omniture

Koleksi Hadiah Eksklusif Martell 2020

Maison Martell
2020-12-02 20:01 101

RAIKAN MUSIM PERAYAAN DENGAN TRIO BERANI BAKAT KREATIF MAISON MARTELL 

PARIS, 2 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Untuk musim perayaan tahun 2020, Maison Martell memperbaharui inisiatif Martell Exclusives, dengan membawa bersama trio bakat kreatif antarabangsa untuk memberi pembaharuan kepada tiga produk lambang sebagai sebahagian daripada koleksi hadiah edisi terhad. Bakat kreatif pada tahun ini - penyanyi rap Amerika, Quavo, pereka fesyen China, Angel Chen dan artis Perancis, Pierre Marie - dibawa dari tiga benua dan tiga bidang yang berbeza, namun disatukan oleh pendekatan berani dalam karya seni mereka, yang menggambarkan rumah cognac tertua yang paling terkenal dan pengasasnya, Jean Martell.

 

 

 

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8822551-the-martell-exclusives-gifting-collection-2020/

Setiap bakat memberi fokus kepada produk Martell yang bermakna kepada visi kreatif peribadi mereka, dalam penghasilan serangkaian reka bentuk koleksi yang mengimbas kembali warisan Maison Martell dengan kebebasan bersuara dan gaya kontemporari yang berani. Ketiga-tiga reka bentuk ini berkongsi tema yang sama: iaitu perjalanan, dengan dimensi antarabangsa Rumah ini dan pengembaraan pengasas Jean Martell membuktikan sebagai sumber yang kaya dengan inspirasi.

Quavo X Martell Blue Swift 

"Martell dan saya saling mengenali sejak lama dahulu. Saya adalah sebahagian daripada keluarga Martell. Reka bentuk ini diilhamkan oleh sebuah perjalanan yang saya lakukan untuk mengunjungi Martell di Cognac dan tanggapan saya tentang pengalaman itu," kata penyanyi rap, penulis lagu dan penerbit rakaman, Quavo, seorang duta yang telah lama dengan Maison Martell. Reka bentuknya untuk kotak hadiah edisi terhad Martell Blue Swift menggabungkan ikon Martell dengan simbol budaya hip-hop untuk membangkitkan penyatuan berani yang ditunjukkan oleh minuman beralkohol hebat ini, yang dibuat dengan cognac VSOP dan berakhir di tong burboun Kentucky. Kotak hadiah ini membawa kepada sebuah pengalaman interaktif dengan realiti terimbuh, kerana ikon tertentu akan menjadi hidup ketika diimbas dengan telefon pintar, yang mendedahkan lebih banyak mengenai savoir-faire di sebalik Martell Blue Swift, serta kerjasama Maison Martell dengan Quavo. Di dalam kotak - di samping dua gelas yang terukir - terdapat botol bersambung, yang memberikan pelanggan akses kepada kandungan eksklusif tentang Quavo dan Martell. "Saya suka cara Martell Blue Swift mengubah cara minum orang ramai. Saya amat berminat dalam menetapkan trend, membawa perubahan, menghasilkan tanggapan - jadi Martell Blue Swift adalah amat bermakna kepada saya," jelas Quavo.

Angel Chen X Martell Noblige 

Merupakan salah seorang bakat paling menonjol di China dan lulusan kolej seni dan reka bentuk, Central Saint Martins yang berprestij di London, pereka fesyen Angel Chen telah mengembangkan gaya berani dan berwarna-warni yang menggabungkan motif tradisional Cina dengan estetika Barat moden, yang menunjukkkan latar belakang kosmopolitannya. "Bagi saya, Maison Martell dibina berdasarkan tradisi, tetapi ia juga terbuka kepada dunia kontemporari yang bertenaga. Tenaga ini menjadi teras inspirasi saya," katanya. Angel Chen menonjolkan Martell Noblige yang bersemangat dan bertenaga dalam sebuah ilustrasi bersemangat tentang pelayaran laut yang luar biasa yang menunjukkan perahu naga mengharungi ombak bergelora. Reka bentuk yang merangkumi botol Noblige dengan warna pengenalannya, merah, kuning dan biru merupakan evokasi kepada penghantaran pertama Maison Martell ke China pada tahun 1858, selain pertemuan Timur dan Barat yang diwakili oleh kerjasama ini. "Pertemuan Timur dengan Barat adalah suatu pengembaraan. Ia penuh dengan kontras, kejutan, keberanian, intensiti yang bersemangat dan bertenaga," kata Angel Chen – sama seperti ciptaannya untuk Martell Noblige.

