![]() |
· The Royal Mint melancarkan satu siri syiling kenang-kenangan baharu sebagai tanda penghormatan terhadap legenda muzik, David Bowie.
· Inilah kali pertama syiling UK menjelajah ke ruang angkasa dan memberi tanda penghormatan terhadap lagu-lagi hit David Bowie yang diilhami oleh elemen angkasa termasuk Starman, Life on Mars? dan Space Oddity
LONDON, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- The Royal Mint, Pembuat Asal syiling UK, hari ini melancarkan syiling kenang-kenangan sempena meraikan kerjaya salah seorang daripada ikon muzik Britain yang paling lama bertahan – David Bowie.
Inilah kali pertama syiling UK dilancarkan ke angkasa dan meraikan legasi antara galaksi David Bowie serta lagu-lagu hitnya termasuk Starman, Life on Mars? dan Space Oddity. Syiling tersebut mencecah jarak 35,656 m dan mengorbit atmosfera Bumi selama 45 minit sebelum kembali semula ke Britain.
Syiling kenang-kenangan David Bowie ini adalah yang ketiga dalam koleksi 'Legenda Muzik' The Royal Mint dan ia menyusuli syiling penghormatan terhadap Queen dan Elton John. Syiling terbaharu ini meraikan kameleon legenda rock tersebut dengan reka bentuk yang diilhami imej David Bowie ketika beliau menghabiskan masa dengan kehidupannya dan membuat rakaman di Berlin. Reka bentuk syiling tersebut termasuk motif pancaran yang ikonik daripada Aladdin Sane dan gambaran perjalanan kerjaya Bowie.
Menggunakan inovasi teknologi dan teknik pembuatan terkini, pancaran yang ditampilkan dalam beberapa edisi khas syiling tersebut muncul dengan hiasan debu berkilauan untuk menampilkan kesan gemerlapan - meningkatkan lagi perincian syiling tersebut yang menakjubkan.
Clare Maclennan, Pengarah Bahagian Syiling Kenang-kenangan The Royal Mint berkata, "Kami teruja untuk melancarkan syiling ketiga dalam siri 'Legenda Muzik' The Royal Mint, sebagai tanda penghormatan terhadap legasi antara galaksi dan kerjaya David Bowie. Sempena pengiktirafan single pertama Bowie yang terkenal 'Space Oddity', kami rasakan adalah amat sesuai untuk menghantar syiling ini ke angkasa dan meraikan Starman tersebut dalam fesyen yang dipelopori beliau. Muzik David Bowie telah memberi inspirasi dan mempengaruhi beberapa generasi pemuzik dan kami berharap syiling kenang-kenangan ini akan diingati oleh para peminat di seluruh dunia."
Dilahirkan di Brixton, Selatan London pada tahun 1947, Bowie memulakan hidupnya sebagai David Robert Jones. Apabila mencecah usia 19 tahun, beliau menggunakan namanya yang ikonik dan memulakan kerjaya dalam muzik pop. Lima hari sebelum pelancaran Apollo 11 pada bulan Julai 1969, 'Space Oddity' telah dilancarkan di United Kingdom. Single tersebut menduduki tempat kelima dalam carta, menjadikan ia kejayaan pertama Bowie sebagai penulis dan penghibur. Pengaruh David Bowie boleh dilihat dan didengari di mana-mana sahaja dan beliau terus memberi inspirasi kepada beratus-ratus juta pemuzik di seluruh dunia.
Tersedia sebagai edisi terhad, edisi logam Terperinci bernilai dan edisi standard Brilliant Uncirculated, syiling Brilliant Uncirculated juga tersedia dalam tiga penutup gelangsar berlainan yang eksklusif bagi The Royal Mint - penghormatan yang sesuai buat kerjaya salah seorang ikon muzik British yang paling lama bertahan. Lihat koleksi penuh di laman web The Royal Mint www.royalmint.com/DavidBowie
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1357913/the_royal_mint_david_bowie.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1358049/The_Royal_Mint_Logo.jpg?p=medium600