omniture

Enklaf Vila YOO yang Pertama dan Satu-satunya Sedia Untuk Didiami di India, Kini Hanya 40 Minit Penerbangan Dengan Helikopter dari Mumbai

Panchshil Realty
2020-12-07 13:06 3557

- FlyBlade India baru-baru ini melancarkan perkhidmatan helikopter antara Mumbai &  Helipad Vila YOO 

PUNE, India, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Jarak Vila YOO di Pune kini lebih hampir kepada ibu kota kewangan India, Mumbai, hasil pelancaran perkhidmatan helikopter setiap hari oleh FlyBlade India antara Helipad Vila YOO di Pune dan Mumbai.

Revel in Opulent Villas Created For the Designer In YOO
Revel in Opulent Villas Created For the Designer In YOO

Walaupun sebahagian besar pemilik  Vila YOO berasal dari Pune, penduduk Mumbai kini dapat memiliki sebuah vila peribadi yang berdekatan dengan kediaman mereka di Mumbai melalui perhubungan udara iaitu perkhidmatan helikopter yang baharu dilancarkan tersebut.

Vila YOO ialah enklaf vila berjenama YOO yang pertama dan satu-satunya di India dan juga merupakan projek Vila YOO pertama di dunia yang dihias oleh Kelly Hoppen iaitu seorang pereka hiasan dalaman yang terkenal.

Kelly Hoppen telah lama menjadi pereka hiasan dalaman yang menjadi pilihan orang-orang kenamaan Britain dan telah menghias kediaman selebriti seperti Gwyneth Paltrow, Elton John, Madonna, David & Victoria Beckham serta ahli keluarga diraja Britain.

Vila YOO telah dibawa ke India oleh Panchshil Realty, iaitu pelopor kepada tempat kediaman berjenama.

Terletak berdekatan dengan koridor IT Kharadi yang sibuk di timur Pune, Vila YOO merupakan suatu enklaf berpagar bertaraf lima bintang dan menampilkan vila-vila dengan seni pertukangan yang anggun serta siling tinggi yang direka dengan gabungan kesenian timur dan barat.

Vila-vila ini mempunyai tiga pilihan saiz yang berbeza dan setiap vila yang luas ini menggambarkan keselesaan ruang moden dengan perincian yang menampilkan suasana serba mewah yang elegan.

Menawarkan pilihan gaya dalaman yang menakjubkan - Sea Breeze dan Vintage Accents, Vila YOO yang canggih memiliki segala keselesaan moden dan kemewahan sempurna. 

Pereka hiasan dalaman terkenal dunia Kelly Hoppen mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dan menerajui industri reka bentuk. Beliau juga merupakan pengarang kepada sembilan buah buku dan personaliti TV yang muncul sebagai pelabur dalam program Dragon's Den BBC TV, di antara beberapa program lain. Beliau telah menerima pelbagai anugerah reka bentuk dan dianugerahi MBE pada tahun 2009.

Pada tahun ini, beliau merupakan sebahagian daripada senarai penerima anugerah sempena ulang tahun 2020 Ratu England dan Kelly telah dianugerahkan pingat CBE (Commander of the British Empire) kerana 'sumbangan luar biasa kepada UK sebagai usahawan dan pemilik perniagaan wanita atas usaha sendiri'.

Dibina untuk menawarkan pengalaman yang unik dan memupuk kehidupan yang unggul di lokasi indah tepi sungai, Vila YOO direka untuk mereka yang mempunyai citarasa gaya hidup mewah. Ia memberikan suasana ceria dan inspirasi yang sempurna serta persekitaran menenangkan yang menjadikan rumah impian anda sebagai tempat untuk anda menjalani kehidupan sepenuhnya. Untuk mendengar Kelly berbicara tentang inspirasi Vila YOO, sila klik di sini

Terletak di tengah-tengah persekitaran hijau yang subur dengan kemudahan yang terbaik, Vila YOO telah direka dan dibina untuk penghuninya hidup bersama secara harmoni dengan alam. 

  • Terdapat 'Taman Utama' yang subur menghijau dengan taman-taman lanskap, taman yang subur, sungai, ciri-ciri air, kawasan permainan serta ruang yang sunyi dan tenang
  • Jalan-jalan yang dibarisi pohon, laluan pejalan kaki yang diteduhi dengan sudur pokok, trek joging dan pejalan kaki, tempat duduk, ciri-ciri air dan flora bermusim, alunan lanskap yang subur, semua ini menyatukan anda dengan alam semula jadi. 
  • Terdapat juga rumah kelab yang luas 'The Panchshil Club' dengan keselesaan, kemudahan dan perkhidmatan yang canggih

Baru-baru ini, Fly Blade India Pvt. Ltd. telah memulakan pengendalian perkhidmatan helikopter setiap hari antara Pune dan Mumbai dari helipad Panchshil VILA YOO di Pune. Perkhidmatan helikopter ini adalah penyelesaian terbang mengikut tempat duduk di mana pengguna membayar hanya untuk jumlah tempat duduk yang diperlukan seperti yang mereka lakukan ketika terbang dengan mana-mana syarikat penerbangan komersial. Helipad Vila YOO terletak di lokasi yang sama dengan enklaf vila supaya anda benar-benar boleh mendarat di depan pintu dan berjalan kaki ke vila anda. Pada masa ini, perkhidmatan helikopter ini adalah satu-satunya pilihan perhubungan udara yang ada antara Pune & Mumbai.

