omniture

Jenama dan Peruncit Terkemuka Dunia Bergabung Tenaga Menangani Cabaran Sisa Plastik Melalui Komitmen Dasar dan Pembungkusan

The Consumer Goods Forum
2020-12-08 18:12 32

Seramai 36 ahli Forum Barangan Pengguna komited untuk mengekang masalah pencemaran plastik dalam Gabungan Tindakan Sisa Plastik diterajui Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Dengan perkembangan dua "Peraturan Reka Bentuk Keemasan" yang pertama, syarikat-syarikat dengan hasil tahunan kolektif lebih daripada 1 trilion euro berhasrat untuk mengurangkan penggunaan plastik dan meningkatkan kebolehkitaran dengan menghentikan bahan, warna dan label daripada pembungkusan mereka secara berperingkat-peringkat

Kertas posisi baharu tentang rangka kerja program Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan optimum menggalakkan penyelesaian diterajui industri bagi mengukuhkan dan meluaskan sistem kitar semula di seluruh dunia

PARIS, 8 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Gabungan Tindakan Sisa Plastik daripada Forum Barangan Pengguna (The Consumer Goods Forum, CGF) hari ini mengumumkan kemajuan penting pertama yang dibuat oleh ahli Gabungan bagi mengubah hubungan industri dengan pembungkusan plastik dengan mempamerkan kepimpinan global dalam usaha industri barangan pengguna bagi menangani cabaran pencemaran plastik dan membantu memajukan dunia di mana tiada sisa plastik berakhir di alam semula jadi.

Tertumpu pada perubahan reka bentuk pembungkusan dan perkembangan rangka kerja bagi program Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (Extended Producer Responsibility, EPR) optimum, tindakan-tindakan ini menggambarkan peranan terkemuka Gabungan dalam industri bagi mengurangkan sisa plastik dengan mendorong tindakan berskala yang ketara yang akan memberi kesan pada kualiti dan kebolehkitaran pembungkusan plastik, serta menyokong skim pengurusan sisa di seluruh dunia.

Perkembangan Gabungan baharu pada awal tahun ini adalah berlandaskan sokongan terhadap Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu Yayasan Ellen MacArthur 2018 oleh CGF. Visi Gabungan yang memacu kemajuan ke arah Ekonomi Plastik Baharu ada terkandung dalam empat keutamaannya:

  • mengguna pakai garis panduan reka bentuk pembungkusan bagi mengurangkan jumlah plastik yang digunakan dalam pembungkusan dan meningkatkan nilai, kualiti dan kebolehkitarannya;
  • menyelaraskan pada rangka kerja program EPR bagi menyokong penambahbaikan dan pembangunan sistem pengurusan sisa di seluruh dunia;
  • menyokong inovasi kitar semula; dan
  • merintis program-program baharu terlebih dahulu dan pasaran peralihan bagi meningkatkan kadar kitar semula.

Memajukan keutamaan pertama mereka, ahli Gabungan telah memuktamadkan dua rekaan pertama daripada siri "Peraturan Reka Bentuk Keemasan" bagi reka bentuk pembungkusan plastik yang dihasilkan untuk mempercepatkan kemajuan ke arah sasaran penggunaan plastik yang lebih baik dan lebih sedikit. Peraturan ini berhasrat untuk membantu mengurangkan kerumitan proses kitar semula untuk jenis bahan yang berbeza, sekali gus meningkatkan kadar kitar semula. Dua reka bentuk ini memberi tumpuan terhadap peningkatan nilai kitar semula botol PET dan menghapuskan elemen bermasalah daripada pembungkusan, misalnya hitam karbon, PVC (polivinil klorida) dan EPS (polistirena diperluas), yang menyulitkan proses kitar semula. Pengguna akan dapat melihat kesan perubahan-perubahan ini apabila produk harian misalnya botol sekali guna, kelengkapan dandanan diri, bekalan pencucian isi rumah, pembungkus makanan dan bekas bawa pulang akan dibungkus dalam bahan yang boleh dikitar semula dengan mudah.

