omniture

Lucid Motors Menyiapkan Pembinaan Kilang Kenderaan Elektrik Pertama di Tapak Hijau di Amerika Utara; Proses Mula Tugas Sedang Berjalan untuk Pengeluaran Awal Lucid Air pada Musim Bunga 2021

Lucid Motors
2020-12-03 12:02

Kilang Lucid AMP-1 yang canggih di Casa Grande, Arizona, akan mempunyai kapasiti permulaan sebanyak 30,000 unit, dengan fasa pengembangan masa depan yang siap sedia untuk ditingkatkan kepada 400,000 unit

NEWARK, California, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Lucid Motors, yang menetapkan standard baharu untuk mobiliti lestari dengan EV mewahnya yang maju, hari ini mengumumkan penyelesaian fasa pertama pembinaan Kilang Lucid AMP-1 (Advanced Manufacturing Plant) yang baharu di Casa Grande, AZ, dengan memulakan tugas peralatan serta proses pengeluaran yang dijalankan sebelum bermulanya pengeluaran Lucid Air pada Musim Bunga 2021. Sebagai kilang kenderaan elektrik khusus di tapak hijau yang pertama dibina di Amerika Utara, AMP-1 Lucid yang inovatif direka dengan fokus untuk persediaan masa hadapan yang membolehkan fasa pengembangan tambahan di tapak, dengan fasa seterusnya yang dijangka akan bermula pada awal 2021, membolehkan pengeluaran SUV pertama jenama tersebut di bawah nama Project Gravity pada tahun 2023.

Lucid Motors broke ground on the first greenfield, dedicated electric vehicle factory built in North America less than a year ago, with the innovative AMP-1 factory now standing ready to start production of the next-generation EV, Lucid Air, in just a few months.
Lucid Motors broke ground on the first greenfield, dedicated electric vehicle factory built in North America less than a year ago, with the innovative AMP-1 factory now standing ready to start production of the next-generation EV, Lucid Air, in just a few months.

"Kami memulakan tapak Lucid AMP-1 seluas 590 ekar di Casa Grande, Arizona, pada 2 Disember 2019 dan kurang dari setahun kemudian, kami telah menyiapkan kilang EV pertama yang dibina khas di Amerika Utara," kata Peter Rawlinson , CEO dan CTO, Lucid Motors. "Usaha dan ketangkasan yang ditunjukkan oleh pasukan ini sungguh menakjubkan, memandangkan kami sudah memulakan penggunaan peralatan yang sesuai dengan sistem pembuatan Lucid untuk memulakan pengeluaran EV generasi seterusnya, Lucid Air, dalam masa beberapa bulan."

Sebagai sebahagian daripada permulaan kerja-kerja pengeluaran di kilang, yang menguji proses pengeluaran inovatif dan peralatan canggih Lucid, syarikat tersebut telah membina armada ujian prototaip beta yang lengkap dan kini beralih ke pembinaan siri akhir model yang mewakili versi keluaran Lucid Air. Sistem pembuatan Lucid merangkumi proses yang canggih seperti struktur badan kerangka tunggal yang bercantum dari inspirasi pesawat untuk menggantikan kimpalan spot, yang memberikan Lucid Air kecekapan struktur yang canggih. Kereta yang dibuat berasaskan tempahan pelanggan ini akan mula dikeluarkan dari kilang di Arizona pada Musim Bunga 2021, dengan kapasiti permulaan maksimum sebanyak 30,000 unit setahun untuk dibekalkan ke pasaran global, yang dimulakan dengan Amerika Utara. Ini akan dimulai dengan Lucid Air Dream Editions, disusuli dengan segera oleh model Grand Touring dan Touring. Lucid Air Pure akan menyertai keluaran pada awal tahun 2022, tersedia dengan harga permulaan bernilai $69,900[1].

Tapak Arizona dipilih atas beberapa sebab - termasuk infrastruktur, bakat, lokasi geografi dan rantaian bekalan automotif sedia ada - namun ia juga menawarkan ruang untuk jejak yang besar dan pengembangan terancang, kerana lapangan utama kilang direka dengan mengambil kira faktor ini. Ini termasuk sebuah kedai cat berasaskan air yang canggih yang direka agar berdaya tahan pada masa akan datang dengan jejak yang bersesuaian serta infrastruktur khusus agar ia dapat dikembangkan untuk memenuhi keperluan kilang pada fasa akan datang. Sebanyak empat fasa dirancang hingga tahun 2028, dengan mengambil kira keluasan kilang pada masa ini daripada 999.000 kaki persegi hingga 5.1 juta kaki persegi. Dalam binaan fasa terakhirnya, kapasiti pembuatan AMP-1 akan mencecah 400,000 unit setahun.

"Dalam membina kilang ini, kami mematuhi beberapa falsafah pembuatan penting, termasuk prinsip 'Future Ready' dan 'On Time,' yang telah membolehkan kami menguruskan pelaburan dengan cekap dan membina sebuah kilang baharu yang bermula daripada asas," kata Peter Hochholdinger, Naib Presiden Pembuatan, Lucid Motors. "Sambil kami menambah platform dan kenderaan baharu ke dalam pengeluaran kami, perancangan yang dibuat terhadap kemudahan ini akan memastikan bahawa kami berupaya untuk terus memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik kami yang canggih."

Tentang Lucid Motors
Misi Lucid adalah untuk memberi inspirasi kepada penerapan pengangkutan lestari dengan pembuatan kenderaan elektrik paling menawan, berpaksikan pengalaman manusia. Rangkaian model pertama syarikat tersebut, Lucid Air, ialah sedan mewah lagi canggih dengan ilham reka bentuk California yang disokong oleh teknologi berasaskan bukti perlumbaan. Menampilkan ruang dalaman yang mewah dengan ciri-ciri luaran bersaiz pertengahan, model-model tertentu Air dijangka mampu menjangkau lingkungan jarak anggaran EPA lebih daripada 500 batu dan 0-60 batu sejam dalam waktu kurang daripada 2.5 saat.

Hubungan Media 
Andrew Hussey 
David Buchko 
media@lucidmotors.com 

[1] Selepas kredit cukai Persekutuan AS sebanyak $7,500

Lucid is already building a final series of production-representative Lucid Air at its factory, leveraging advanced processes such as an aircraft-inspired riveted and bonded monocoque body structure to endow Lucid Air with state-of-the-art structural efficiency. Customer-ordered production cars will start coming off the Arizona line in Spring 2021, with an initial capacity of up to 30,000 units annually growing to 400,000 units in 2028.
Lucid is already building a final series of production-representative Lucid Air at its factory, leveraging advanced processes such as an aircraft-inspired riveted and bonded monocoque body structure to endow Lucid Air with state-of-the-art structural efficiency. Customer-ordered production cars will start coming off the Arizona line in Spring 2021, with an initial capacity of up to 30,000 units annually growing to 400,000 units in 2028.

 

Lucid's AMP-01 was thoughtfully designed to be future-proof, while a large site was selected for planned expansions and key areas of the factory were intentionally designed with this in mind. A total of four expansion phases are planned through 2028, taking production capacity up to 400,000 units annually.
Lucid's AMP-01 was thoughtfully designed to be future-proof, while a large site was selected for planned expansions and key areas of the factory were intentionally designed with this in mind. A total of four expansion phases are planned through 2028, taking production capacity up to 400,000 units annually.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1345439/lucid_motors_casa_grande.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1345440/lucid_motors_interior.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1345438/lucid_motors_before_and_after.jpg?p=medium600

 

 

Source: Lucid Motors
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion