omniture

Trinseo Tubuhkan Kemudahan Perintis TPE Baharu di Hsinchu, Taiwan

Kemudahan baharu membolehkan kitaran inovasi lebih pantas untuk bahan berfaedah yang mampan merentas pasaran-pasaran
Trinseo
2020-12-02 17:43 399

BERWYN, Pennsylvania, 2 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Trinseo (NYSE: TSE), penyedia penyelesaian bahan global dan pengeluar plastik, pengikat lateks dan getah sintetik, hari ini mengumumkan perasmian kemudahan perintis Elastomer Termoplastik (TPE) di Hsinchu, Taiwan. Kemudahan perintis yang baharu itu mewakili langkah penting dalam strategi pertumbuhan Trinseo yang lebih luas untuk TPE, membolehkannya untuk mengeluarkan TPE direkayasa tersuai dan uretana termoplastik (TPU) di kawasan tempatan, bersama-sama portfolio bioplastik utamanya, untuk pelanggan utama di rantau Asia Pasifik. 

Trinseo Tubuhkan Kemudahan Perintis TPE Baharu di Hsinchu, Taiwan
Trinseo Tubuhkan Kemudahan Perintis TPE Baharu di Hsinchu, Taiwan

Kemudahan perintis yang canggih ini dibina di tapak pengilangan sedia ada Trinseo di Hsinchu dan akan membolehkan kitaran inovasi yang lebih pantas melalui kolaborasi erat dengan pelanggan untuk bahan-bahan bermanfaat mampan dalam pasaran Automotif, Barangan Elektronik Pengguna, Kasut dan Perubatan. Ia melengkapkan pusat pembangunan TPE utama dan sedia ada milik Trinseo di Mussolente, Itali yang merupakan pembangunan industri yang utama dalam reka bentuk serta pengeluaran plastik sentuhan lembut yang mampan.

Kilang Hsinchu baharu telah dilancarkan mengikut jadual, meskipun dengan cabaran yang berkaitan dengan pembinaan kemudahan canggih semasa pandemik Coronavirus global. Semasa pembukaannya, Trinseo meraikan lebih 15,000 jam keselamatan dalam projek pembangunan yang mencakupi tiga wilayah dalam keadaan yang paling mencabar.

"Kami sangat teruja untuk memulakan kemudahan perintis berkenaan agar TPE dan TPU direkayasa khas kami lebih dekat dengan pelanggan di Asia Pasifik," kata Francesca Reverberi, Naib Presiden, Bahan-bahan Direkayasa dan Getah Sintetik, Trinseo. "Kilang perintis tersebut menawarkan platform berpotensi yang melaluinya Trinseo dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap TPE, yang dicetuskan oleh trend mega seperti pertumbuhan dalam teleperubatan dan pergabungan antara elektronik perubatan dan pengguna. Trend ini membawa keperluan terhadap peranti yang lebih mesra alam dan mampan dengan penggunaan lebih besar bahan-bahan sentuhan lembut dan plastik berasaskan bio."

Kilang perintis ini akan memainkan peranan penting bagi membantu Trinseo mencapai Matlamat Kemampanan 2030nya, yang menyatakan bahawa bahan-bahan bersumber lestari akan menjadi asas kepada 40% portfolio Trinseo dalam tempoh sedekad. Bahan-bahan TPE dan TPU berasaskan bio dan terbiodegradasi daripada Trinseo merangkumi sebahagian besar daripada portfolio mesra alam syarikat dan kemudahan perintis ini dijangka mempercepatkan penerimaan dan pembangunan penyelesaian ini.

Kilang Hsinchu telahpun menyokong matlamat kemampanan Trinseo dengan menggabungkan resin yang terbaik dalam kelas yang dibuat dengan plastik kitar semula pasca-pengguna, digunakan terutamanya dalam barangan elektronik pengguna. Di samping itu, kilang tersebut akan membolehkan Trinseo untuk meneruskan evolusinya bagi menjadi penyedia penyelesaian sebenar kepada pelanggan dalam pasaran Barangan Elektronik Pengguna, Kasut, Perubatan, TPE Automotif dan Perkakas & Alat – dengan tumpuan kukuh terhadap kemampanan.

Latar Belakang Trinseo

Trinseo (NYSE:TSE) ialah penyedia penyelesaian bahan global dan pengeluar plastik, pengikat lateks dan getah sintetik dengan memberi tumpuan untuk menyediakan produk yang inovatif, mampan dan mencipta nilai yang penting untuk kehidupan harian kita. Trinseo berdedikasi untuk memberi kesan positif terhadap masyarakat dengan bekerjasama bersama pemegang berkepentingan yang sealiran dan menyokong matlamat kemampanan pelanggan kami dalam pelbagai pasaran akhir termasuk automotif, barangan elektronik pengguna, perkakas, peralatan perubatan, pempakejan, kasut, permaidani, kertas dan papan, bangunan dan pembinaan serta tayar. Trinseo memiliki kira-kira $3.8 bilion aset bersih dengan menggaji 2,700 pekerja di seluruh dunia pada tahun 2019. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.trinseo.com.

Catatan mengenai Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan" termasuk, tanpa had, kenyataan berhubung rancangan, objektif, matlamat, unjuran, jangkaan, strategi, peristiwa masa depan atau prestasi dan andaian yang mendasari dan kenyataan-kenyataan lain, yang bukan kenyataan fakta bersejarah. Kenyataan pandang ke hadapan mungkin dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan-perkataan seperti "menjangkakan", "menganggarkan", "akan", "mungkin" atau ungkapan-ungkapan dengan maksud yang serupa. Kenyataan pandang ke hadapan memperlihatkan penilaian pengurusan maklumat yang tersedia masa kini dan berdasarkan jangkaan dan andaian semasa oleh Syarikat berhubung impak daripada pandemik COVID-19, perniagaan Syarikat, ekonomi dan keadaan masa depan yang lain. Faktor-faktor tertentu yang boleh menyebabkan keputusan masa depan berbeza daripada yang dinyatakan oleh kenyataan pandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko-risiko yang berkaitan dengan kesan yang sedang terjadi daripada pandemik COVID-19 dan yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"), dalam Laporan Suku Tahunan berikutnya dalam Borang 10-Q dan menerusi pemfailan dan perlengkapan lain yang dibuat oleh Syarikat dengan SEC dari masa ke masa. Faktor-faktor lain yang tidak diketahui atau tidak dapat diramalkan juga boleh membawa kesan buruk yang ketara terhadap prestasi Syarikat. Akibat daripada faktor-faktor ini atau faktor-faktor lain, keputusan sebenar Syarikat mungkin berbeza dengan ketara daripada yang dijangkakan oleh kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan yang dimasukkan dalam siaran akhbar ini dibuat hanya setakat tarikh tersebut dan bukan jaminan prestasi masa depan. Syarikat tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan pandang ke hadapan secara terbuka akibat daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Source: Trinseo
Related Stocks:
NYSE:TSE
Related Links:
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion New products/services