omniture

WeBank putuskan jadi pendaya pendigitalan di SFF x SWITCH 2020

WeBank Co Ltd
2020-12-11 11:00 272

SINGAPURA, 11 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Mulai 7 hingga 11 Disember 2020. WeBank, bank digital yang terkemuka di dunia, mengambil bahagian secara maya dalam Festival Teknologi Kewangan Singapura (SFF) dan Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura (SWITCH) 2020, acara digital dan fizikal hibrid seminggu tanpa henti yang pertama di dunia. Ia memberi akses audiens kepada lebih 650 penceramah daripada bidang inovasi global dan komuniti teknologi, 150 rakan kongsi kandungan, 200 sesi untuk melibatkan peserta dan lebih daripada 900 pempamer pada platform digital.

WeBank telah terlibat dalam SFF buat tahun ketiga berturut-turut. Di SFF 2019, Perdana Menteri Republik Singapura melawat reruai WeBank. Tahun ini, WeBank membawakan pencapaian teknologi kewangan terkininya dan menjelaskan komitmennya untuk menjadi pendaya pendigitalan dalam era ekonomi digital.

Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank
Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank

Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank, berkongsi pandangan beliau mengenai rantaian konsortium terbuka di sesi From 1 to 100 - The Future of Blockchain Consortium Building. "Konsep Rantaian Konsortium Terbuka memulakan satu pendekatan yang mendayakan pembangunan pesat dan penggunaan aplikasi rantaian blok dan turut memberi ruang yang cukup untuk mencapai pertumbuhan organik pada masa akan datang," kata Henry.

Beliau turut memperkenalkan sistem pengecaman bersama kod kesihatan rantaian blok Macau dan kod kesihatan Guangdong. Ia merupakan keadaan pendigitalan biasa yang menerima pakai teknologi terkini (atau infrastruktur digital baharu) untuk membina kerjasama rentas-sempadan yang dipercayai dalam era ekonomi digital.

Infrastruktur digital baharu akan memangkinkan evolusi mekanisme kepercayaan antara perniagaan, yang menjurus kepada kerjasama dipercayai yang mendalam dan lebih luas. Sejak penubuhannya, WeBank telah menyelidik dan mengaplikasikan pelbagai penyelesaian infrastruktur digital seperti Pendaya Teknologi AI Bersekutu (Federated AI Technology Enabler) FATE, platform Rantaian Konsortium Terbuka FISCO BCOS dan 'suitcase' sumber-terbuka sehenti untuk platform data raya WeDataSphere. Projek-projek sumber-terbuka ini diterima pakai secara berperingkat-peringkat oleh lebih banyak komuniti rakan kongsi dalam perjalanan mereka menuju pendigitalan.

Sebagai penginovasi teknologi dalam liga bank digital yang terkemuka di dunia, WeBank menekankan tema "Infrastruktur Baharu untuk Ekonomi Digital" dengan keupayaan dan penyelesaian teknologi kewangan khusus di reruai-reruai mayanya di SFF x SWITCH 2020. Buat julung kalinya, WeBank memindahkan ruang sebenar teras pusat pengurusan ITnya - Pusat Kawalan Perusahaan secara dalam talian melalui program jelajah maya. Ia memanfaatkan pengalaman imersif operasi harian bank digital dalam talian sepenuhnya. Ia turut mempamerkan kajian dan inovasi terkini dalam bidang-bidang AI, Rantaian Blok, Pengkomputeran Awan dan Data Raya:

  • Dari segi AI, WeBank mempamerkan beberapa inovasi utama dalam Ekosistem Kolaboratif AI Bersekutu, Interaksi Manusia-komputer Generasi-baharu, Pemasaran AI dan Pengurusan Aset AI.
  • WeBank menerangi SG Blockchain Village dengan penyelesaian Rantaian Konsortium Terbuka komprehensif termasuk platform infrastruktur FISCO BCOS, kit perisian tengah WeBase, aplikasi-aplikasi seperti pengesahan identiti, kerjasama data, perlindungan rantaian-silang dan privasi serta kes praktikal.
  • Pengkomputeran awan membolehkan WeBank menyediakan penyelesaian pasang-dan-pakai melalui infrastruktur perbankan terbuka unik yang dibina dengan seni bina teragih. Dengan alat pengurusan IT WeCube dan makmal teknologi kewangan maya Open Zone, WeBank menginovasi kewangan internet+ sekali gus meningkatkan tempoh-mencapai-nilai, skala-untuk-keberkesanan dan kecekapan kos-untuk-pulangan.
  • WeDataSphere, platform data raya gred-kewangan sumber-terbuka membolehkan perusahaan membangunkan, menggunakan, mengendalikan dan mengurus infrastruktur data raya bagi menyokong lebih daripada 250 juta pelanggan dalam talian.

 

Source: WeBank Co Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology