omniture

Forbes Travel Guide dan Sharecare mengeluarkan pengesahan keselamatan kesihatan sedunia kepada hotel dan resort di 12 buah negara

Sharecare
2020-12-03 22:46 3

"Meterai kelulusan" keselamatan kesihatan mengenal pasti hartanah yang telah mencapai tahap pengesahan, mewujudkan keyakinan terhadap tetamu dan perancang perjalanan 

ATLANTA, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Forbes Travel Guide ("FTG"), badan berkuasa keselamatan global tentang perkhidmatan Lima Bintang sebenar dan Sharecare, syarikat kesihatan digital yang membantu orang ramai menguruskan semua kesihatan mereka dalam satu tempat, mengumumkan hotel pertama di dunia yang berjaya menjadi Sharecare Health Security VERIFIED® bersama-sama Forbes Travel Guide. Merentasi 12 buah negara, hartanah VERIFIED® yang sulung merangkumi:

 

Sharecare_HealthSecurity
Sharecare_HealthSecurity

 

Penyelesaian perisian sebagai perkhidmatan (SAAS) Sharecare mewujudkan garis dasar global untuk keselamatan kesihatan, memerlukan hotel untuk mengesahkan protokol kesihatan mereka yang berterusan merentasi lebih daripada 360 standard pengesahan pakar. Menggunakan chatbot AI mesra mudah alih, papan pemuka pengesahan memperincikan status keselamatan kesihatan hartanah dalam masa nyata merentasi protokol kesihatan dan kebersihan, produk dan prosedur pembersihan, pengalihan udara, penjarakan fizikal, pengalaman tetamu dan komunikasi keselamatan kesihatan dengan tetamu dan pekerja.

Menekankan keperluan kritikal untuk mewujudkan keyakinan dengan tetamu dan perancang perjalanan di zaman COVID-19 dan seterusnya, pengesahan keselamatan kesihatan Sharecare datang dengan "meterai kelulusan" – Sharecare Health Security VERIFIED® dengan lencana Forbes Travel Guide – untuk hotel memaparkannya di tapak web dan di hotel mereka.

Berita ini muncul sejurus selepas Internova Travel Group memilih Sharecare dan Forbes Travel Guide untuk mengesahkan prosedur dan protokol pada lebih daripada 50,000 buah hotel yang ditempah melalui sistemnya, yang mana Internova menjangkakan setiap satunya akan menjadi Sharecare Health Security VERIFIED® dengan Forbes Travel Guide menjelang akhir S1 tahun 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang memulihkan keyakinan tetamu melalui pengesahan keselamatan kesihatan Sharecare, sila lawati: www.forbestravelguide.com/health. Untuk mengakses senarai penuh hotel VERIFIED® yang sulung, imej dan sebut harga daripada peneraju yang mementingkan hospitaliti, sila lawati bilik akhbar Sharecare.

Tentang Forbes Travel Guide
Forbes Travel Guide ialah satu-satunya sistem penarafan global yang bebas untuk hotel, restoran dan spa mewah. Bermula sebagai Mobil Travel Guide pada 1958, syarikat tersebut mewujudkan sistem penarafan Lima Bintang yang pertama di Amerika Syarikat. Hari ini, inspektor inkognito Forbes Travel Guide mengembara ke seluruh dunia, menilai hartanah berdasarkan sehingga 900 standard objektif yang ketat. Forbes Travel Guide juga menyokong industri hospitaliti dan perniagaan lain yang berorientasikan perkhidmatan seperti kediaman mewah, penjagaan kesihatan dan kelab persendirian dengan penyelesaian latihan yang ditempah, perkhidmatan penilaian dan penciptaan standard perkhidmatan tersuai. Untuk maklumat lanjut, sila lawati partner.forbestravelguide.com.  

Tentang Sharecare
Sharecare ialah syarikat kesihatan digital terkemuka yang membantu orang ramai – tanpa mengira tempat mereka berada dalam perjalanan kesihatan mereka – menyatukan dan menguruskan semua kesihatan mereka pada satu tempat. Platform kesihatan maya kami yang komprehensif dan pacuan data direka untuk membantu orang ramai, penyedia, pekerja, perancang kesihatan, organisasi kerajaan dan komuniti mengoptimumkan kesejahteraan individu serta seluruh populasi dengan memacu perubahan tingkah laku yang positif. Dipacu oleh falsafah kami bahawa kita semua menjadi lebih baik apabila bersama-sama, di Sharecare, kami komited untuk menyokong setiap individu melalui pandangan kesihatan peribadi mereka dan melakukan penjagaan berkualiti tinggi yang lebih mudah diakses dan lebih mampu milik untuk semua orang. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.sharecare.com.  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1357323/sharecare_healthsecurity.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1357491/Sharecare_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Sharecare
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Hotels and Resorts Travel