omniture

Bagaimana Teknologi Baharu Dapat Membantu Perniagaan Menyesuaikan Diri dengan Trend Perubahan untuk Memudahkan Pengguna Moden

AppGallery, Huawei
2020-12-07 22:26 1437

SHENZHEN, China, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2020, tabiat pengguna telah berubah secara mendadak; dilihat daripada penyesuaian di seluruh perniagaan dan organisasi di seluruh dunia. Semakin ramai orang yang telah bertukar kepada perkhidmatan dalam talian, maka pergantungan pada internet mudah alih semakin meningkat.

Ini terbukti dengan pertumbuhan perkhidmatan kediaman atas permintaan dalam talian, seperti penghantaran makanan, yang meningkat 25% dalam Nilai Barang Dagangan Kasar (GMV) kepada kira-kira USD195 bilion pada tahun ini sahaja. Jelas sekali, pelanggan menginginkan kemudahan sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden mereka, dengan mendapatkan penghantaran perkhidmatan ke rumah mereka tanpa perlu pergi ke kedai runcit sendiri. Menurut pemerhatian global, China mendahului perkembangan ini. China kini mempunyai pasaran terbesar dan berkembang pesat untuk Perkhidmatan Rumah Atas Permintaan dalam talian, dengan kadar jangkaan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 15% sehingga USD181 bilion pada tahun 2024.

Walaupun kita boleh mengatakan ianya adalah kerana pandemik global, kita juga perlu mempertimbangkan konteks keseluruhan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Perkara ini kadang-kadang menimbulkan masalah bagi organisasi yang berjuang untuk mendapatkan pelanggan baharu, berkat teknologi, tetapi ia juga telah membuka beberapa peluang menarik bagi mereka yang bersedia untuk meneroka dunia yang lebih digital. 

Perubahan dunia bagi industri gaya hidup

Dari penghantaran makanan hingga ke industri gaya hidup yang lebih luas, perniagaan harus menyesuaikan diri dengan perubahan ini agar tetap relevan dan berjaya dalam kehidupan pengguna. Begitu ketara, perniagaan yang berjaya dalam sektor industri dan gaya hidup menggunakan kemajuan teknologi untuk berkembang maju.

Pada tahun 2019, penghantaran makanan menyumbang sekitar 80% daripada semua pesanan makanan, namun, hanya menyumbang kira-kira 30% daripada keuntungan kasar. Penghantaran makanan menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini sehingga pada tahun 2017, AS menyaksikan 70% daripada semua penghantaran adalah berkaitan produk makanan. Sejak tahun 2017, perkhidmatan penghantaran makanan harus mengenal pasti kelemahan dan terus menyesuaikan diri untuk terus berdaya saing.

Trend pengguna yang berubah ini membentuk bagaimana organisasi dalam talian menjalankan perniagaan mereka. Ramai orang yang menggunakan telefon pintar mereka untuk mencari, memesan makanan dan produk lain, mempunyai cita rasa terhadap platform berkualiti tinggi dan tersuai seperti Meituan. Amat ketara sekali, Meituan menunjukkan bagaimana aplikasi gaya hidup dapat menyesuaikan diri dan berkembang di pasaran pengguna yang sedang bertambah maju. Superapp ini kini menjadi platform membeli-belah dan perkhidmatan gaya hidup nombor satu, dengan anggaran nilai pasaran USD250 bilion pada bulan Oktober. Platform ini berjaya kerana menunjukkan kesediaan untuk menerima perubahan digital dan menawarkan perkhidmatan yang disukai pengguna.

Perkhidmatan atas permintaan lain juga menyaksikan pertumbuhan yang kompetitif di semua sektor. Sebagai contoh, Meituan melaporkan ia memberi perkhidmatan kepada kira-kira 400 dan 60 juta pengguna, dan menyokong 6.3 juta peniaga bagi perkhidmatan seperti tempahan hotel dan penerbangan, perniagaan runcit dalam talian dan perkhidmatan baharu yang lain.

