omniture

Rockwell Automation mengesahkan komitmen mereka ke arah Neutraliti Karbon dengan mempercepat dan memesatkan Pembuatan Pintar, Mampan dan Selamat sempena Automation Fair(R) At Home yang ke-29

Automation Fair At Home yang pertama kalinya diadakan secara hybrid ; siaran langsung dan maya ini telah menyaksikan lebih 40,000 peserta dari 146 buah negara telah mendaftar dan menampilkan penceramah termasuk wakil PartnerNetwork™ dari Cisco, Cytiva, ExxonMobil, Gartner, Microsoft, Thermo Fisher Scientific dan banyak lagi
Rockwell Automation
2020-12-11 15:07 1492

SINGAPURA, 11 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK) Syarikat automasi perindustrian dan transformasi digital yang terbesar di dunia, bersama dengan PartnerNetwork™, telah mengadakan acara pameran industri terkemuka iaitu Automation Fair® At Home kali ke-29, dari 16-20 November 2020. Disebabkan oleh pandemik, julung kalinya acara tersebut diadakan secara maya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Kandungan acara tersebut juga tersedia atas permintaan (on-demand) mulai sekarang sehingga Jun 2021.

Rockwell Automation Reaffirms Commitment to Carbon-Neutrality Through Accelerating Smart, Safe and Sustainable Manufacturing at 29th Automation Fair At Home
Rockwell Automation Reaffirms Commitment to Carbon-Neutrality Through Accelerating Smart, Safe and Sustainable Manufacturing at 29th Automation Fair At Home

 

Automation Fair At Home mempamerkan produk, kaedah penyelesaian, dan perkhidmatan terkini dalam industri automasi dan transformasi digital. Memandangkan acara tahun ini dilaksanakan secara hibrid, peserta dari zon masa yang berbeza di seluruh dunia dapat mencapai dan meng-akses lebih daripada 175 peluang pembelajaran dan lebih daripada 90 bahan pameran, melalui strim langsung dan rakaman video-atas-permintaan. Agendanya termasuklah forum berfokuskan industri ,penglibatan "hands-on lab", sesi latihan yang  memfokuskan kepada teknologi perisian dan perkakasan yang terkini dan banyak lagi.

Mengulas mengenai acara tersebut, Blake Moret, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rockwell Automation berkata, "Pengambilalihan ASEM S.r.l dan Kalypso, serta perkongsian dan kerjasama dengan Microsoft, PTC dan lain-lain, menjadikan ekosistem kami adalah yang terbaik dalam industri. Ekosistem rakan kongsi ini yang digabungkan dengan kepakaran bidang dan kepakaran teknologi, membolehkan kami mengatakan bahawa kami merupakan yang terbaik dalam industri bagi membantu dan menambah nilai pelanggan kami di dalam usaha penyatuan dan pemusatan Teknologi Maklumat (IT)- Teknologi Operasi (OT). Kami merealisasikan 'Connected Enterprise' untuk pelanggan kami di dalam pelbagai industri di seluruh dunia. Pada masa ini, ia sangat penting untuk kami melihat cara-cara untuk  meningkatkan daya tahan, kelestarian dan kemampanan pelanggan kami. "

Beliau menambah, "Kemampanan menjadi keutamaan pelanggan kami dan juga kami di Rockwell Automation. Kami komited ke arah masa depan yang neutral karbon (carbon neutral), membantu pelanggan kami mencapai matlamat kemampanan mereka sendiri seperti meningkatkan kecekapan tenaga, kitar semula ; untuk memainkan peranan dalam sumber yang boleh diperbaharui "

Automation Fair At Home tahun ini telah memberi perhatian khusus kepada cabaran unik yang dihadapi oleh sektor ini. Rockwell Automation membuat beberapa siri pengumuman yang bertujuan untuk meningkatkan daya tahan, ketangkasan dan kemampanan industri pengeluar. Dalam membantu syarikat berinovasi dengan lebih pantas dan lebih mampan melalui penglibatan model integrasi digital, Rockwell Automation telah melancarkan LifecycleIQ Services, dan mengumumkan penambahan pensijilan keselamatan siber (cybersecurity certification) dan juga rangkaian produk untuk memerangi ancaman siber di dalam industri. Rockwell Automation juga mengumumkan telah mengambil alih  Fiix Inc. selaras dengan strategi perisiannya, untuk meningkatkan produktiviti dan efisiensi melalui penyelenggaraan dan maklumat operasi.

