STOCKHOLM, 2 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Dengan peningkatan permintaan terhadap IT yang lebih lestari, jumlah komputer riba baharu yang diperakui daripada pensijilan kelestarian global terkemuka untuk produk IT, TCO Certifed, telah meningkat sebanyak 50% pada tahun 2020.
"Dengan sekitar 3,500 model produk yang diperakui tersedia daripada lebih 25 jenama, memilih produk IT yang disahkan berdasarkan tanggungjawab terhadap persekitaran dan rantaian bekalan secara bebas adalah lebih mudah daripada sebelumnya," kata Clare Hobby, Pengarah Penglibatan Pembeli di TCO Development, organisasi di sebalik TCO Certified.
"Kategori produk kami yang paling pesat berkembang ialah komputer riba. Pada tahun 2020, kita telah melihat peningkatan sebanyak 50% dalam model baharu yang diperakui berbanding tahun 2019, oleh itu terdapat lebih banyak pilihan. Permintaan ini adalah kesan langsung daripada cadangan yang disuarakan pembeli - meminta produk IT yang mengambil kira isu seperti iklim, kandungan berbahaya dan persekitaran tempat kerja di kilang. Jenama IT membuktikan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan pembeli di seluruh dunia dengan memohon TCO Certified untuk produk mereka," sambung Clare Hobby.
Sistem pengesahan bebas mandatori di sebalik TCO Certified adalah yang paling mantap di pasaran untuk produk IT. Setiap tahun pengesah bebas menghabiskan sekitar 20,000 jam untuk penilaian, ujian produk dan audit sosial di kilang yang berkait secara langsung dengan model yang diperakui.
"Hanya dengan mengesan ketidakpatuhan sahaja tidak mencukupi. Sistem akauntabiliti industri dan peningkatan berterusan adalah kunci untuk mendorong perubahan dan itulah salah satu faedah unik TCO Certified," jelas Clare Hobby.
"IT adalah kategori yang sangat kompleks, jadi pengesahan bebas sangat penting untuk mengukur kemajuan sebenar. Bagi kami, ini bukan satu pilihan — ia suatu kemestian. Pematuhan dengan kriteria tersebut disahkan secara bebas di sepanjang tempoh pensijilan," ujarnya dengan lebih lanjut.
Oleh itu, pembeli mendapat jaminan untuk menggunakan TCO Certified dengan yakin dan mengelakkan pemalsuan berkaitan persekitaran. Dengan TCO Certified, mereka tidak menanggung risiko mempercayai keterangan produk atau pernyataan pengeluar yang tidak disahkan.
"Kami sangat teruja melihat perkembangan ini. Kini pembeli mempunyai pelbagai pilihan jenama untuk memilih," Clare Hobby menyimpulkan.
Cari produk yang disahkan dalam Product Finder.
Ke arah produk IT yang lebih lestari
Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, TCO Certified adalah pensijilan kelestarian terkemuka di dunia untuk produk IT. Kriteria komprehensif kami dirancang untuk memacu tanggungjawab sosial dan alam sekitar di sepanjang kitaran hidup produk. Meliputi 11 kategori produk termasuk paparan, komputer dan peranti mudah alih, pematuhan disahkan secara bebas, sebelum dan selepas pensijilan.
Sila Hubungi
Cassandra Julin
+46(0)702866861
press@tcodevelopment.com
Bilik Akhbar
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1340921/tco_development.jpg?p=medium600