omniture

Gimbal Hohem Percepat Pengembangan di Asia Pasifik dengan Ganding Bahu bersama Takashimaya dan Bic Camera

Hohem
2020-12-10 18:44 275

SHENZHEN, China, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Hohem, sebuah syarikat teknologi gimbal terkemuka global, mengumumkan kolaborasi bersama salah satu rangkaian kedai serbaneka Jepun yang terbesar Takashimaya di Singapura dan salah satu rangkaian penjual barangan elektronik pengguna Jepun yang terbesar Bic Camera di Jepun. Kolaborasi berkenaan akan membolehkan Hohem meningkatkan hubungannya dengan pengguna tempatan dan mengukuhkan peruncitan omnisaluran dengan mempertingkatkan saluran jualan dalam talian dan luar talian. Meskipun semasa berlakunya pandemik, Hohem masih mempercepatkan pengembangannya di Asia Pasifik dan perkongsian tambahan turut dirancang dalam tahun 2021.

Paparan Gimbal Hohem di Kedai
Paparan Gimbal Hohem di Kedai

"Pengguna Asia lebih gemarkan produk yang lebih ringan serta lebih kecil dan produk telefon pintar ultra ringan 3-paksi kami iSteady X sangat sesuai dengan keperluan mereka kerana ia unik, menarik dan mudah dibawa seperti telefon. Bahkan, Asia masih merupakan rantau utama yang paling pesat berkembang di dunia, maka kami yakin dengan potensi pasaran Asia," kata Lorelei Xue, Pengurus Pemasaran Global Hohem. "Melalui perkongsian ini, kami berusaha untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pengguna tempatan di seluruh Asia, memahami keperluan dan keinginan mereka serta membawakan mereka dengan produk pintar, mudah dan berkualiti tinggi bagi menyokong penciptaan kandungan mereka seperti menyelesaikan isu rakaman bergoyang-goyang, merendahkan halangan dalam mempelajari bidang fotografi serta memperkayakan penciptaan video."

"Kami melihat tempoh pandemik ini sebagai satu cabaran, tetapi juga satu peluang bagi kami kerana lebih ramai orang mula merakam video pendek menggunakan telefon pintar dan menjadikan kandungan bentuk video sebagai satu trend yang semakin berkembang. Seterusnya, lebih banyak platform media sosial memberi perhatian terhadap penyebaran video dinamik, yang bererti penerangan video asal digantikan dengan segmen video pendek secara berperingkat-peringkat. Justeru itu, akan adanya permintaan yang semakin meningkat terhadap alat rakaman video," kata Lorelei. "Kami percaya kolaborasi kami bersama Takashimaya dan Bic Camera akan mengukuhkan peruncitan omnisaluran kami baik secara dalam talian mahupun luar talian dan kami merancang untuk menjalin lebih banyak kerjasama dalam tahun 2021."

Latar Belakang Hohem

Hohem ialah sebuah syarikat teknologi gimbal terkemuka global dengan keupayaan mantap dalam teknik, pengeluaran dan penjualan yang dibangunkan sendiri. Memandangkan Hohem sentiasa percaya untuk 'Hasilkan detik bermakna, Nikmatinya' ('Make the moment, Enjoy it'), apa yang ingin disampaikan oleh Hohem ialah setiap orang merupakan perakam kehidupan dan setiap detik kehidupan wajar dirakam dan keseronokan menjadikan segala-galanya bermakna.

Kunjungi Laman Sesawang Rasmi Hohem:
Laman Sesawang: www.hohem.com

Ikuti Hohem di Media Sosial:
 Facebook: www.facebook.com/HohemGlobal
 Instagram: www.instagram.com/hohemtech
 YouTube: www.youtube.com/c/HohemTechOfficial

Source: Hohem
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Contracts