omniture

LTI Memilih Temenos untuk Melancarkan Platform Perbankan Digital dalam Pasaran Nordic

LTI
2020-12-02 20:16 104

- Hasil janaan Temenos, Platform Perbankan-sebagai-platform LTI  memodenkan sistem perbankan teras legasi, dengan pantas dan cekap 

MUMBAI, India, 2 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (LTI), syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global, telah mengadakan usaha sama dengan Temenos, sebuah syarikat perisian perbankan, untuk melancarkan platform Perbankan Digital, janaan teknologi Temenos. Platform ini akan memodenkan sistem perbankan teras legasi di wilayah Nordic, membolehkan institusi kewangan menjadi lebih tangkas dan boleh diskalakan sementara mengurangkan kos operasi. Bank juga boleh memanfaatkan platform ini untuk melancarkan produk dan perkhidmatan baharu dengan lebih pantas.

Dengan keupayaan komprehensifnya, Platform Perbankan Digital memberikan penyepaduan hujung ke hujung dengan Temenos Transact, Temenos Infinity, Temenos Payments, dan Temenos Financial Crime Mitigation selain penyelesaian Fintech seperti seperti pelaporan kawal atur, pengesahan, penyelesaian KYC, perkhidmatan kad, dan penyelesaian pembayaran yang boleh didapati di Temenos Marketplace. LTI dan syarikat subsidiari milik penuhnya, Syncordis Consulting, pakar Temenos yang terkemuka di rantau Eropah selama lebih 15 tahun akan menyediakan pelaksanaan dan perkhidmatan terurus.

Perkongsian ini mengumumkan era baharu untuk bank Nordic apabila ia menyatukan kepakaran LTI dalam domain tersebut dan pemahaman mendalamnya tentang fungsi Temenos dan natif awan maju, agnostik awan, AI dan penyelesaian teknologi pertama API, yang dinikmati oleh lebih 3,000 buah bank di 150 buah negara.

Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, LTI, berkata, "Perkongsian Temenos dengan LTI memberikan pengalaman, kepakaran dan semangat yang tiada tandingan, terhadap inovasi bank dan institusi kewangan di wilayah Nordic. Platform perbankan berkuasa  berdasarkan teknologi natif awan Temenos, akan membolehkan bank meluaskan, memodenkan dan mengurangkan kos IT secara signifikan. Melalui Temenos Accelerator Toolkit eksklusif kami, kami memberi hasil yang lebih besar dengan masa ke pasaran yang lebih pantas dan terus memberikan perkhidmatan pemodenan perbankan yang cemerlang yang memerkasakan bank untuk melakukan lompatan kuantum dalam perjalanan transformasi digital mereka."

Max Chuard, Ketua Pegawai Eksekutif, Temenos, berkata, "Ini pemeteraian yang penting dari sudut strategik untuk Temenos di wilayah Nordic. Kami berasa gembira untuk memperluaskan perkongsian kami dengan LTI dan Syncordis bagi menawarkan platform perbankan digital generasi seterusnya kepada pasaran  . Bersama-sama dengan rakan kongsi kami, kami menawarkan akses  bank kepada kepakaran perbankan global LTI merentas semua penyelesaian Temenos yang digunakan untuk keperluan tertentu di wilayah Nordic. Teknologi awan dan teknologi AI lanjutan kami yang digabungkan dengan fungsi bank model negara perbankan kami yang kaya menjadi pilihan de facto untuk bank Nordic dan institusi kewangan. Kami membolehkan bank memodenkan sistem legasi mereka, melindungi platform perbankan mereka agar sentiasa sesuai dengan perkembangan kemajuan masa hadapan sementara menawarkan perkhidmatan inovatif kepada pelanggan mereka."

LTI ialah salah satu Penyedia Perkhidmatan IT terkemuka di wilayah Nordic. Kajian Penyumberan IT 2020 oleh Penyelidikan Whitelane meletakkan LTI pada kedudukan #2 dari segi kepuasan pelanggan di seluruh Eropah. Bank-bank dan institusi-institusi kewangan terkemuka menjadi antara pelanggannya di wilayah tersebut.

Tentang LTI: 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam menghubungkan dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, Internet Benda dan awan mereka. Ditubuhkan pada 1997 sebagai syarikat subsidiari Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingannya untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks dalam semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 30,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi mereka dan memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global

Tentang Temenos: 

Temenos AG (SIX: TEMN) ialah pemimpin perisian perbankan dunia. Lebih 3,000 buah bank di seluruh dunia, termasuk 41 daripada 50 bank teratas, bergantung kepada Temenos untuk memproses kedua-dua transaksi harian dan interaksi lebih 1.2 bilion pelanggan perbankan. Temenos menawarkan natif awan, agnostik awan dan pejabat depan pacuan AI, perbankan teras, perisian pembayaran dan pentadbiran dana yang membolehkan bank memberikan pengalaman pelanggan tanpa yang lancar, pelbagai saluran dan memperoleh kecemerlangan operasi.

Perisian Temenos terbukti membolehkan pelanggan berprestasi tertingginya mencapai nisbah kos-pendapatan pada paras 26.8% separuh daripada purata industri dan pulangan ekuiti mencecah 29%, tiga kali purata industri. Pelanggan ini juga melabur 51% daripada belanjawan IT mereka pada pertumbuhan dan inovasi berbanding penyelenggaraan, ia itu dua kali purata industri, membuktikan pelaburan IT bank menambah nilai ketara kepada perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.temenos.com

Tentang Syncordis: 

Sebagai amalan Temenos LTI, Syncordis menyampaikan pelaksanaan hujung ke hujung dan projek integrasi sistem yang berkualiti tinggi. Selain itu, Syncordis menawarkan perkhidmatan tambahan seperti SaaS yang terkawal (diperakui PSF) dan sokongan pengeluaran yang meliputi semua produk Temenos dan sistem pihak ketiga sekeliling.

Golongan pakar yang luas yang terdiri daripada para profesional tempatan dan luar pesisir menyediakan kepakaran perniagaan dan juga teknikal, serta menyesuaikan setiap projek dengan keperluan individu pelanggan. Menjadi misi Syncordis untuk memacu kecemerlangan digital dalam sektor perbankan dan membantu semua pelanggan merealisasikan kuasa transformasi digital selain turut menyediakan tempat kerja yang hebat untuk semua pekerja. www.syncordisconsulting.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:EQLTI India:LTI India:LTI.NS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Contracts Financial Technology