Program automasi sepenuhnya yang meningkatkan keselamatan dan mengoptimumkan penggunaan ruang udara dengan memberi amaran kepada sistem pengurusan trafik udara tentang kejadian cuaca luar biasa dalam tempoh maksimum lapan jam lebih awal
OTTAWA, Ontario, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ -- United States Federal Aviation Administration (FAA) menggunakan platform pengurusan dan penstriman peristiwa untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat masa nyata dengan cekap yang diperlukan bagi pengaktifan NextGen Weather Systems, yang terdiri daripada Common Support Services - Weather (CSS-Wx) dan NextGen Weather Processor (NWP). Platform pemprosesan NextGen Weather System menyokong pengenalpastian kekangan aliran lalu lintas dan ancaman bahaya keselamatan semasa perjalanan dan menyampaikan terjemahan maklumat cuaca yang diperlukan untuk meramalkan halangan dalam laluan dan kekangan kapasiti ruang udara sehingga tempoh maksimum lapan jam lebih awal.
Seperti yang dinyatakan dalam laman web FAA, "NWP menggabungkan maklumat daripada radar cuaca, satelit persekitaran, kilat, pemerhatian meteorologi (dari permukaan stesen dan pesawat) dan model output ramalan bernombor NOAA untuk menghasilkan produk yang lebih baik kepada semua pengguna FAA dan pemegang taruh National Airspace System (NAS)."
Aplikasi teknologi Solace ke atas NextGen Weather Systems adalah contoh NAS Enterprise Message Service (NEMS) FAAS, suatu pelaksanaan perisian tengah berorientasikan pesanan yang biasa digelar sebagai System Wide Information Management (SWIM) dalam bidang penerbangan. NEMS ialah sebuah sistem NAS yang luas yang menyediakan teras utama perkongsian data digital untuk inisiatif NextGen yang banyak dan pelbagai dan berasaskan teknologi Solace.
Menurut laman web FAA,"SWIM membolehkan peningkatan kesedaran situasi umum dan memperbaiki ketangkasan NAS untuk menyampaikan maklumat yang jitu kepada orang yang betul pada waktu yang tepat. SWIM ialah infrastruktur yang menawarkan titik akses tunggal untuk data penerbangan, dengan pengeluar data menerbitkannya sekali dan pengguna mengakses maklumat yang mereka perlukan melalui satu sambungan."
Khusus untuk NextGen Weather Systems, PubSub+ akan mengendalikan proses menangani pelbagai format data dan memastikan penghantaran data cuaca masa nyata melalui Aviation Weather Display (AWD) NWP dan ke sistem seperti Time-Based Flow Management (TBFM) dan Traffic Flow Management System. Sistem ini, yang juga berinteraksi dengan Common Support Services-Weather (CSS-Wx), memproses sejumlah besar data cuaca dan menghasilkan keputusan maklumat sokongan kepada pembuat keputusan Trafik Udara yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan keselamatan dan penggunaan ruang udara yang optimum di sepanjang masa, terutama dalam keadaan cuaca yang buruk.
Kebaikan NextGen Weather Systems
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan FAA untuk menjadikan ruang udara lebih selamat kepada para pengembara sambil mengoptimumkan ruang udara yang tersedia dan membantu syarikat penerbangan beroperasi dengan lebih berkesan," kata Denis King, CEO, Solace. "Adalah sungguh memuaskan apabila melihat NextGen Weather Program memanfaatkan asas yang kukuh SWIM NAS Enterprise Messaging Service yang telah dibangunkan oleh FAA menggunakan platform pengurusan dan penstriman peristiwa PubSub+ dan kami berharap dapat bekerjasama dengan erat bersama-sama mereka kerana mereka memanfaatkan asas yang kukuh ini untuk aplikasi NextGen yang lain."
Tentang Solace
Solace membantu syarikat-syarikat perniagaan besar menjalankan urusniaga secara moden dan dalam masa nyata dengan memberikan segala yang diperlukan untuk menjadikan operasi perniagaan dan interaksi pelanggan mereka didorong oleh peristiwa. Dengan PubSub+, platform pengurusan peristiwa yang pertama dan satu-satunya wujud di pasaran, syarikat ini menyediakan cara yang komprehensif untuk membuat, mendokumentasi, meneroka dan menyalurkan peristiwa dari tempat ia dihasilkan hingga ke tempat ia perlu digunakan - dengan selamat, boleh dipercayai, cepat dan terjamin. Di sebalik teknologi Solace, ia didukung oleh sekumpulan pakar pergerakan data yang terkemuka di dunia, dengan pengalaman hampir 20 tahun yang membantu perusahaan global menyelesaikan beberapa cabaran paling sukar dalam pelbagai industri - daripada pasaran modal, peruncitan dan permainan hingga ruang angkasa, penerbangan dan automotif. Syarikat yang telah mantap seperti SAP, Barclays dan Royal Bank of Canada, serta pengeluar automobil multinasional seperti Groupe Renault dan Groupe PSA dan pengganggu industri seperti Jio, menggunakan teknologi peristiwa broker canggih Solace untuk memodenkan aplikasi warisan, menggunakan perkhidmatan mikro yang moden dan membina jaringan peristiwa untuk menyokong seni bina awan hibrid, berbilang awan dan IoT mereka. Ketahui lebih lanjut di solace.com.
Hubungan Media untuk Solace
Amerika dan EMEA
Dresden Leitner
dresden@publicize.co
APAC
Neil Mirano
neil.mirano@ricecomms.com
+65 3157 5685
UK
Positive
Inés Mitsou
imitsou@positivemarketing.com
+44 (0)770 388 4664
Max Bailey
mbailey@positivemarketing.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1142738/Solace_Logo.jpg?p=medium600