omniture

Xinhua Silk Road: Jenama sedan ikonik China Hongqi memperkenalkan SUV elektrik mewah baharu model E-HS9 di Forum Boao

Xinhua Silk Road
2020-12-08 14:09 236

BEIJING, 8 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Hongqi, jenama pembuat kereta terkemuka China FAW Group, telah melancarkan model barunya E-HS9 pada hari Jumaat lepas di Forum Boao for Entrepreneurs.

Jenama sedan ikonik China Hongqi memperkenalkan SUV elektrik mewah baharunya model E-HS9 di Boao Forum for Entrepreneurs 2020
Jenama sedan ikonik China Hongqi memperkenalkan SUV elektrik mewah baharunya model E-HS9 di Boao Forum for Entrepreneurs 2020

Hongqi E-HS9 adalah SUV elektrik penuh yang pertama dibangunkan oleh Hongqi, yang merupakan pencapaian terkini Hongqi dalam kenderaan tenaga baharu (NEVs), eletrikfikasi dan jaringan pintar.

"Visi FAW adalah untuk menjalinkan dirinya ke dalam pembuat kereta bertaraf dunia pada dekad akan datang. Adalah dijangkakan keupayaan inovasi menjadi keutamaan pembuat kereta di China menjelang tahun 2025 dan mereka dapat menyertai kumpulan kelas pertama pembuat kereta global menjelang 2030," menurut Xu Liuping, pengerusi FAW Group. 

Hongqi merancang untuk mengeluarkan 28 model baharu, merangkumi siri L, H, Q, S, menjelang tahun 2030, yang kebanyakannya adalah milik NEVs atau kenderaan pintar. Teknologi, kualiti tinggi inovasi adalah intipati kepada jenama Hongqi, menurut Xu. 

Wang Guoqiang, timbalan presiden FAW Group, berkata " Hongqi E-HS9 dan Hongqi H9, telah membentuk suatu produk mewah jenama Hongqi, yang mana akan menjadi asas yang kukuh dalam pembangunan jenama Hongqi, membina kedudukannya dalam pasaran NEV dan membantu jenama ini terus mara ke hadapan".

"Dari pembangunan dan penyelidikan sehinggalah kemunculan pertamanya, Hongqi E-HS9 telah menjalani beberapa pusingan ujian dan pengesahan yang ketat, mencerminkan usaha berterusan Hongqi dalam mencapai kualiti yang tinggi," menurut Wang. 

Pemilik Hongqi E-HS9 akan diberikan beberapa keistimewaan, seperti pengecas percuma kepada isi rumah, perkhidmatan pemasangan sehenti, sumber pengecas awam yang berkualiti tinggi, percubaan pertama bagi produk Hongqi, waranti seumur hidup percuma dan lain-lain lagi. 

Kumpulan pertama pemilik elit E-HS9 berkata model Hongqi E-HS9 menjadi tarikan kepada mereka kerana konfigurasi pintarnya, penampilan yang mempesonakan dan berkualiti tinggi. 

Hongqi telah menjual kenderaan sebanyak 178,000 unit dalam masa sebelas bulan yang pertama bagi tahun ini, melonjak sebanyak 102.4 peratus dari tahun lepas. 

Hongqi, yang bermaksud "bendera merah" dalam bahasa Cina, telah menggunakan keretanya untuk perarakan pada perayaan kebangsaan dan dengan itu menampilkan kepentingan simbolik dalam industri automotif China. Kereta pertama Hongqi telah dibuat pada tahun 1958, menjadikannya kenderaan marque China yang tertua.

Ditubuhkan pada tahun 1953 di kota timur laut Changchun, ibu kota Wilayah Jilin, FAW Group dianggap sebagai perintis industri automotif China.

Lihat pautan asal: http://sen.imsilkroad.com/p/318071.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation New products/services Trade show news