omniture

PaySett Corporation Dan Credicomer Mengumumkan Inisiatif Pembayaran Masa Nyata (RTP) Baharu

PaySett Corporation
2020-12-02 21:15 1

Penyelesaian RTP PayExpedite® akan membolehkan institusi kewangan menawarkan khidmat pembayaran kepada  perniagaan bersaiz kecil dan sederhana (SME) di El Salvador

ATLANTA dan SAN SALVADOR, El Salvador, 2 Disember 2020 /PRNewswire/ -- PaySett Corporation sebuah syarikat penyedia global bagi penyelesaian e-Pembayaran dan Credicomer hari ini mengumumkan permulaan pelaksanaan platform RTP baharu berdasarkan standard ISO 20022 yang akan menjadi sebahagian daripada rangkaian pembayaran UNI RTP di El Salvador.

 

 

SME merupakan penggalak ekonomi yang utama di El Salvador. Lebih 90% daripada perniagaan di negara tersebut merupakan SME dan sektor ini menyediakan lebih 60% daripada keseluruhan peluang pekerjaan. Bagi SME, kepantasan pembayaran adalah kritikal berikutan cabaran yang mereka hadapi dalam membuat ramalan tunai untuk menjamin kecairan yang baik bagi kelancaran operasi perniagaan mereka.  Keupayaan menerima pembayaran dalam tempoh 24 jam serta pada hari cuti memudahkan kawalan inventori yang lebih baik dan mengurangkan keperluan terhadap pinjaman jangka pendek dengan faedah yang tinggi bagi menyokong operasi mereka. Selain itu, SME perlu membuat pembayaran kepada pekerja dan pembekal pada masa yang tepat. Jesus Garcia, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan PaySett menerangkan "Fleksibiliti platform PayExpedite® kami akan membolehkan Credicomer memperluas perkhidmatan pembayaran mereka kepada SME melalui pelbagai saluran/peranti. Kerjasama SME dengan Credicomer akan membolehkan pemprosesan akaun belum terima yang cekap, seterusnya menggalakkan penggunaan modal kewangan yang lebih berkesan.  Kami melihat potensi yang hebat dalam perkongsian baharu dengan Credicomer untuk membantu SME dengan The Way Money Moves®".

"Sejak Credicomer tampil, fokus utamanya adalah untuk memperkasa segmen perniagaan dengan kaedah teknologi yang inovatif bagi membantu organisasi meningkatkan operasi mereka, seterusnya membolehkan segmen tersebut memenuhi keperluan pasaran. Bagi kami, sokongan pembekal yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pembayaran masa nyata adalah penting supaya kami dapat menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dalam platform serta saluran digital yang berlainan untuk pelanggan kami yang membolehkan mereka menjalankan pemindahan antara bank, mengkredit akaun mereka dan akaun pihak ketiga dengan cekap dan selamat," ujar Roger Avilez, Pengarah Urusan Credicomer.

Untuk mengetahui cara PaySett dapat membantu organisasi anda meningkatkan operasi pembayaran, sila hubungi kami di info@paysett.com

Tentang PaySett Corporation 

PaySett Corporation yang berpangkalan di Atlanta, Georgia merupakan penyedia penyelesaian perisian pembayaran global. PaySett menyediakan produk/perkhidmatan untuk membantu entiti kewangan global menguruskan aliran wang dengan cekap di seluruh organisasi serta untuk pelanggan mereka. Pengalaman PaySett selama dua dekad dalam menggerakkan pembayaran melalui rangkaian pembayaran tempatan dan antarabangsa telah membolehkan pembangunan perisian yang canggih untuk membantu sektor perbankan global dengan keupayaan untuk mengukuhkan lagi kapasiti pemprosesan rangkaian pembayaran global mereka.  Lima belas daripada dua puluh bank ternama di dunia memproses pembayaran menggunakan perisian PaySett.

Hubungan PR:
David Pulido
+ 1 (404) 812-5367
dpulido@paysett.com
www.paysett.com   

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364773/the_way_money_moves_transparent_for_documents_and_online_logo_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: PaySett Corporation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Hispanic-oriented news New products/services