omniture

LyondellBasell dan SUEZ meningkatkan kapasiti kitar semula plastik

LyondellBasell Industries
2020-12-08 00:07

Kedua-dua buah syarikat mengembangkan Usaha Sama Quality Circular Polymers 

ROTTERDAM, Belanda dan PARIS, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB) salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia dan SUEZ (EPA: SEV), peneraju dunia dalam perkhidmatan alam sekitar, secara bersama mengumumkan tentang pengambilalihan TIVACO hari ini, sebuah syarikat kitar semula plastik yang terletak di Blandain, Belgium. Syarikat tersebut akan menjadi sebahagian daripada Quality Circular Polymers (QCP), iaitu usaha sama dalam kitar semula plastik syarikat yang sedia ada sebanyak 50/50. Melalui urus niaga ini, QCP akan meningkatkan kapasiti pengeluarannya untuk bahan kitar semula kepada kira-kira 55,000 tan setahun. 

LyondellBasell dan SUEZ bersama-sama mengumumkan tentang pengambilalihan TIVACO, sebuah syarikat kitar semula plastik yang terletak di Blandain, Belgium. Pengambilalihan tersebut akan meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk bahan kitar semula dengan usaha sama syarikat yang sedia ada sebanyak 50/50 untuk kitar semula plastik, iaitu Quality Circular Polymers (QCP).
LyondellBasell dan SUEZ bersama-sama mengumumkan tentang pengambilalihan TIVACO, sebuah syarikat kitar semula plastik yang terletak di Blandain, Belgium. Pengambilalihan tersebut akan meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk bahan kitar semula dengan usaha sama syarikat yang sedia ada sebanyak 50/50 untuk kitar semula plastik, iaitu Quality Circular Polymers (QCP).

 

"Pelaburan terbaru dalam QCP ini menyokong cita-cita LyondellBasell untuk menghasilkan dan memasarkan polimer berasaskan sumber kitar semula dan boleh diperbaharui sebanyak 2 juta tan setiap tahun menjelang tahun 2030. Memanjangkan kitaran hayat plastik melalui pemulihan, pengitaran semula dan penggunaan semula bukan sahaja dapat membuang sisa tetapi juga menghasilkan produk dengan jejak CO2 yang lebih rendah," kata Richard Roudeix, Naib Presiden Kanan Olefins & Polyolefins, Eropah, LyondellBasell. "Pendekatan inovatif ini merupakan kunci untuk memberi nilai tambahan daripada plastik yang sedia ada sambil menangani keperluan pemilik jenama untuk kelestarian produk."

"Kami teruja dapat membawa kemajuan bersama rakan kongsi jangka panjang kami iaitu LyondellBasell. Dengan pengambilalihan baharu tersebut, kami akan bersama-sama mempercepatkan penggunaan polimer kitaran berkualiti di Eropah dan menyokong usaha pengeluar industri untuk mencapai sasaran alam sekitar mereka," ulas Jean-Marc Boursier, Ketua Pegawai Operasi SUEZ Group. "Ia juga turut mengesahkan cita-cita SUEZ untuk menjadi peneraju perkhidmatan alam sekitar dunia menjelang tahun 2030."

Kemudahan TIVACO mengendalikan lima barisan pengeluaran yang berupaya memproses kira-kira 22,000 tan plastik kitar semula setiap tahun. Pemerolehan ini adalah berdasarkan pengambilalihan QCP pada tahun 2018, iaitu sebuah syarikat kitar semula plastik di Geleen, Belanda yang berupaya memproses kira-kira 35,000 tan bahan setiap tahun. Kini, bahan kitar semula dari QCP boleh ditemui dalam produk pengguna termasuk koleksi bagasi Samsonite's S'Cure ECO.  

QCP komited untuk menghentikan sisa plastik di dalam alam sekitar. Usaha sama ini memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua rakan kongsi. SUEZ akan menggunakan penyelesaian teknologinya yang canggih dalam pengisihan dan pengitaran semula untuk meningkatkan penyediaan bahan untuk dipulihkan di QCP. LyondellBasell akan menerapkan kepemimpinannya yang telah wujud sekian lama dalam teknologi pengeluaran plastik yang inovatif, pengalaman yang luas dalam pembangunan produk dan pengetahuan yang mendalam tentang pasaran akhir yang penting seperti barangan pengguna yang menampilkan kehebatan syarikat tersebut.

Kedua-dua SUEZ dan LyondellBasell merupakan anggota Alliance to End Plastic Waste, sebuah organisasi bukan untung rantaian nilai silang global yang komited untuk menghentikan sisa plastik di dalam alam sekitar. Perikatan ini menyatukan pelbagai rangkaian sumber dan kepakaran untuk menghasilkan dan meningkatkan penyelesaian inovatif di seluruh dunia.