Ahli Gabungan dari serata dunia, dengan hasil bersama lebih daripada 1 trilion euro dan mewakili lebih daripada 10 peratus pasaran pembungkusan plastik global, telah komited untuk mengguna pakai peraturan-peraturan ini di mana saja mungkin menjelang 2025. Komitmen-komitmen ini hadir selepas mengenal pasti dan mengutamakan peluang dalam portfolio pembungkusan di mana mereka boleh memberikan impak tersasar dan berharga. Mereka juga komited untuk melaporkan pelaksanaan peraturan mereka melalui proses ringkas yang diselaraskan dengan pelaporan Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu Yayasan Ellen MacArthur. Perincian mengenai apa yang diperlukan oleh dua peraturan pertama ini dan ahli mana yang telah mengguna pakai peraturan tersebut boleh didapati di laman web Gabungan.

Sebagai tambahan, ahli Gabungan telah mengeluarkan kertas posisi baharu, "Membina Ekonomi Kitaran untuk Pembungkusan: Pandangan daripada Industri Barangan Pengguna tentang Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan Optimum," yang menyediakan rangka kerja untuk pembangunan dan pelaksanaan program EPR di seluruh dunia. Menyedari bahawa industri tidak dapat mencapai ekonomi kitaran dengan berusaha sendiri, Gabungan menyokong pembangunan program EPR sebagai satu cara untuk membantu memudahkan kolaborasi industri dan kerajaan tentang pengurusan sisa yang dipertingkatkan. Ahli Gabungan akan dapat menggunakan rangka kerja ini untuk membimbing penglibatan mereka dengan pasaran di seluruh dunia dan membantu menyediakan sokongan berkesan untuk skim kitar semula tempatan Kertas tersebut tersedia untuk dimuat turun di laman web Gabungan.

Tindakan-tindakan pada Reka Bentuk dan EPR ini diawasi oleh kepimpinan Gabungan. Gabungan ini ditaja pada peringkat Lembaga CGF oleh Alan Jope, Ketua Pegawai Eksekutif, Unilever dan Galen Weston, Pengerusi Eksekutif, Loblaw Companies Limited. Jawatankuasa Pemandunya dipengerusikan bersama oleh Barry Parkin, Ketua Pegawai Perolehan dan Kelestarian, Mars, Incorporated, serta Robert Nicol, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat, Walmart Kanada.

Alan Jope, Ketua Pegawai Esekutif, Unilever, menyatakan, "Kita hendaklah segera mengambil tindakan untuk menghentikan sisa plastik dan beralih ke model kitaran. Ini merupakan satu keutamaan bagi kita sebagai Gabungan. Tiada perniagaan boleh mencapai perkara ini secara bersendirian, itulah sebabnya kita telah bergabung tenaga untuk mendorong perubahan merentasi industri kita sendiri dan berharap menetapkan contoh untuk sektor-sektor lain."

Galen Weston, Pengerusi Eksekutif, Loblaw Companies Limited, menegaskan, "Industri kita menjana bahagian sisa plastik dunia yang agak banyak. Sebagai syarikat yang mereka bentuk, membungkus dan menjual produk, kita hendaklah menjadi sebahagian besar daripada penyelesaian. Sebagai Gabungan, kita menyokong keputusan yang memberi kesan secara aktif dan dasar yang bernas yang mengurangkan sisa plastik."

Ramon Laguarta, Ketua Pegawai Eksekutif, PepsiCo, menyatakan, "Industri kita mengambil langkah penting bagi menangani sisa pembungkusan dan pencemaran plastik, termasuk bahan dan inovasi reka bentuk, format dan sistem pembungkusan baharu, serta membangunkan program kitar semula yang lebih baik. Kita tahu bahawa sektor awam memainkan peranan penting. Semangat perkongsian awam-swasta terletak di tengah panduan baharu kita untuk mengoptimumkan sistem tanggungjawab pengeluar lanjutan."