Selain menjana lebih banyak permintaan secara keseluruhannya, pengguna semakin biasa dengan teknologi baharu seperti Pembelajaran Mesin (ML) dan pembantu digital, dan kerana itulah mereka mencari platform dalam talian yang mengintegrasikan keupayaan ini.

Huawei menawarkan peluang perniagaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih lancar untuk pelanggan mereka

Dengan adanya lebih banyak kedai makanan dan platform e-dagang dalam talian yang menyahut cabaran untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran dalam talian berasaskan mudah alih untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan, persaingan dilihat semakin meningkat. Memesan makanan dan keperluan dalam talian memberi peluang kepada pengguna untuk menjimatkan masa dan tenaga, terdapat banyak pilihan yang tersedia untuk mereka dengan hanya sentuhan jari. Bantuan Huawei menyediakan teknologi yang diperlukan untuk terus berdaya saing dan relevan dalam pasaran ini. Sebagai permulaan, ia memberi pengguna akses lebih langsung ke restoran dan kedai makanan tempatan, serta berhubung dengan platform e-dagang; mereka boleh melayari pelbagai pilihan tanpa masalah.

Teknologi yang sama digunakan untuk sentiasa memberikan kemaskini dan pemberitahuan tentang makanan dan penghantaran, serta memberi pengguna peluang untuk membuat tempahan dan pemesanan langsung untuk mengunjungi restoran-restoran terdekat. Ia merangkumi sehingga membeli-belah di e-dagang dan juga penghantaran secara dalam talian. Tanpa perlu keluar dari platform, pengguna Huawei dapat memesan teksi ke restoran, menggunakan perincian pembayaran yang sama dan bahkan mengikuti panduan langsung di pintu masuk restoran untuk membantu menavigasi ke lokasi tepat. Berbanding dengan ralat kedudukan GPS tradisional sebanyak 10 meter, Huawei Assistance dapat mencapai margin kesalahan kedudukan hanya satu meter.

Peluang tidak berakhir di situ, kerana Kit ML Huawei juga dapat diintegrasikan untuk membantu mengenal pasti kupon dalam talian dengan cepat bagi mereka yang ingin memesan dari restoran kegemaran mereka. Di luar dunia penghantaran makanan dan makan di luar, Huawei Assistance juga membantu penjual produk gaya hidup yang lain untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui teknologi. Huawei Assistance bahkan boleh mengesyorkan penerbangan dan hotel kepada penggunanya, merangkumi senario perjalanan, gaya hidup, hiburan, pekerjaan dan keluarga.

Teknologi Huawei membantu perniagaan menjuarai teknologi baharu untuk berjaya

Dalam masa beberapa tahun akan datang, keperluan untuk Perkhidmatan Rumah atas permintaan akan terus meningkat dengan menawarkan perniagaan yang dapat menyesuaikan potensi dan peluang yang besar.

Untuk mencapai kejayaan, perniagaan yang memfokus kepada skala dan kecekapan akan mendahului, sudah tentu dapat menunjukkan penyesuaian mereka kepada pelanggan mereka yang sedia ada dan dapat menjangkau pelanggan baharu. Perubahan yang pantas sepanjang tahun 2020 telah menunjukkan bagaimana perniagaan yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup pengguna dapat berkembang maju.

Memandangkan gaya hidup dalam talian dan industri penghantaran makanan terus berkembang, Huawei komited dalam membantu semua jenis perniagaan sama ada kecil atau besar untuk terus mengikuti perubahan yang berterusan dalam sektor, dan menjuarai teknologi baharu bagi mencapai kejayaan dalam dunia dalam talian yang semakin maju kini. 

Gavin Kinghall Were, VP, Ketua Global bagi BD Solutions di Huawei, telah membincangkan topik ini semasa kelas induk #EmpowerInnovations Huawei, 'Empowering lifestyle, with Huawei AppGallery' pada 3 Disember, sebagai sebahagian daripada persidangan teknologi tahunan bagi Sidang Kemuncak Web. Sesi tersebut boleh ditonton di sini: https://consumer.huawei.com/en/partners/videolibrary/lifestyle-websummit/ 

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services