omniture

PR Newswire Menerbitkan Kit Media Teknologi 2020

Sumber ini membolehkan para profesional PR menyesuaikan cara mereka berhubung dengan wartawan dan pempengaruh teknologi dalam dunia COVID-19.
PR Newswire
2020-12-04 17:16 275

HONG KONG, 4 Disember 2020 /PRNewswire/ -- PR Newswire hari ini telah melancarkan Kit Media Teknologi 2020 -- menawarkan nasihat kepada jenama-jenama tentang cara untuk berurusan dengan wartawan teknologi dalam masa norma baharu ini. Nasihat ini dikumpul daripada wartawan dan pempengaruh teknologi di 9 pasaran di rantau Asia Pasifik dari bulan Ogos hingga September 2020.

Kit Pelancaran Media Teknologi 2020 PR Newswire
Kit Pelancaran Media Teknologi 2020 PR Newswire

 

Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan penggunaan digital dalam perniagaan dengan penggunaan teknologi yang lazim, dari perkhidmatan berasaskan awan, platform kolaboratif hinggalah penyelesaian keselamatan siber. Semasa teknologi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), rangkaian 5G dan Kecerdasan Buatan (AI) terus mentransformasikan industri, lebih banyak peluang akan menimbul bagi jenama-jenama untuk berkongsi cerita teknologi dengan media.

Kit Media Teknologi 2020 menekankan trend, acara dan topik utama dalam industri untuk melengkapkan profesional PR dengan tips pengurusan yang terkini dan berkesan.

Muat turun kit media di sini atau mulakan dengan ringkasan di bawah.

1.Telefon pintar, 5G dan IoT tetap kekal sebagai minat utama

Kit Media Teknologi 2020 mendedahkan bahawa separuh daripada wartawan dan pempengaruh yang menyertai tinjauan ini mengatakan bahawa mereka paling berminat dengan topik hangat berkenaan telefon pintar baharu, 5G dan IoT. Sementara yang lain pula memerhati dengan teliti topik seperti kenderaan elektrik dan prestasi perniagaan syarikat teknologi.

"Saya sentiasa menantikan lebih banyak kandungan mengenai teknologi sempadan -- 5G, Internet Pelbagai Benda (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin, Realiti Maya, Realiti Terimbuh, Pengkomputeran Kuantum, dan lain-lain -- dan perkara-perkara yang berada di sempadan dari apa yang IT dapat lakukan," kata Rahul Joshi, Ketua Kandungan di Jicara Media.

"Pameran teknologi dan automotif berskala besar akan menjadi tumpuan kami. Saya berminat dengan teknologi canggih yang melibatkan kenderaan elektrik dan kenderaan yang dikuasakan oleh sumber tenaga alternatif," kata Xiang Ou, Timbalan Ketua Pengarang di TMTPost.

2.Wartawan teknologi meramalkan trend teknologi berkaitan pandemik akan muncul pada tahun 2021

Wartawan teknologi meramalkan bahawa sebahagian besar teknologi yang diperkenalkan pada tahun depan akan berkaitan dengan norma baru. Teknologi ini akan disasarkan untuk membantu orang ramai menyesuaikan diri bekerja dari rumah dan memberikan perlindungan terhadap virus.

"Trend teknologi pengguna yang menyokong aktiviti pekerjaan, pembelajaran dan penghiburan di rumah akan menarik perhatian. Contohnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang mempunyai jangka hayat bateri yang panjang dan kamera yang sesuai untuk mesyuarat dalam talian. Trend lain ialah teknologi pintar yang berkaitan dengan kesihatan seperti lampu ultraviolet-c (UV-C) mudah alih yang melindungi daripada virus dan syarikat permulaan kesihatan di bidang seperti teleperubatan," kata Fitraya Ramadhanny, Pengurus Editor Detikinet, bahagian teknologi Detik.com.

3.Format yang berbeza diperlukan untuk acara maya

Oleh kerana acara maya dijangka berterusan, wartawan teknologi memberitahu PR Newswire bahawa kesilapan terbesar yang dibuat oleh jenama-jenama adalah meniru format sidang media tradisional dalam talian. Acara digital seharusnya lebih ringkas, menarik dan interaktif.

"Acara digital seharusnya lebih ringkas. Kehadiran di pentas dan penglibatan penonton tidak dapat dilaksanakan melalui panggilan Zoom. Set penyampaian tradisional cenderung dipenuhi dengan maklumat sekunder atau pengulangan sejarah dan pencapaian jenama. Terus kepada perkara utama - jemputkan media anda ke dalam ruang siaran di mana mereka boleh sedia berhubung dengan jurucakap yang relevan jika diperlukan, atau terus mengakses bahan-bahan akhbar," jelas Zachary Chan, Editor di HWM Singapore & HardwareZone.com.

4.Faktor kehilangan minat terbesar untuk wartawan teknologi: Ledakan e-mel, panggilan berulang dan e-mel mengenai topik yang sama

Selain nasihat pengurusan dengan media, Kit Media Teknologi 2020 juga mendedahkan tindakan yang akan menghalang wartawan untuk membuat liputan cerita. E-mel yang tidak relevan dan tidak disasarkan adalah satu kaedah yang tidak berkesan untuk berkomunikasi dengan wartawan serta panggilan dan e-mel berulang mengenai topik yang sama juga tidak digalakkan. Siaran akhbar yang disesuaikan dengan elemen multimedia akan meningkatkan peluang liputan media.

"Ramai agensi PR menghantar siaran akhbar untuk pelanggan yang sama hampir setiap hari, perkara ini amat mengecewakan. Siaran akhbar pelanggan anda bukan memo, jadi pilih dengan teliti siaran akhbar mana yang anda ingin hantar kepada media," kata Purjono Agus Suhendro, Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Editor di TechnoBusiness Media.

"Kebanyakan rakan wartawan saya tidak suka menerima siaran akhbar dalam format PDF kerana ia sukar untuk diakses. Kami lebih suka maklumat siaran akhbar disertakan sebagai teks isi dalam e-mel. E-mel boleh merangkumi lampiran seperti helaian fakta dan foto beresolusi tinggi. Jangan keluarkan berbilang siaran akhbar berdasarkan produk yang sama hanya untuk memenuhi permintaan pelanggan anda," kata Bambang Dwi Atmoko, Ketua Editor Gizmologi.

Untuk nasihat dan pandangan yang lebih mendalam mengenai industri teknologi, muat turun Kit Media Teknologi 2020 di sini .

Tentang PR Newswire

PR Newswire, syarikat Cision Ltd., merupakan sebuah pembekal global terkemuka bagi pengedaran berita dan perisian serta perkhidmatan media yang diperoleh. Bersama dengan rangkaian produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan para pemasar, jurucakap korporat, dan pegawai hubungan pelabur mengenal pasti pempengaruh utama, menarik khalayak sasaran, menghasilkan dan mengedarkan kandungan strategik, serta mengukur kesan yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran dan budaya terbesar di dunia dengan alat dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasakan kisah organisasi di seluruh dunia. PR Newswire memberikan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat di rantau Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.

 

Source: PR Newswire
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services Data Analytics