Fly Blade India kini menawarkan dua perkhidmatan sehari dari helipad VILA YOO, Pune ke Mumbai dan dua perkhidmatan sehari dari Mumbai ke helipad VILA YOO. Perkhidmatan ini akan beroperasi ke Balapan Lumba Kuda Mahalaxmi di selatan Mumbai dan ke pinggir bandar Juhu. Untuk maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan helikopter termasuk jadual dan pelbagai perkhidmatan perjalanan, sila hubungi Fly Blade India di 1-800-102-5233 atau melalui e-mel customerservice@flyblade.in atau sila lawati https://flyblade.in/.

Kelebihan Kharadi 

VILA YOO terletak sangat dekat dengan Kharadi yang merupakan hab IT yang besar dan kawasan perniagaan yang sibuk dengan pelbagai syarikat IT & ITES.

  • Kharadi mempunyai ruang pejabat yang lengkap seluas 10 juta kaki persegi.
  • Baki ruang pejabat seluas 14 juta kaki persegi akan dibangunkan di Kharadi dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang.
  • Portfolio pejabat Panchshil yang lengkap di Kharadi adalah 8 juta kaki persegi dengan 8 juta kaki persegi lagi sedang dibangunkan oleh Panchshil.

Kharadi hanya sekitar 10 km dari Lapangan Terbang Pune dan kawasan-kawasan utama seperti Kalyani Nagar, Taman Koregaon, Magarpatta dan Hadapsar yang semuanya mudah dijangkau. Infrastruktur sosial Kharadi meliputi hospital, sekolah, pusat membeli-belah dan kemudahan lain yang sedang disiapkan.

Cityhub, di World Trade Center, adalah pusat sosial besar Pune akan datang yang menampilkan pelbagai kafe, restoran dan ruang istirahat, menyediakan ruang untuk bersantai pada waktu dan selepas waktu pejabat.

Untuk mengatur sesi tinjauan, sila hubungi kami di +91 8970 007 700 atau hantarkan e-mel kepada kami di sales@panchshil.com.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Vila YOO, sila klik di sini

Perniagaan Panchshil – Sorotan Utama 

  • Portfolio hartanah Panchshil Realty yang telah siap dibina adalah sekitar 23 juta kaki persegi dengan 20 juta kaki persegi lagi sedang dibangunkan.
  • Tiga teras utama perniagaan Panchshil Realty adalah Kediaman, Komersial dan Hospitaliti
  • Portfolio Komersial termasuk perniagaan Runcit dan Makanan & Minuman yang merangkumi ruang pejabat yang dibina mengikut kesesuaian, Zon Ekonomi Khas, taman IT, ruang kerja bersepadu, pusat membeli-belah & pembangunan penggunaan campuran.
  • Portfolio Hospitaliti Panchshil merangkumi sekitar 1,200 bilik dengan jenama terkemuka seperti The Ritz-Carlton, JW Marriott, Marriott Suites, Courtyard By Marriott, Oakwood dan Double Tree By Hilton.
  • Sebilangan besar portfolio pejabat Panchshil Realty dipegang oleh Blackstone Real Estate Private Equity Fund, yang ditaja dan diuruskan oleh Blackstone Group LP.

Tentang Panchshil Realty 

Ditubuhkan pada tahun 2002, Panchshil Realty adalah salah satu jenama hartanah mewah terbaik di India. Terkenal dengan kepemimpinan dan kecemerlangan dalam pembangunan hartanah, pendekatan Kumpulan difokuskan pada pembangunan terancang, mencipta aset bernilai dan membentuk pengalaman gaya hidup melalui reka bentuk dan seni bina. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.panchshil.com 

Untuk pertanyaan tentang penjualan yang berkaitan dengan Vila YOO Pune, sila hubungi +91 8970007700

Untuk mendaftarkan minat anda pada Vila YOO, sila klik di sini.

Penafian: Kandungan ini adalah untuk Vila Jenis V2 (No. 285 hingga 290) dan Vila Jenis V3 (No. 109 hingga 117 & 122 hingga 151) sahaja, yang telah disiapkan sebelum 1 Mei 2017. Kandungan ini adalah konseptual semata-mata. Gambar dan imej hanyalah untuk tujuan perwakilan sahaja. Ketinggian & visual adalah cadangan dan indikatif dan tertakluk kepada perubahan. Kawasan, harga, ketinggian dan spesifikasi dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara anda dan Panchshil Infrastructure Holdings Pvt. Ltd. adalah muktamad dan terikat. Kandungan ini bukan merupakan bentuk tawaran; pembeli adalah tertakluk kepada Terma & Syarat Perjanjian Jual Beli. Tempahan adalah tertakluk kepada pengesahan dan penerimaan Terma & Syarat.

The Panchshill Club (Vila YOO) 

Rumah kelab yang disebut dalam bahan ini adalah tidak eksklusif untuk penghuni projek. Ia adalah rumah kelab bebas yang dibangunkan oleh PIHPL. PIHPL berhak untuk memanjangkan keahlian dan kemasukan kepada bukan penghuni projek. 

The Immaculate Touch Of Opulence And Grandeur
The Immaculate Touch Of Opulence And Grandeur
Mr Sagar Chordia, Director Panchshill Reality with Kelly Hoppen CBE MBE
Mr Sagar Chordia, Director Panchshill Reality with Kelly Hoppen CBE MBE
Experience Nature Like Never Before - Central Park at YOO Villas
Experience Nature Like Never Before - Central Park at YOO Villas

 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1358777/revel_opulent_villas_yoo.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1358778/immaculate_touch_yoo.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1358780/sagar_chordia_kelly_hoppen.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1358781/central_park_yoo_villas.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1042836/Panchshil_Realty_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Panchshil Realty
Keywords: Construction/Building Real Estate Residential Real Estate New products/services