omniture

Erickson Mengumumkan Proses Akhir Pensijilan FAA komposit Bilah Rotor Utama pada S-64F dan CH-54B

Erickson Incorporated
2020-12-06 00:41

Daripada Legasi ke Legenda

PORTLAND, Oregon, 5 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Erickson Incorporated, peneraju dunia dalam operasi, penyelenggaraan dan pembuatan pesawat utiliti, mengumumkan proses akhir pensijilan FAA untuk komposit bilah rotor utama pada S-64F dan CH-54B.

Terdahulu pada tahun ini, Erickson mengumumkan kelulusan FAA untuk model S-54E. Pengumuman terkini ini mengesahkan proses akhir pensijilan S-64F dan CH-54B, sekaligus mengukuhkan pensijilan FAA untuk keseluruhan armada model E & F S-64 Air Crane®, serta model A & B CH-54 Skycrane. Reka bentuk canggih bilah tersebut memberikan manfaat prestasi yang penting, terutama apabila berada pada kedudukan yang tinggi dan panas.

Pensijilan tersebut memberikan manfaat yang penting, seperti:

  • Peningkatan prestasi
  • Penjimatan bahan api
  • Pengurangan getaran, bermaksud pengurangan kehausan dan kerosakan keseluruhan pesawat.
  • Keupayaan pertukaran antara bilah dengan model E/A

"Ia agak sukar, namun ia sungguh memuaskan apabila melihat projek ini melalui proses penyelesaian akhir. Terdapat banyak kesukaran yang ditempuhi di sebalik pembuatan bilah-bilah tersebut." – Billy Johnson, Ketua Jurutera Erickson Incorporated

Tentang Erickson

Erickson ialah sebuah penyedia global perkhidmatan penerbangan yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan negara dan pertahanan, pembuatan, Pemulihan Penyelenggaran dan Baik Pulih (MRO) serta perkhidmatan Sivil. Pembuatan Erickson dan perkhidmatan MRO merangkumi pembuatan helikopter S-64 Air Crane® sebagai pembuat asal peralatan (OEM) serta pembuatan bahagian-bahagian penting aeroangkasa untuk aeroangkasa OEM. Perkhidmatan komersial udara ini termasuk operasi 20 buah helikopter S-64 Air Crane®yang dimiliki dan dijalankan oleh Erickson untuk berfungsi sebagai pemadam api, pembina talian kuasa, penebang kayu balak, HVAC dan pengangkat berat yang khusus untuk petroleum dan gas. Diasaskan pada tahun 1971, Erickson beribu pejabat di Portland, Oregon, USA dan mengekalkan operasi di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia Pasifik dan Australia.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan kami, sila layari ericksoninc.com

We Are Erickson. Tested and Trusted®.

 

Source: Erickson Incorporated
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel Awards