Scott Wooldridge, Presiden Asia Pasifik di Rockwell Automation berkata, "Dengan urbanisasi yang pesat, populasi kelas menengah dan kumpulan berbakat yang semakin meningkat, Asia Pasifik sudah menjadi hab pembuatan global, dan sektor ini terus menjadi salah satu kunci pemacu pertumbuhan di rantau ini "

"Operasi Asia Pasifik dari Rockwell Automation merupakan kepentingan strategik bagi perniagaan global kami dan kami ingin bekerjasama dengan perusahaan dan industri yang kukuh mahupun yang baharu di semua pasaran tempatan untuk membantu mereka dalam lonjakan digital; mempermudahkan pemulihan ekonomi daripada wabak di rantau ini " sambung beliau lagi.

Antara sorotan acaranya, video atas permintaan, termasuk ucapan dasar 'Perspectives into YOUR next', lawatan maya 'Rockwell Automation Experience' dan perbincangan panel 'Bold Conversations':

Lawatan Maya: The Rockwell Automation Experience

  • Pengalaman Automasi Rockwell membolehkan para peserta menjelajah secara maya hampir tiga ruang baharu yang direka di ibu pejabat Rockwell Automation Milwaukee: Digital Engineering Hall, Digital Thread Experience, dan Products & Technology Showcase.
  • Lawatan Digital Engineering Hall menampilkan rekabentuk mesin, operasi, dan penyelenggaraan, dengan demonstrasi lengkap bagi sebuah projek kejuruteraan digital.
  • Digital Thread Experience menggunakan contoh dunia nyata untuk membantu peserta membayangkan bagaimana perubahan berlaku daripada operasi silo kepada sebuah perusahaan yang terhubung secara digital.
  • Products & Technology Showcase menampilkan inovasi Rockwell Automation yang terkini dalam perkhidmatan kawalan, teknologi maklumat dan kitaran hayat operasi. Selepas setiap lawatan, peserta boleh berbincang mengenai produk dan teknologi dengan pakar dari Rockwell Automation.

Bold Conversations

  • Selain kemaskini mengenai pengautomasian industri, segmen acara ini juga bertujuan untuk menangani masalah industri dan masyarakat yang lebih luas, dengan perkongsian daripada eksekutif Rockwell Automation mengenai pengalaman peribadi mereka sendiri dan thought leadership dalam mengamati perkara ini.
  • Topik yang dibincangkan termasuklah: Inclusive Leadership During the Time of the Pandemic, Equity in Early STEM Education, Combatting Microaggressions in the Workplace, Inclusive Workplaces in a Divisive World, dan banyak lagi.

Untuk menghadiri Automation Fair At Home On-Demand, pendaftaran dalam talian percuma boleh dibuat di sini.

Mengenai Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi pengguna dengan potensi teknologi untuk mengembangkan segala kemungkinan yang boleh dilakukan secara manusiawi, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan lebih mampan. Berpusat and ibu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 23,000 penyelesai masalah yang dikhaskan untuk pelanggan kami di lebih dari 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara bagaimana kami membawakan 'The Connected Enterprise' kepada realiti di seluruh perusahaan industri, sila lawati www.rockwellautomation.com.

Automation Fair, Automation Fair At Home dan PlantPAx adalah tanda dagangan bagi Rockwell Automation Inc.

Mengenai Program Rockwell Automation PartnerNetwork™

Program Rockwell Automation PartnerNetwork ™ menawarkan akses kepada pengeluar di seluruh dunia ke rangkaian syarikat kerjasama yang saling fokus untuk mengembangkan, melaksanakan, dan menyokong penyelesaian terbaik di dalam kelasnya untuk mencapai pengoptimuman di seluruh kilang, meningkatkan prestasi mesin, dan memenuhi objektif yang mampan.

Hubungan media

Georgina Purdy
Ogilvy
+65-88706755
Georgina.Purdy@ogilvy.com

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Trade show news