omniture

Kerjasama Etihad Airways dengan PressReader: Meningkatkan pengalaman penumpang dengan surat khabar dan majalah digital

PressReader Inc.
2020-12-04 06:03 3

VANCOUVER, BC, 4 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Etihad Airways, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu telah bekerjasama dengan PressReader, sebuah platform surat khabar dan majalah digital premium dunia yang boleh dibaca tanpa had. Kerjasama baharu ini membawa kandungan global kepada penumpang antarabangsa Etihad, ke mana sahaja mereka terbang di seluruh dunia. Akses akan dibuka kepada tetamu 30 jam sebelum waktu penerbangan, memaparkan lebih 7,000 kandungan surat khabar dan majalah dari 120 buah negara dalam lebih 60 bahasa. Melalui platform digital PressReader, penumpang juga dapat mengakses ciri yang dipertingkatkan seperti membaca luar talian, mendengar audio dan terjemahan penerbitan ke dalam 21 bahasa bagi pelancong yang ingin membaca dalam dialek pilihan mereka (termasuk bahasa Arab).

Etihad passengers now have access to over 7,000 publications through PressReader to read before, during, and long after their journey (CNW Group/PressReader Inc.)
Etihad passengers now have access to over 7,000 publications through PressReader to read before, during, and long after their journey (CNW Group/PressReader Inc.)

"Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mengurangkan penularan COVID-19, kami menghapuskan permukaan bersentuhan tinggi termasuk surat khabar dan majalah bercetak daripada perjalanan pelanggan dan meningkatkan pengalaman melalui kerjasama dengan PressReader," kata Terry Daly, Pengarah Eksekutif Pengalaman Tetamu, Jenama & Pemasaran, Etihad Aviation Group. "Untuk menggalakkan pengalaman tanpa sentuhan, kerjasama baharu ini memberi pilihan dan kemudahan kepada tetamu kami untuk memuat turun seberapa banyak penerbitan digital yang mereka inginkan, sebelum penerbangan, untuk dibaca di rumah, di seluruh ruang menunggu kami, di lapangan terbang atau semasa penerbangan mereka."

Komitmen yang besar terhadap pengalaman dan kelestarian pelanggan telah membawa Etihad kepada PressReader daripada platform digital terdahulu. Peralihan ini bermotivasi daripada keinginan Etihad untuk menawarkan pilihan terbesar dan pengalaman membaca terbaik kepada penumpang mereka sambil menuju ke arah digital secara 100%. Sejak akhir tahun 2018, syarikat penerbangan ini telah menerapkan satu strategi penting iaitu 'Memilih dengan Baik' yang menggambarkan evolusi Etihad untuk menjadi 'syarikat penerbangan pilihan.' Inspirasi itu diambil dari Bapa Pengasas Emiriah Arab Bersatu, Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan pilihannya untuk membangunkan negaranya. Dan, syarikat penerbangan ini telah membuktikan bahawa strateginya itu berkesan. Pada tahun lalu Etihad telah menerima pengiktirafan industri dengan sejumlah anugerah yang merangkumi 'Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019', 'Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia - Pengalaman Pelanggan 2019', 'Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019 dalam Hiburan Dalam Penerbangan' dan 'Perkhidmatan Cemerlang Dalam Penerbangan Terbaik Dunia 2019'.

"Kami amat teruja dapat membawakan penerbitan yang berkualiti kepada penumpang Etihad walau ke mana jua destinasi mereka. Dengan pilihan penerbitan terbesar di seluruh dunia yang boleh dipilih, kami memperibadikan pengalaman tetamu dengan kandungan yang relevan. Dengan penyelesaian kami, pilihan tersebut boleh didapati bukan hanya dalam penerbangan tetapi juga sebelum dan sesudah penerbangan melalui cara yang paling selamat. Etihad adalah terkenal dengan hiburan dalam penerbangan dan pengalaman pelanggan yang berkualiti tinggi dan kami berbesar hati untuk menghubungkan tetamu mereka dengan seleksi surat khabar dan majalah terbanyak bagi menggembirakan semua peringkat pembaca," kata Alex Kroogman, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat PressReader.

Untuk melayari katalog PressReader dan mula mencari tajuk kegemaran, para tetamu perlu memuat turun aplikasi mudah alih Etihad Airways ke peranti mereka sebelum penerbangan atau dengan mengklik pautan PressReader pada e-mel peringatan daftar masuk. Setiap isu yang dimuat turun adalah percuma untuk disimpan dan dibaca di mana-mana, pada bila-bila masa. Seleksi terbaik akhbar dan majalah popular dari katalog PressReader juga tersedia pada sistem hiburan dalam penerbangan Etihad yang memenangi anugerah. Tambahan lagi, ketika terbang dengan syarikat penerbangan rakan perkongsian kod Etihad, penumpang dapat menikmati akses yang lancar ke surat khabar dan majalah dengan Aer Lingus, JetBlue, Air Canada, atau Turkish Airlines – rakan kongsi yang sudah menawarkan akses ke katalog PressReader.

PressReader terus membantu rakan penerbangan komersialnya seperti Etihad Airways dalam menawarkan pilihan dan keselamatan dan mereka tidak bersendirian. Lebih 200 ruang menunggu dan lebih daripada sepuluh syarikat penerbangan antarabangsa telah memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik melalui kerjasama dengan PressReader. Melalui kerjasama dengan platform berita digital terbesar di dunia, syarikat penerbangan dan ruang menunggu lapangan terbang memberikan pilihan kandungan yang tiada tandingan dengan cara yang selamat kepada penumpang mereka.

Tentang  PressReader

PressReader mempunyai misi untuk memperbaiki cara orang menemui cerita yang penting bagi mereka.  Dengan pejabat di Vancouver, Dublin dan Manila, syarikat ini menyediakan platform surat khabar dan majalah terbesar yang boleh dibaca tanpa had dan membolehkan orang ramai menemui kandungan yang relevan dan dipercayai dari mana-mana tempat di seluruh dunia.  Temui penerbitan seperti The Wall Street Journal, The Washington Post, Los Angeles Times, The Globe and Mail, The Guardian, Newsweek, Forbes, Le Figaro, dan Vanity Fair dan banyak lagi. 

Dengan menggunakan telefon, tablet atau komputer mereka, pembaca boleh melayari kandungan dalam talian atau memuat turun keseluruhan isu menggunakan aplikasi PressReader. Mereka boleh melanggan akses tanpa had atau mendapat pengalaman penuh yang ditaja oleh salah satu daripada rakan kongsi jenama - perniagaan yang memanfaatkan platform kandungan premium untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka - jenama sebutan ramai seperti British Airways, Turkish Airlines, Cathay Pacific, Air Canada, Marriott, Hotel Fairmont, Seabourn Cruise Lines, Universiti Princeton dan Perpustakaan Awam New York.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1346312/pressreader_inc__etihad_airways_partners_with_pressreader__heigh.jpg?p=medium600

 

 

Source: PressReader Inc.
Keywords: Airlines/Aviation Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Travel Joint ventures