Pierre Marie X Martell Cordon Bleu 

Terkenal dengan reka bentuknya yang sangat terperinci yang menggabungkan rujukan teknik kraf nenek moyang dengan kod visual kontemporari, artis dan pakar perhiasan, Pierre Marie memberi pembaharuan kepada ikon House Martell Cordon Bleu. "Semasa saya mengunjungi Maison Martell di Cognac, saya sangat tertarik apabila menemui arkib dan khususnya poster bergambar yang digunakan dalam kempen pengiklanan. Mereka menjadi inspirasi untuk gaya puitis dan naratif dalam reka bentuk saya bagi Martell Cordon Bleu," katanya. Rekaan pertama daripada dua reka bentuknya, setiap satunya disertai dengan puisi yang digubah khas bertajuk The Vine and the Oak. Kerawang daun dan pucuk yang rumit dengan warna yang kaya dengan merah dan emas membangkitkan "hubungan cinta" antara pokok anggur dan oak yang melahirkan cognac.

Reka bentuk kedua, bertajuk The Epic Voyage, adalah eksklusif untuk peruncitan pelancongan global. Ia menggambarkan perjalanan pohon anggur dan oak yang mengelilingi dunia dengan motif kapal, kereta api dan belon udara panas, berselang-seli dengan awan merah dan emas iaitu simbol tuah tradisional China. "Saya kagum dengan pandangan jauh yang Jean Martell dan penggantinya gunakan untuk mengembangkan perdagangan eksport pada abad ke-18 ," jelas Pierre Marie. "Bayangan tong-tong cognac yang mengembara ke seluruh dunia, ke destinasi yang jauh memberi inspirasi kepada tema yang kedua ini." Anyaman elegan pada kedua-dua reka bentuk yang menghiasi botol Martell Cordon Bleu ini, adalah tanda kejayaan kepada keunggulan, lambang kepada perpaduan legenda ini, iaitu sebuah ikon kepada cognac di dunia dan seterusnya.

Dengan Martell Exclusives, pencinta cognac di mana-mana sahaja dapat berkumpul untuk meraikan kemurahan hati, kreativiti dan keberanian pada musim perayaan dan seterusnya.

Koleksi hadiah Martell Exclusives boleh didapati bermula pada November 2020 dari peruncit terkemuka. 

Tentang Maison Martell 

Maison Martell yang paling tua dari rumah-rumah cognac yang hebat, yang diasaskan oleh Jean Martell pada tahun 1715, terkenal di seluruh dunia kerana keaslian dan keanggunan kognacnya, hasil dari warisan savoir-faire yang diturunkan melalui sembilan generasi. Bersama-sama dengan semangat untuk hasil karyanya dan hubungan yang mendalam terhadap terroir, Maison Martell didefinisikan oleh keberanian yang dengannya ia telah mempelopori ungkapan cognac baharu – dari ikon Martell Cordon Bleu pada tahun 1912 hingga Martell Blue Swift yang mengesankan hari ini.

HUBUNGAN MEDIA
Maison Martell
Gaëlle Marcel
gaelle.marcel@pernod-ricard.com 
+33 (0) 1 53 23 26 60

Video - https://www.youtube.com/watch?v=7Af-sZZAau0  
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1346924/martell_exclusives.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1041130/Martell_Logo.jpg?p=medium600

 

The Martell Exclusives Gifting Collection 2020
The Martell Exclusives Gifting Collection 2020

 

 

 

 

Source: Maison Martell
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Fashion Music Retail Broadcast feed announcements New products/services