Doug McMillon, Ketua Pegawai Eksekutif, Walmart, menyatakan, "Penggunaan plastik yang berterusan dan meluas dalam industri kita telah membawa kepada fokus keperluan untuk tindakan pantas untuk membalikkan kesan negatifnya terhadap planet kita dan manusia – industri telah mengambil beberapa langkah, namun, setakat ini, usaha kita masih belum memadai. Gabungan Sisa Plastik CGF sedang mengambil langkah berani dalam hala tuju yang betul, mencipta peraturan reka bentuk pembungkusan yang sangat diperlukan bagi menggalakkan tindakan kolektif. Usaha ini sangat penting untuk matlamat kita sendiri menjadi sebuah syarikat penjanaan semula – syarikat yang memulihkan, memperbaharui dan mengisi semula – dan kami berhasrat untuk mencapai kemajuan bersama-sama."

36 syarikat ahli Gabungan Sisa Plastik adalah: Amcor, Barilla, Bel Group, Beijing Hualian Group, Carrefour, The Coca-Cola Company, Colgate-Palmolive, Danone, Dairy Farm, Essity, Grupo Bimbo, GSK, Henkel, ICA, Jerónimo Martins, Johnson & Johnson Consumer Health, Kao Corporation, Land O'Lakes, L'Oréal, Loblaw Companies Limited, Mars, Incorporated, Merck Animal Health, Mondelēz International, Nestlé, NTUC Fairprice, PepsiCo, Procter & Gamble, Reckitt Benckiser, Rewe Group, Sainsbury's, SC Johnson, SIG Combibloc Group, Tetra Pak, Unilever PLC, Walgreens Boots Alliance dan Walmart.

-- Tamat --

Mengenai Gabungan Tindakan ke atas Sisa Plastik Forum Barangan Pengguna

Gabungan Tindakan ke atas Sisa Plastik Forum Barangan Pengguna ("CGF") telah diasaskan pada 2020 dengan matlamat membangunkan pendekatan lebih berkitar terhadap pembangunan dan pemprosesan pembungkusan plastik dalam industri barangan pengguna. Perkembangan Gabungan membina sokongan Ekonomi Plastik Baharu Yayasan Ellen MacArthur 2018 CGF. Sebagai sebuah kumpulan 36 peruncit dan pengeluar komited dan inovatif yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, visi Gabungan yang ingin mempercepatkan kemajuan ke arah Ekonomi Plastik Baharu dirangkumi oleh matlamat utamanya untuk ahli-ahli berusaha ke arah melaksanakan langkah-langkah yang memberi impak melalui kolaborasi pelbagai pihak berkepentingan yang akan membantu menjadikan kebolehkitaran suatu norma dalam industri. Untuk maklumat lanjut tentang usaha CGF mengurangkan sisa plastik, sila lawati www.tcgfplasticwaste.com.

Mengenai Forum Barangan Pengguna

Forum Barangan Pengguna ("The Consumer Goods Forum, CGF") ialah sebuah rangkaian industri global berasaskan pariti yang didorong oleh ahlinya bagi menggalakkan penerimaan amalan dan standard global yang mengendalikan industri barangan pengguna di seluruh dunia. Ia menyatukan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan sebahagian 400 peruncit, pengilang, pembekal perkhidmatan dan pihak berkepentingan lain merentasi 70 buah negara dan ia mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori dan format produk. Syarikat ahlinya merekodkan gabungan jualan sebanyak EUR 3.5 trilion dan secara langsung menggaji hampir 10 juta pekerja, dengan 90 juta lagi kerja berkaitan yang dianggarkan di sepanjang rantaian nilai. Ia dikawal oleh Lembaga Pengarah, yang terdiri daripada 58 pengilang dan Ketua Pegawai Eksekutif peruncit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.theconsumergoodsforum.com.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1279200/The_Consumer_Goods_Forum_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Environmental Products & Services Retail Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility New products/services