Pernyataan Amaran
Pernyataan dalam penyampaian ini yang berkaitan dengan perkara yang bukan fakta sejarah adalah dianggap sebagai pernyataan berpandangan ke hadapan. Penyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian pengurusan LyondellBasell yang dipercayai munasabah pada masa ia dibuat dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang ketara. Apabila digunakan dalam penyampaian ini, perkataan-perkataan "menganggar," "percaya," "meneruskan," "dapat," "bermaksud," "boleh," "merancang," "potensi," "meramalkan," "seharusnya," "akan," "harapkan," dan ungkapan serupa yang bermaksud sebagai identifikasi kepada pernyataan berpandangan ke hadapan, walaupun tidak semua pernyataan berpandangan ke hadapan mempunyai perkataan identifikasi seperti yang tersebut. Keputusan sebenar boleh berbeza secara material berdasarkan faktor termasuk, tetapi tidak terbatas kepada, keadaan pasaran, industri perniagaan kitaran bahan kimia, polimer dan penapisan; keupayaan kami untuk membangun dan memajukan gred plastik yang meningkatkan kelestarian dan ekonomi kitaran; dan kemampuan kami untuk meningkatkan jumlah pengeluaran produk kami yang dibuat secara kitar semula atau dengan stok suapan yang boleh diperbaharui. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan berbeza secara material daripada yang dijelaskan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan boleh didapati di bahagian "Faktor Risiko" pada Borang 10-K kami untuk tahun yang berakhir 31 Disember 2019 dan Borang 10-Q kami untuk sukuan tahun yang berakhir pada 31 Mac 2020, yang boleh didapati di www.LyondellBasell.com di halaman Perhubungan Pelabur dan di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov. Tidak ada jaminan bahawa apa-apa tindakan, peristiwa atau keputusan pernyataan berpandangan ke hadapan akan berlaku, atau jika ada di antaranya yang berlaku, kesannya terhadap hasil operasi atau keadaan kewangan kami. Pernyataan berpandangan ke hadapan hanya benar pada tarikh ia dibuat dan adalah berdasarkan anggaran dan pendapat pengurusan LyondellBasell pada masa pernyataan tersebut dibuat. LyondellBasell tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan sekiranya keadaan atau anggaran atau pendapat pengurusan berubah, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Tentang QCP
Quality Circular Polymers (QCP) menyediakan pemilik jenama dan penukar plastik dengan polimer berkualiti tinggi dan konsisten daripada plastik terpakai. Bekalan, integrasi, teknologi maju dan pendekatan inovatif yang dipercayai membolehkan QCP mendorong industri kitaran plastik ke tahap seterusnya. Maklumat lanjut boleh didapati di www.QCPolymers.com.

Tentang LyondellBasell
LyondellBasell (NYSE: LYB) adalah salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia. Dipacu oleh para pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang merupakan kunci untuk memajukan penyelesaian kepada cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan ringan dan fleksibel, melindungi ketulenan bekalan air melalui paip yang lebih kuat dan serba boleh, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan bakar bagi kebanyakan kereta dan trak di jalan raya dan memastikan fungsi selamat dan berkesan untuk alat elektronik dan perkakas. LyondellBasell menjual produk ke lebih daripada 100 buah negara dan merupakan pengeluar sebatian polimer terbesar di dunia dan pemberi lesen terbesar teknologi poliolefin. LyondellBasell menawarkan portfolio produk kitaran yang menyediakan kepada pelanggan, penyelesaian untuk meningkatkan kandungan plastik kitar semula dalam penerapannya dengan polimer kitar semula secara mekanikal yang berkualiti tinggi. Pada tahun 2020, LyondellBasell telah dinobatkan untuk tahun ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Fortune sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia." Maklumat lebih lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.LyondellBasell.com.

Tentang SUEZ
Sejak akhir abad ke-19, SUEZ telah membina kepakaran yang bertujuan untuk membantu orang ramai supaya sentiasa meningkatkan kualiti hidup mereka dengan melindungi kesihatan mereka dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Dengan penampilan yang aktif di lima benua, SUEZ dan 90,000 orang pekerjanya berusaha untuk memelihara sumber semula jadi alam sekitar: air, tanah dan udara. SUEZ menyediakan penyelesaian inovatif dan berdaya tahan dalam pengurusan air, pemulihan sisa, pemulihan tapak dan rawatan udara, mengoptimumkan pengurusan sumber bandar dan industri melalui bandar "pintar" dan meningkatkan prestasi alam sekitar dan ekonomi mereka. Kumpulan tersebut memberikan perkhidmatan sanitasi kepada 64 juta orang dan menghasilkan 7.1 bilion m3 air minuman. SUEZ juga merupakan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, dengan mencipta lebih 200,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung setiap tahun dan merupakan penyedia sumber baharu, dengan mengeluarkan 4.2 juta tan bahan mentah sekunder. Menjelang tahun 2030, Kumpulan mensasarkan penyelesaian kelestarian 100%, dengan kesan positif terhadap persekitaran, kesihatan dan iklim kita. SUEZ menjana pendapatan keseluruhan sebanyak €18.0 bilion pada tahun 2019.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1359249/lyondellbasell_suez.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
EuronextBrussels:SEV NYSE:LYB OTC:SZSAY
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Acquisitions, mergers, takeovers Joint ventures