omniture

HUAWEI Disenaraikan sebagai Sistem Pengurusan Pangkalan Data Awan dalam laporan Magic Quadrant Gartner 2020

HUAWEI CLOUD
2020-12-09 16:00 1271

SHENZHEN, China, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ -- HUAWEI telah ditempatkan dalam laporan Magic Quadrant 2020 untuk Sistem Pengurusan Pangkalan Data Awan1 yang dikeluarkan oleh Gartner baru-baru ini.

Menjelang 2022, 75% daripada pangkalan data akan digunakan atau dimigrasikan ke platform awan. Migrasi pangkalan data ke platform awan selalu menimbulkan banyak cabaran. Pada tahun 2020, HUAWEI CLOUD melancarkan portfolio penuh produk pangkalan data GaussDB untuk membantu perusahaan memindahkan pangkalan data ke awan dengan mudah untuk menikmati faedah seperti kos yang lebih rendah, ketersediaan yang lebih tinggi dan skalibiliti yang lebih baik.

Pangkalan data GaussDB HUAWEI CLOUD adalah jelmaan pemahaman mendalam Huawei mengenai tugas migrasi awan dan pendigitalan serta mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman praktikal dalam pembangunan, migrasi, dan pengurusan pangkalan data.

Huawei telah melabur secara strategik dalam produk pangkalan data selama lebih daripada 13 tahun dan telah berjaya mengembangkan lebih daripada 40 produk pangkalan data untuk digunakan dengan 30,000 sistem pengurusan rangkaian dan perisian pengebilan yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Huawei telah mengumpulkan lebih daripada 1000 orang pakar pangkalan data terkemuka untuk mengkaji dan membangunkan produk pangkalan data di tujuh pusat R&D di seluruh dunia.

Pangkalan data GaussDB HUAWEI CLOUD boleh digunakan dengan awan awam dan hibrid. Pangkalan data itu sesuai untuk pelanggan dalam pelbagai industri seperti kewangan, industri terkait kerajaan, telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, penjagaan kesihatan, logistik, dan e-dagang. Ia mengendalikan transaksi serentak yang tinggi dengan lancar dan menganalisis sejumlah besar data dengan tepat untuk membuka nilai data. Produk ini mungkin merupakan pendorong yang diperlukan untuk merangsang transformasi digital di dunia pintar kita.

Sumber:

1 Gartner, Magic Quadrant for Cloud Database Management Systems, Oleh Donald Feinberg, Merv Adrian, Rick Greenwald, Adam Ronthal, Henry Cook, 23 November 2020

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research