omniture

TAICCA dan Golden Horse FPP Series Perkenal Cadangan Bawa Harapan kepada Pelabur Antarabangsa

Taiwan Creative Content Agency
2020-12-03 21:41 272

TAIPEI, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Taiwan Creative Content Agency (TAICCA) menganjurkan sebuah acara pic jualan (pitching) peringkat antarabangsa untuk siri yang dipilih dalam Golden Horse Film Project Promotion (FPP) pada 19 November kepada bakal pembeli tempatan dan antarabangsa. Dalam kolaborasi pertama antara TAICCA dan Golden Horse FPP Series, 11 pasukan di Taiwan dipilih untuk membentangkan idea mereka di Taiwan Creative Content Fest (TCCF) oleh TAICCA demi peluang penerbitan bersama antarabangsa.

TAICCA dan Golden Horse FPP Series Perkenal Cadangan Bawa Harapan kepada Pelabur Antarabangsa
TAICCA dan Golden Horse FPP Series Perkenal Cadangan Bawa Harapan kepada Pelabur Antarabangsa

 

TAICCA dan Golden Horse FPP Series Perkenal Cadangan Bawa Harapan kepada Pelabur Antarabangsa
TAICCA dan Golden Horse FPP Series Perkenal Cadangan Bawa Harapan kepada Pelabur Antarabangsa

 

TAICCA dan Golden Horse FPP Series Perkenal Cadangan Bawa Harapan kepada Pelabur Antarabangsa
TAICCA dan Golden Horse FPP Series Perkenal Cadangan Bawa Harapan kepada Pelabur Antarabangsa

Di sidang akhbar pada 10 November, TAICCA mengumumkan program pelaburan 'Peringkat Akhir' ('Last Stage'). Menerusi tawaran penerbitan dan pengedaran antarabangsa, karya asli di Taiwan layak untuk menerima pelaburan sehingga US$300,000 oleh TAICCA. Bersama-sama Golden Horse FPP, TAICCA turut mengundang pembeli antarabangsa untuk turut hadir termasuk PGA, CJ ENM, Netflix, MediaCorp dan HBO Asia. Sekiranya pasukan penerbitan mencapai persetujuan dengan pembeli-pembeli ini, mereka layak untuk menyertai program pelaburan TAICCA.

Dalam ucapan perasmian oleh Presiden TAICCA CF HU, beliau menegaskan bahawa platform filem dan TV sentiasa mencari siri yang cemerlang. Dengan mengundang lebih daripada 40 pembeli dari pelbagai negara bersama Golden Horse FPP, TAICCA akan memperkenalkan siri asli dari Taiwan ke mata dunia. Ini dengan harapan agar program 'Peringkat Akhir' oleh TAICCA dapat menyokong pasukan tempatan bagi mencari pelabur antarabangsa.

Golden Horse FPP menambah Siri pada tahun ini buat julung kalinya. Cadangan oleh penerbit dan pencipta yang memenangi anugerah termasuk Wei-Hao CHENG, Lyra FU, Fish WANG; Golden Bell Winner Chun-Yang LIN, Wei-Ling CHEN, Tien-Yu FU, Luo-Ying WU, Ray JIANG, Ying-Ting TSENG, Jie ZHAN, dipilih.

Semasa berlangsungnya acara, HU membantu dalam pengesyoran siri ini kepada pembeli. Pasukan-pasukan yang mempunyai cadangan turut membentangkan cerita-cerita mereka dalam pelbagai format. Selain daripada pembentangan, beberapa pasukan merujuk model berasaskan kertas, treler dan juga graf. Melalui platform video, audio atau platform berasaskan teks, pembeli dalam talian mengemukakan segala jenis soalan mengenai belanjawan, skala, negara-negara penerbitan bersama, jadual, genre, jalan cerita dan watak. Mereka turut menawarkan saranan mengenai cara untuk memperbaiki usul ini.

Selepas acara tersebut, beberapa pasukan yang mengemukakan cadangan berkata mereka gementar apabila melihat lebih ramai pembeli dari pelosok dunia yang berbeza daripada yang dijangkakan. Tidak seperti berbincang dengan pembeli individu semasa Golden Horse FPP, ia merupakan satu peluang luar biasa untuk membuat pembentangan di hadapan sekumpulan bakal pelabur. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TAICCA atas peluang ini, agar kami dapat lebih memahami mengenai jangkaan daripada platform antarabangsa, untuk menyesuaikan diri dan mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk peluang penerbitan bersama antarabangsa."

Source: Taiwan Creative Content Agency
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Film & Motion Picture Television Financing agreements Trade show news Venture Capital