20, bekalan dianggarkan akan mencukupi.
Secara keseluruhan, permintaan pada waktu pandemik untuk kekacang dan buah-buahan kering adalah memberangsangkan untuk jualan peruncit besar, penyimpan stok pantri dan penjual dalam talian, pada masa yang sama mengukuhkan lagi permintaan terhadap makanan penggalak imuniti dan makanan berasaskan tumbuhan.
Tentang INC
INC ialah sebuah organisasi antarabangsa yang menaungi industri kekacang dan buah-buahan kering. Ahlinya terdiri daripada lebih 800 syarikat sektor kekacang dan buah-buahan kering dari lebih 80 buah negara. Keahlian INC mewakili lebih 85% daripada nilai komersial "farm gate" dalam perdagangan kekacang dan buah-buahan kering. Misi INC adalah untuk merangsang dan membantu dalam kelestarian perkembangan industri kekacang dan buah-buahan kering global. Ia adalah organisasi antarabangsa yang terkemuka dalam kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan serta piawaian dan peraturan antarabangsa berkenaan kekacang dan buah-buahan kering.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1342850/inc_online_conference.jpg?p=medium600
Video - https://youtu.be/Jkydr_SBWX8
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1342853/INC_Logo.jpg?p=medium600
Hubungan akhbar: e-mel press@nutfruit.org dan telefon +34 977 331 416.